Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Wednesday, December 30, 2009

selamat tahun baru 2010, selamat tinggal 2009

Salam sejahtera anda semua,

Bila tiba di penghujung tahun ni, salah satu tema yang pasti hot ialah mengenai azam tahun baru. Dimana-mana pun orang berbicara mengenai azam kan.. Orang nama 'Azam' pasti akan glamer time-time ni kan : )

Sebelum kita membuat azam baru, elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun yang lepas. Tahun ni (2009) saya berazam untuk menjana pendapatan
4 angka melalui internet biz sebelum bulan ogos 2009.Tapi, saya rasa azam tersebut telah gagal kerana sampai sekarang pun belum tercapai, hehe... Bagi saya, kegagalan
ini bukanla satu titik noktah, tetapi satu PENGAJARAN yang berguna sekali. Tanpa kegagalan ni, mungkin saya akan lebih gagal lagi!

Itu adalah sedikit kisah 'boring' saya, bagaimana pula dengan anda semua? Bagaimana dengan tahap pencapaian anda? Apa pula azam anda yang seterusnya?

Saya ada sedikit tips untuk membantu anda dalam membuat azam. Yang pertama, matlamat azam tu mesti jelas, spesifik dan realistik. Yang kedua, mesti disertakan dengan tempoh atau time frame untuk mencapai azam tersebut. Contohnya begini ;

' Saya berazam untuk menjana sekurang-kurangnya RM1000 sebulan melalui affiliate CPA sebelum bulan June 2009 'Ini adalah sekadar contoh dan merupakan azam saya yang
sebenar untuk tahun 2010 nanti : ).

Membuat azam sebenarnya adalah satu perkara yang minor sahaja kerana langkah demi langkah yang seterusnya adalah yang lebihmencabar dan paling sukar sekali. Betul tak?

Walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan selamat tahun baru 2010 dan semoga anda semua akan lebih berbahagia dan murah rezeki di tahun hadapan.

Tuesday, December 29, 2009

(Panas) RM10 percuma untuk pembaca dan peluang memenangi wang tunai RM500

# Anda nak menang wang tunai? Jika YA, jom sertai contest HIDUP BERANi UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh Denaihati.

# Contest ini sungguh mudah dimana anda hanya perlu menulis satu entri bebas kat blog anda. Sesudah itu, di penghujung contest ini nanti (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), 10 blog yang tersenarai di enjin carian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan menerima hadiah. Ya, hadiah.

# Hadiah yang ditawarkan pula cukup lumayan dimana blog yang berada pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan blog pada ranking 6 – 10 pula akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

# Tambah menarik lagi, anda juga berpeluang untuk memperolehi RM10 untuk setiap referral (penyertaan) yang mengetahui contest ini melalui blog anda. Ini bermakna, semakin ramai yang menyertai contest ini dan menyatakan bahawa mereka mengetahuinya dari blog anda, maka semakin banyaklah juga ganjaran yang akan anda terima. Tidakkah ianya sesuatu yang menarik?

# Selain itu, contest ini juga menawarkan hadiah kepada peserta bertuah dimana setiap penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya berdasarkan gandaan 25 akan menerima wang tunai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen di blog beliau.

# Fuh, memang tak rugi jika anda sertai contest ini kerana hadiah yang ditawarkan boleh tahan lumayan. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mula’lah taipkan entri anda sekarang! Tapi sebelum tu, jangan lupa baca syarat-syarat contest KAT SINI yer. Takut penyertaan korang kena reject pula nanti.

# Dan sebagai makluman, contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Rujukan: Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni dari blog Zon Artis.

+ Kredit: Blog Azizwan

Wednesday, December 23, 2009

Peluang simpanan@pelaburan - bekerja sendiri

Berita Baik!! Skim persaraan 1Malaysia diperkenal untuk warga malaysia berkerja sendiri

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bagi menangani ketidakcukupan simpanan semasa bersara bagi golongan yang bekerja sendiri.

Cadangan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2010 pada Oktober lalu, sebagai satu tanggungjawab sosial untuk mengambil berat kebajikan semua peringkat rakyat yang bekerja sendiri iaitu kategori individu yang tidak mempunyai skim simpanan persaraan secara formal.

Individu yang berminat menyertai skim itu perlu mengisi Borang KWSP 16G(1M) yang boleh diperoleh di cawangan KWSP seluruh negara atau memuat turun borang itu menerusi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 3 Januari tahun depan dan mengembalikannya ke cawangan KWSP yang berhampiran atau melalui serahan mel.

Bagaimanapun, individu yang berminat tetapi bukan ahli KWSP perlu berdaftar sebagai ahli terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3 dan mengemukakannya sebelum memohon untuk menyertai skim itu.Simpanan boleh didepositkan secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(2) di kaunter bayaran KWSP seluruh negara.

Ahli KWSP sedia ada yang bekerja sendiri juga layak menyertai skim baru tersebut.

rujukan asal www.kwsp.gov.my

sumber petikan utusan malaysia 23 Disember 2009

Sunday, December 20, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H

Assalamualaikum semua,

Selamat menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431H.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, mberikan kita semangat baru dalam meneruskan tugasan kita seharian.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sama ada secara langsung ataupun
tidak selama saya menceburkan diri di dalam bidang perkongsian maklumat ini.

Saya mendoakan semoga anda semua berjaya mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan sebelum ini. Insyaallah.

Selamat Maju Jaya!

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum w.b.t,

Hari raya Aidiladha dah semakin hampir, tentu anda semua pun sibuk membuat persiapan.
Tentu meriah sambutan AidilAdha kali ni, terutama jika ada sanak saudara yang menunaikan ibadah haji di Mekah.

Hari ini merupakan hari wukuf di padang Arafah iaitu hari kemuncak dalam ibadat haji. Semoga mendapat haji yang mabror dan ibadat diterima oleh Allah.

Dalam keadaan mood Hari Raya Korban ni, saya selalu juga terfikir, apa erti pengorbanan serta pengorbanan paling besar yang telah dilakukan anda semua. Pengorbanan banyak mengajar kita erti seorang hamba sejati.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati dalam perjalanan.

Salam kemaafan dan Salam Aidul Adha.

Info unit trust : Apa dan Bagaimana unit amanah di proses

APA ITU DANA UNIT AMANAH ?

Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.


BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.



Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.

BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.

Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.

SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.

Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.



KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH


1. Pengurusan Dana Profesional


Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.



2. Mempelbagai Peluang


Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.



3. Memudahkan Transaksi


Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.



4. Meminimakan Risiko

Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.



5. Kecairan

Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.



6. Potensi Pertumbuhan Modal

Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.


PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK


a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham

Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.


b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank

Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.

Download info unit amanah
Unit Amanah

Monday, November 16, 2009

KWSP: Kepentingan Penamaan pewaris

Kematian amat menyedihkan dan ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang tersayang. Anda perlu merancang bagi mengelakkan ahli keluarga menderita sekiranya anda meninggal dunia terutama sekali jika keluarga bergantung nafkah kepada anda.

Dengan membuat penamaan KWSP dan mengemaskinikannya, ahli keluarga boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda dengan mudah jika berlaku kematian.

Jika anda TIDAK membuat dan mengemaskini penamaan, perkara berikut mungkin akan berlaku kepada keluarga anda:

1.Kesukaran dalam pelbagai urusan

Mereka terpaksa melalui proses yang sukar untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet atau Perintah Pembahagian daripada pihak berkuasa sebagai dokumen sokongan untuk mengeluarkan simpanan KWSP. Proses ini mengambil masa yang lama dan kemungkinan dikenakan bayaran oleh pihak berkuasa berkaitan. Sebaliknya, jika penamaan KWSP telah dibuat, semua dokumen ini tidak diperlukan dan proses pengeluaran simpanan akan menjadi lebih mudah dan lancar.

2.Kelayakan keatas Tuntutan

Pihak berkuasa yang mengeluarkan dokumen sokongan akan menentukan keutamaan individu yang layak menerima simpanan anda. Ini boleh menyebabkan berlaku konflik di kalangan ahli keluarga. Jika penamaan telah dibuat, simpanan KWSP akan dibayar kepada penama yang telah anda namakan. Untuk ahli beragama Islam, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan anda mengikut Hukum Faraid.

Jika anda berkahwin, ditakdirkan bercerai atau mendapat cahaya mata, anda dinasihati mengemaskini penamaan KWSP anda.

Lindungi orang tersayang daripada terus menderita.
Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.


Jangan biarkan orang tersayang terus menderita

Namakan dan kemaskini penamaan KWSP anda hari ini

Pindah turun: KWSP 4 - Permohonan Penamaan

Sumber rujukan: KWSP (EPF)http://www.kwsp.gov.my

Sunday, November 1, 2009

Utusan Malaysia Online - Korporat

Program menabung - kempen Save Big and Win Big anjuran Maybank)

Maybank tarik deposit RM1.4 bilion

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Malayan Banking Bhd. (Maybank) telah merekodkan pertumbuhan deposit sebanyak RM1.4 bilion menerusi kempen Save Big and Win Big yang berlangsung selama empat bulan mulai Jun lalu.

Ketua Pembiayaan dan Pinjaman Runcit, Perbankan Pengguna, Ismail Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima lebih tujuh juta penyertaan untuk kempen itu berikutan sambutan yang menggalakkan.

Katanya, kempen itu bermatlamat untuk mempromosikan tabiat menabung serta meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap alternatif pelaburan.

"Pada masa yang sama, ia juga merupakan cara kami memberi ganjaran kepada pelanggan yang memberi sokongan berterusan,” katanya.

Ismail telah menyampaikan hadiah berupa pakej pelancongan kepada lapan pelanggan Maybank pada majlis penyampaian hadiah itu di Menara Maybank.

Di bawah program itu, pelanggan yang menyimpan jumlah minimum RM200 dalam akaun dan mengekalkan pertumbuhan sekurang-kurangnya RM200 pada akhir bulan berpeluang memenangi pakej-pakej pelancongan ke destinasi eksotik.

Pelanggan mempunyai peluang yang lebih besar untuk membawa pulang hadiah jika menyimpan lebih banyak sepanjang tempoh promosi itu.

Pemenang hadiah utama berupa 17 hari 14 malam mengelilingi dunia untuk dua orang dimenangi oleh Hamidah Choong Abdullah.


Sumber petikan:

Utusan Malaysia Online - Korporat

Tuesday, October 27, 2009

Tip kewangan : Bijak Wang 3

Salam sejahtera,

Tip-tip kewangan peribadi ini saya dapatkannya menerusi Rancangan Bijak Wang TV3.Terima Kasih kepada pihak TV3 dan krew rancangan ini sudi memberikan fail ini untuk di kongsikan kepada umum. Sila klik link di bawah untuk Download PERCUMA Slide Rancangan Bijak Wang dianjurkan oleh TV3 pada setiap hari Sabtu 7.00 malam. Jangan lupa menonton.

Topik Pengurusan rancangan persaraan

DOWNLOAD


Topik Pengurusan harta pusaka dan wasiat

DOWNLOAD

Bajet 2010 Perancangan bajet anda

Apakah makna Bajet 2010 kepada anda?

JUTAAN ringgit yang menjadi persoalan telah terjawab - kerajaan tidak membuat sebarang pengumuman mengenai pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Bajet 2010.Sebelum kita boleh menarik sedikit kelegaan, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu menyatakan kerajaan sedang dalam peringkat akhir menyiapkan kajian mengenai pelaksanaan dan implikasi GST kepada rakyat.

Bagaimanapun, PM pernah menyuarakan sekiranya kerajaan melaksanakan GST, kadar cukai yang bakal dikenakan akan lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan semasa, yang bakal diambil alih GST dan pengecualian kepada kumpulan berpendapatan rendah. Ini bertujuan untuk memastikan cukai baru tidak akan membebankan rakyat.
Meneruskan agenda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar, kerajaan telah mencadangkan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan keselesaan rakyat.

Pendekatan yang diambil termasuk pengurangan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus pada 2010. Langkah itu memberi kelebihan kepada mereka yang memperoleh pendapatan melebihi RM100,000. Adalah menjadi harapan agar kerajaan dapat mengurangkan cukai yang sama bagi individu yang memperoleh pendapatan yang kurang daripada jumlah tersebut.

Bagaimanapun Bajet 2010 memberi kelegaan apabila pelepasan cukai peribadi dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000 berkuat kuasa 2010. Sekali lagi kumpulan berpendapatan rendah bebas daripada pembayaran cukai ini.

Peningkatan dalam pelepasan cukai peribadi sebanyak RM6,000 yang disumbangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan premium insurans nyawa kepada RM7,000.Pertambahan pelepasan sebanyak RM1,000 yang diberi dalam skim pembayaran premium anuiti kepada syarikat-syarikat insurans, sama ada pembayaran bermula 1 Januari 2010 atau pembayaran tambahan premium bagi skim anuiti sedia ada mulai 1 Januari 2010.
Pelepasan cukai bagi langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun.

Usaha meningkatkan kemahiran modal insan masih menjadi agenda utama kerajaan pada Bajet 2010.Strategi kerajaan untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pelbagai inisiatif yang diumumkan bakal memberi faedah kepada rakyat dari generasi muda hingga yang matang. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah:

*Peruntukan sebanyak RM48 juta untuk mengubah kemudahan dan kurikulum pra-sekolah.

*RM32 juta untuk meningkatkan kadar literasi dan numerasi bagi murid-murid Tahun 1.

*RM20 juta untuk meningkatkan prestasi sekolah tinggi dan memperluaskan kualiti pendidikan dan geran autonomi kepada pengurusan sekolah bagi melahirkan para pelajar cemerlang.

*Anugerah monetari dan bukan monetari bagi pengetua, guru besar dan kumpulan pengurusan sekolah yang memenuhi sasaran prestasi.

Kerajaan juga mencadangkan pelbagai pendekatan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan meningkatkan lebihan pendapatan boleh guna bagi pembayar cukai individu tertentu.
Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah yang meningkatkan beban cukai.

*Cukai pendapatan hartanah kembali lagi. Cukai itu pernah dihapuskan kini cukai itu akan diperkenalkan semula.
Bagaimanapun, pelupusan sehingga RM10,000, atau 10 peratus, bagi keuntungan (atau mana yang lebih besar) diberikan kepada individu.

Cukai terhadap pemberian hadiah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, datuk dan cucu dan pelupusan hartanah kediaman buat kali pertama oleh rakyat Malaysia atau pemastautin tetap juga dihapuskan.

Cukai perkhidmatan ke atas kad kredit dan kad caj juga dikembalikan semula selepas dihapuskan sejak 1 April 2001. Cukai perkhidmatan dicadangkan sebanyak RM50 bagi kad utama dan RM25 setahun bagi kad tambahan.

Apa yang boleh diperkatakan Bajet 2010 bersesuaian dengan persekitaran ekonomi. Diharapkan tema Bajet 2010 boleh dicapai, yang mana untuk kesejahteraan 1Malaysia.

P/s: Bajet 2010 kerajaan sudah dibentangkan, macamana dengan budget anda & keluarga pula sudah buat planning baru untuk 2010? Buat perancangan budget anda dengan teliti OK?

"Perjalanan yang jauh, bermula dari langkah yang pertama"

Bajet 2010 faedahnya menyeluruh

  • BAJET 2010 sudah dibentangkan. Seperti biasa bukan semua orang puas hati. Sudah tiada apa hendak dibangkang, bayaran RM50 untuk kad kredit pun jadi hal. Kalau kita lihat gaya bank mempromosikan kad kredit mereka, sampai buka gerai di pusat-pusat membeli-belah di merata tempat dan di stesen minyak.
  • Ertinya begitu agresif menyuruh rakyat negara ini hidup dengan kredit. Maka ramailah yang berhutang sehingga tak terbayar dan ramai jugalah yang menyumbang kepada institusi kad kredit ini dengan kadar faedah lebih kurang 18 peratus setahun.Kehidupan gaya kredit inilah yang membuatkan Amerika Syarikat mengalami krisis ekonomi yang teruk mulai 2008 dahulu. Amalan berhutang ini lebih banyak buruknya daripada baik kecuali dalam keadaan kecemasan atau terdesak misalnya hospital tidak mahu merawat kes kecemasan waris kita kalau tidak dibayarkan cengkeram. Maklumlah sekarang ini kalau hendakkan rawatan di hospital swasta dalam kes kecemasan sekalipun kena bayar cengkeram dulu.
  • Melihat daripada apa yang dibentangkan rasanya bajet kali ini memberi manfaat yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat daripada petani dan nelayan kepada mereka yang makan gaji.Rasanya melihat harga rumah yang melambung tinggi yang tidak sepadan dengan pendapatan masyarakat ada baiknya Cukai Keuntungan Hartanah bukan saja patut dikenakan 5 peratus tetapi patut lebih tinggi supaya mereka yang melakukan spekulasi hartanah ini dapat dibendung.
  • Sememangnya pasaran hartanah wajar rancak tetapi biarlah dalam keadaan sihat dan bukan dengan kenaikan harga yang bukan-bukan. Perkara yang membuatkan harga rumah dua tingkat berkembar misalnya sampai RM500 ribu ialah spekulasi yang menjadi-jadi sehinggakan mereka yang betul-betul berhajat untuk memiliki rumah jenis tersebut tidak tercapai.
  • Kalau dibanding dengan kadar pendapatan golongan pertengahan memang tidak setimpal. Alasan pemaju ialah kuasa pasaran. Mereka yang buat untung banyak dengan spekulasi hartanah ini mampu membayar cukai keuntungan yang tinggi.
  • Semasa perbincangan tentang bajet ini di dalam program Astro melalui saluran Bloomberg Jumaat lepas, timbul perkara berkaitan dengan pinjaman pendidikan tinggi ditukar kepada biasiswa bagi mereka yang memperolehi Kepujian Kelas Pertama.
  • Pandangan daripada ahli panel yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Pengajian Tinggi ialah galakan ini pernah diberikan tetapi diberhentikan kerana ada IPTS yang menyalahgunakan keistimewaan ini apabila pemberian Kelas Pertama Kepujian ini secara begitu mewah.
  • Maklum balas daripada seorang pensyarah bidang arkitek disalah sebuah IPTS yang suka berpublisiti ialah apabila dia hendak memberikan pangkat gagal kepada pelajar kelasnya dia diberitahu oleh orang atasan institusi tersebut, “di sini kita tidak ada pelajar yang gagal.”Tidak hairanlah kalau Datuk Izat Emir, Presiden Perdasama merungut selepas mengambil tiga orang siswazah daripada IPTS tersebut bekerja dengan syarikatnya didapati mereka tidak boleh buat kerja langsung.
  • Kalaulah amalan meluluskan pelajar yang patut gagal berlaku di sesetengah institusi pengajian tinggi ini sama ada yang di sektor awam atau swasta semata-mata kononnya untuk menunjukkan rekod pencapaian yang hebat, nescaya kita akan menjadi bahan ketawa apabila lulusan daripada institusi-institusi tersebut tidak mampu melakukan kerja yang diberikan kepada mereka.Janganlah modal insan yang diharapkan daripada pelaburan yang begitu besar untuk pendidikan setiap tahun tidak mampu berdaya saing dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah dan tidak menentu ini.
  • Bajet kali ini merupakan asas kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bakal berlatarbelakangkan model ekonomi baru. Kita melihat dalam bajet kali ini peruntukan sebanyak RM200 juta untuk industri kreatif yang meliputi pembiayaan penghasilan drama dan filem, muzik, animasi, pengiklanan, pengeluaran bahan tempatan.Dana ini akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional. Ke arah ini suatu dasar industri kreatif akan digubal untuk kemajuan industri kreatif. Kegiatan innovative pula merangkumi kesemua jabatan dalam kerajaan yang bertujuan memudahkan lagi sistem penyampaian awam, baik untuk rakyat mahupun untuk sektor korporat seperti yang telah dilaksanakan di Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Syarikat, Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Dalam suasana penurunan pendapatan kerajaan, bajet kali ini masih lagi memberikan pelepasan cukai kepada rakyat. Pelepasan diri bertambah seribu ringgit dan pelepasan daripada bayaran insurans dan KWSP dinaikkan juga sebanyak seribu. Cukai individu juga diturunkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Semoga lebihan ini dapat dibelanjakan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
  • Subsidi utama yang selama hari ini dinikmati juga oleh orang asing ialah subsidi minyak. Ini akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan pembelian dengan penggunaan bersyaratkan MyKad pada masa akan datang.
  • Pembentangan bajet ini telah didahului oleh Laporan Ketua Audit Negara. Banyak perkara yang mengejutkan berkaitan pembaziran dan penyalahgunaan wang kerajaan terdapat dalam laporan tersebut. Perdana Menteri telah melahirkan rasa kecewa beliau dengan penyalahgunaan ini dan mahukan tindakan diambil atas mereka yang didapati bersalah.Apa yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara adalah berdasarkan contoh rambang perbelanjaan wang kerajaan. Kalaulah diteliti setiap perbelanjaan mungkin kita akan dikejutkan dengan penyalahgunaan yang lebih meluas.
  • Kita sedar bukan semua penyelewengan yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang lepas-lepas diambil tindakan dan kita berharap dengan adanya iltizam baru daripada kerajaan, mereka yang bersalah dapat diambil tindakan. Banyak mana peruntukan sekalipun tidak akan cukup sekiranya kebocoran dan penyelewengan ini berleluasa.

ucapan:
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden

sumber petikan: utusan malaysia 26 Oct 2009
Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Pendekatan berani Bajet 2010 tiada tandingan negara lain

  • PEMBENTANGAN Bajet 2010 Jumaat lalu mencerminkan keprihatinan kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah. Kita percaya kerajaan akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh amanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanangkan oleh pembangkang. Hal ini terserlah, setiap kali bajet dibentangkan, banyak insentif diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Paling ditunggu-tunggu dalam Bajet 2010 ialah habuan untuk rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah selain langkah konkrit menangani peningkatan kos sara hidup.

  • Jelas, bajet tersebut meliputi semua kumpulan masyarakat iaitu daripada kalangan petani, pekebun kecil, nelayan, pesara, kakitangan kerajaan dan pelajar serta golongan profesional.Pada hakikatnya, ramai yang berpendapat Bajet 2010 adalah satu langkah berani kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat walaupun negara menerima kesan krisis ekonomi global. Orang nombor dua kerajaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Bajet 2010 sebagai inisiatif berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan semua kelompok masyarakat mendapat faedah daripadanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar tanpa mengetepikan sasaran pertumbuhan negara. Semua ini dilakukan dan akan dilaksanakan atas keyakinan Malaysia ada jalan dalam menangani cabaran ekonomi semasa.

  • Syukur, dalam situasi ekonomi yang agak mencabar, Perdana Menteri kita tidak kering idea. Beliau mampu memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pertumbuhan negara daripada negatif tiga peratus kepada tiga peratus iaitu peningkatan kira-kira enam hingga tujuh peratus dalam masa setahun. Sesungguhnya, Bajet 2010 besar agendanya dalam meringankan kos hidup rakyat.

  • Di samping bajet tahun hadapan berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi membolehkan peluang-peluang pekerjaan diwujudkan, tumpuannya juga adalah untuk membentuk model ekonomi baru yang berasaskan kepada inovasi dan kreativiti.Inilah harapan Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi. Jika diamati, apa yang ketara dalam Bajet 2010 ialah tradisi kuat kerajaan untuk terus membela rakyat. Itulah keistimewaan bajet negara kita yang biasanya boleh dianggap pemurah berbanding kebanyakan negara lain, waima negara jiran dalam ASEAN sendiri.

  • Kerajaan negara-negara jiran kita kurang memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya terutama golongan bawahan. Perkara ini amat berbeza dengan negara kita. Malah, kita dapat rasakan peruntukan bajet tahun hadapan memperlihatkan kesungguhan Najib hendak menerapkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Sebab itu rakyat mesti melihat manfaat yang diperoleh dalam pembentangan Bajet 2010, bukan merungut serta mempersoalkan caj tertentu yang dikenakan ke atas mereka.

Sunday, October 25, 2009

Download eBook Konspirasi Adsense


Anda tahu apa itu adsense? Anda bergiat aktif menjana Pendapatan melalui adsense?

Adsense adalah program affiliate popular yang semakin mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia yang bercita-cita menjana pendapatan melalui Internet. Ya, ramai yang telah berjaya mengumpul wang ribuan ringgit setiap bulan hanya daripada program Internet. Ini adalah FAKTA yang tak di dapat di sangkal lagi.

Tapi anda terlupa tentang konspirasi tanpa anda sedari..


Nak tahu? Dapatkan Laporan Percuma Sekarang

Download Laporan Percuma Sekarang!!

Nak duit percuma? Jangan Lupa join PPL RM0.25 per download anjuran Zamlan






Bajet 2010 Malaysia RMK-9 Bajet mesra rakyat


Selesai sudah pembentangan Bajet 2010 oleh YAB PM di Parlimen, 23 Okt 2009 dan pelbagai manfaat yang boleh kita raih terutamanya untuk mereka yang bergelumang dalam beberapa niche areas seperti sektor perlancongan, sektor ICT, sektor industri Halal, sektor perbankan kewangan Islam, sektor teknologi hijau dan sebagainya.

Apa yang menarik di dalam Bajet 2010 Malaysia ini ialah 4 perkara seperti :

* Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

* Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

* Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

Dan banyak lagi..Nak tahu lebih lanjut?

Anda boleh download teks ucapan penuh Bajet 2010 di laman web Kementerian Kewangan Malaysia dalam format PDF.


Download Teks Ucapan Bajet 2010 Malaysia

"Rakyat di dahulukan, Pencapaian diUtamakan"

Wednesday, October 21, 2009

Bajet 2010 - Jangan terlalu berharap

Jangan terlalu berharap

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Meskipun lebih sejuta pembayar cukai pendapatan individu di negara ini sememangnya mengharapkan diberikan pengurangan bayaran dalam pembentangan Bajet 2010 Jumaat ini, harapan itu mungkin tinggal harapan.

Bersandarkan situasi ekonomi semasa yang masih tidak menentu, idea dan langkah menurunkan cukai pendapatan bukanlah langkah bijak.

Menurut Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Yusof, pengurangan itu akan hanya mengurangkan pendapatan negara, sekali gus memberi kesan negatif kepada proses pemulihan negara selepas krisis ekonomi global.

''Rakyat sepatutnya perlu diberi gambaran yang jelas kerana apabila kita bercakap mengenai pengurangan cukai pendapatan individu, ia membabitkan pendapatan negara.

''Malaysia diunjurkan bakal berhadapan dengan defisit bajet yang tinggi iaitu 7.6 peratus, tertinggi di ASEAN dan Asia.

''Jadi, saya berpendapat kerajaan perlu menghalusi dan mengkaji sekiranya ia mahu dilaksanakan,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas Persidangan Persekutuan Insurans dan Insurans Semula AFRO-Asia (FAIR) di sini hari ini.

Beliau yang berpendapat cadangan tersebut sukar dilaksanakan kerana kerajaan memerlukan wang untuk proses pemulihan akibat krisis kewangan global.

Katanya, jika semuanya dikurangkan apakah yang lagi tinggal untuk dibelanjakan bagi kos operasi dan pembangunan negara.

Bagaimanapun, pakar ekonomi itu tidak menolak pengurangan cukai individu mungkin boleh dilakukan sekiranya kerajaan berupaya menambah nilai cukai-cukai lain sebagai penggantinya.

Dr. Zainal Aznam menegaskan, kerajaan tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada sumber pendapatan daripada Petronas termasuk cukai produk petroleum dan dividen daripada firma minyak itu.

''Rakyat perlu sedar pada masa yang sama Petronas terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi penerokaan baru, lagi dalam penerokaannya (mencari minyak) lagi tinggi kos yang perlu ditanggungnya.

Dr. Zainal Aznam berkata, sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau cukai-cukai nilai tambah (VAT), yang dijangka bakal menjadi cadangan populis pada Bajet 2010 kerana ia memberi faedah yang lebih kepada golongan berpendapatan rendah.

Katanya: ''Kerajaan sewajarnya membina platform bagi pelaksanaan GST supaya ia akan memudahkan apabila sistem tersebut berjalan.

''Yang penting ialah berapa tinggi atau rendah kadar cukai yang akan dikenakan, itu sebenarnya yang ditunggu oleh rakyat, jelas beliau.

''Saya yakin sekiranya kerajaan berani memperkenalkan GST dan VAT, tindakan itu membantu meringankan beban hidup golongan kumpulan pertengahan rendah dan rendah memandangkan Malaysia masih dalam kemelesetan ekonomi.

''Walaupun kita telah berada di paras kemelesetan tetapi untuk ekonomi berada di landasan sebenar ia bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam sekelip mata.

''Sebab itu, rakyat masih perlu bergantung kepada pelaksanaan polisi fiskal oleh kerajaan untuk memberi sokongan kepada kumpulan berpendapatan rendah,'' ujar beliau.

Ditanya apakah bentuk 'goodies' yang bakal diumumkan kerajaan pada Bajet 2010 Jumaat ini, Dr. Zainal Aznam berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah.

''Kemelesetan ekonomi menyebabkan pendapatan dan lebihan tunai golongan ini sangat terjejas dan Bajet 2010 akan memberi kelegaan,'' tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak Bajet 2010 bakal memberi cabaran kerana kerajaan dijangka mengumumkan penstrukturan semula subsidi untuk memastikan ia dimanfaat sepenuhnya kepada golongan sasar.

''Subsidi-subsidi kerajaan sekarang memberi faedah kepada semua...termasuk golongan yang tidak memerlukan.

''Saya percaya Bajet 2010 akan mencatatkan perubahan. Subsidi perlu diberi kepada mereka yang sepatutnya dan inilah cabaran kepada kerajaan untuk melaksanakannya,'' jelas beliau.

Petikan: Utusan Malaysia 21 Oct 2009

Tuesday, October 20, 2009

Kerajaan sedia kaji kembalikan caruman KWSP pekerja kepada 11 peratus

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji cadangan supaya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kembali kepada 11 peratus berkuat kuasa serta merta sekiranya ia keputusan majoriti pekerja di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kalau perkara itu dikemukakan, kerajaan akan teliti. Apa yang penting untuk kebaikan kepada pekerja kerana potongan bukan dibuat daripada sumber lain tetapi daripada pendapatan dan gaji mereka, itu kita kena ambil kira... kerajaan akan timbang ikut kehendak majoriti," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata setakat ini beliau tidak pasti sama ada cadangan itu telah dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan atau tidak.

Semalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan supaya membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman KWSP untuk kembali kepada 11 peratus berkuat kuasa serta merta.

Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam berkata kongres itu prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan.

Berikutan krisis ekonomi November tahun lalu, kerajaan membenarkan pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun ini.

Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus. - Bernama

Petikan : Berita harian 20 Oct 2009

Monday, October 19, 2009

Kembalikan caruman KWSP 11% adalah lebih relevan untuk persaraan


PETALING JAYA 18 Okt. – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta kerajaan membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kembali kepada 11 peratus berkuat kuasa serta merta. Sambil merujuk kepada keadaan ekonomi yang semakin pulih, Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam memberitahu, caruman KWSP merupakan simpanan untuk hari tua bagi pekerja sektor swasta dan adalah penting peratusan simpanan itu dikekalkan.

Berikutan krisis ekonomi, pada November lepas, kerajaan telah membenarkan para pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun ini. Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja telah memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus.

Balasubramaniam berkata, MTUC kini prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan. Katanya, walaupun pilihannya adalah dua tahun, kerajaan perlu membenarkan mereka untuk kembali kepada caruman yang asal sekarang.

– Bernama

Petikan : utusan 19 Oct 2009

Bajet 2010 Lebih banyak wang di tangan

Lebih banyak wang di tangan

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bajet 2010 yang bakal diumumkan Jumaat ini, dijangka menyaksikan had jumlah pendapatan individu yang patut dikenakan cukai dinaikkan lagi.Keadaan ini bermakna kutipan cukai kerajaan akan berkurangan tetapi jumlah wang yang boleh dibelanjakan oleh rakyat Malaysia bertambah, sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.Langkah itu dipercayai diambil kerajaan dalam pembentangan sulung Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana golongan berpendapatan sederhana sebelum ini dipinggirkan dalam aspek bantuan dan inisiatif berbanding golongan miskin, kata para penganalisis tempatan.

Pengarah Eksekutif Urus Niaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, peningkatan had cukai individu bakal menjadi hadiah kerajaan kepada rakyat kerana ia melibatkan bilangan yang ramai.Pada masa kini jumlah cukai pendapatan individu ialah sebanyak 12 peratus untuk pendapatan yang dikenakan cukai melebihi RM35,000 hingga RM50,000.

‘‘Langkah ini tidak mustahil untuk dilakukan oleh kerajaan memandangkan sejak Malaysia diterajui oleh Najib, beliau amat bersungguh-sungguh menangani masalah rakyat.‘‘Bajet 2010 nanti merupakan peluang kepada kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut dan jika langkah itu benar-benar dilakukan, ia bakal mengubah struktur kehidupan rakyat Malaysia ke arah lebih baik,’’ katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, peningkatan jumlah had cukai pendapatan akan memberi lebihan pendapatan kepada golongan terbabit, sekali gus memberi faedah kepada negara melalui kitaran ekonomi. Beliau berkata, sudah sampai masanya langkah ini diambil memandangkan kehidupan golongan pertengahan di bandar semakin terhimpit akibat peningkatan harga barangan.‘‘Di Kuala Lumpur misalnya apalah yang boleh dibuat dengan gaji RM3,000. Kita mungkin tidak ada masalah untuk membeli pakaian atau barangan rumah sebab murah dan pelbagai pilihan jenama.

‘‘Masalah utama kita adalah harga makanan yang melambung tinggi sedangkan ia merupakan keperluan hidup.‘‘Jadi sekiranya kerajaan mengambil pendekatan ini, saya percaya kehidupan rakyat Malaysia akan lebih baik,’’ tambahnya.

Beliau berkata, bagi mengimbangi penurunan pendapatan, kerajaan perlu meningkatkan nilai tambah cukai kepada golongan berpendapatan tinggi, sejajar dengan prinsip percukaian progresif.Di bawah prinsip itu, golongan kaya atau mewah perlu membayar cukai yang lebih besar berbanding golongan miskin.Selain itu, kerajaan juga sewajarnya mempertimbangkan untuk menghapuskan bayaran perkhidmatan yang membabitkan jumlah kecil terutama bagi mendapatkan rawatan di hospital miliknya.

‘‘Golongan miskin masih dikenakan bayaran RM1 untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan tidak salah jika bayaran kecil ini dihapuskan terus,’’ kata beliau.Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem juga berkata, kerajaan wajar menurunkan cukai pendapatan individu kepada satu atau dua peratus lagi. Penurunan berkenaan tidak akan menjejaskan hasil kerajaan pada Bajet 2010 kerana jangkaan ekonomi lebih baik pada tahun depan.‘‘Saya berpendapat sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk mengimbangi peningkatan jumlah had cukai individu.‘‘GST tidak akan menjejaskan rakyat Malaysia kerana cukai bagi GST tertakluk kepada perbelanjaan, lagi banyak berbelanja, besarlah cukainya,’’ tambahnya.

Sementara itu, pakar ekonomi kanan AmInvestment Bank Bhd., Manokaran Mottain pula mempunyai pendapat yang berbeza selepas mengambil kira kerajaan telah melaksanakan mini bajet bagi merangsang ekonomi negara akibat krisis ekonomi global. Beliau berkata, perusahaan kecil dan sederhana bakal mendapat banyak faedah pada Bajet 2010 terutama dalam penurunan cukai, insentif dan inisiatif. Malah, beliau menjangkakan kerajaan bakal menstruktur semula subsidi termasuk meluaskan penerimaan kepada golongan sasaran.‘‘Kerajaan telah mengumumkan mengenai subsidi beras dan mungkin akan meluaskan faedah itu bagi subsidi minyak pula,’’ ujarnya.

Petikan : utusan malaysia 19 oct 2009

Thursday, October 15, 2009

Download 25 eBook PERCUMA

Dapatkan 25 e-book dengan klik pada DOWNLOAD dibawah:

  • Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet DOWNLOAD
  • Membina Web Yang Berjaya DOWNLOAD
  • 42 Panduan Buat Wang Dengan Internet DOWNLOAD
  • Panduan free autoresponder DOWNLOAD
  • Rahsia Dan Tips Google Adsense DOWNLOAD
  • Tip mendapat ranking tinggi di Search Engine DOWNLOAD

Wednesday, October 14, 2009

Tips Kewangan : uruskan perbelanjaan secara berhemah

8 Tip cara mudah jimatkan wang anda


Bijakbudget



Ingin merancang perbelanjaan anda dengan bijak? Dapatkan perisian bijakbudget disini.


Panduan mengurus Wang anda

info perbankan@bankinginfo




Buku ini terbahagi kepada dua bahagian:


Bahagian 1 menggariskan panduan berkaitan pengurusan wang seperti perancangan kewangan, simpanan dan pelaburan.


Bahagian 2 pula memberi panduan berkenaan hal lain yang berkaitan dengan pengurusan wang seperti mendapatkan produk kewangan, perlindungan ke atas harta serta cara-cara untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah kewangan.









Budget 2010 - Tiada potongan cukai

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Rakyat tidak boleh mengharap lebih pada Bajet 2010 berikutan keadaan ekonomi semasa. Malah, kerajaan dijangka memberi 'sekadar apa yang mampu' bagi menghindari defisit bajet yang lebih besar pada masa depan.Rakan Kongsi Percukaian Horwath KL Tax Sdn. Bhd., Poon Yew Hoe berkata, negara memerlukan sumber perolehan tambahan jika kerajaan mahu mengurangkan cukai bagi mengimbangi bajet pada tahun depan.

"Perolehan cukai merosot dan perbelanjaan pula meningkat yang mana sebahagiannya disebabkan oleh dua pakej rangsangan ekonomi untuk menjana pesat pertumbuhan ekonomi negara," katanya.Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai 'Seminar Bajet 2010 dan Perancangan Cukai' anjuran bersama RHB Bank Bhd. dan Horwath, di sini hari ini.Menurut Yew Hoe, pihaknya menjangka tiada potongan cukai untuk individu dan korporat pada tahun depan setelah mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan.
"Defisit bajet dijangka lebih besar seperti yang diumumkan kerajaan untuk mengurangkannya pada tahun depan daripada ramalan 7.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini," ujarnya.

Beliau berharap kerajaan melanjutkan Elaun Pelaburan Semula (RA) menjangkaui tahun 2013 kepada para pengilang yang mengisytiharkan cukai mulai 1998.
"Ini akan memberikan mereka lebih masa untuk merancang perbelanjaan modal sekali gus menggalakkan mereka terus melabur dalam kilang, mesin dan pembinaan kilang bagi tujuan pengembangan operasi," jelasnya.
Beliau berkata, sektor pengilangan kekal sebagai pengguna tenaga kerja utama negara walaupun Malaysia kini mula memberi tumpuan terhadap sektor perkhidmatan.
"Bagaimanapun, negara masih berada pada kedudukan baik untuk bersaing di peringkat antarabangsa berikutan kadar kecekapan kos dan pekerja yang mahir.
"Oleh itu, kerajaan perlu terus memberi insentif kepada golongan ini untuk melabur semula supaya mereka dapat mengembangkan operasi mereka," katanya.

Mengenai 'Seminar Bajet 2010 dan Perancangan Cukai', Yew Hoe berkata, seminar tersebut akan diadakan di Hotel Sunway Resort dan Spa, Petaling Jaya pada 29 Oktober ini; Hotel Gurney, Pulau Pinang (3 November) dan Hotel Grand Paragon, Johor Bahru (6 November)."Seminar itu akan membincangkan Bajet 2010, perkara berkaitan cukai seperti perancangan cukai untuk Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) dan korporat serta tinjauan ekonomi negara oleh RHB," jelas beliau.

Petikan: Utusan Malaysia 14hb oct 2009

Bajet 2010 lebih kecil

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Saiz Bajet 2010, yang dijadualkan dibentangkan pada 23 Oktober di Parlimen, berkemungkinan lebih kecil, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini."Ia lebih kecil, tetapi kita tunggu sahaja pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa pembentangan bajet. Nanti kita akan tahu jumlahnya," kata beliau. Beliau berkata, kerajaan sedang mengkaji dengan serius untuk mengurangkan perbelanjaan kendalian bagi tahun depan.

Menyentuh tentang perbelanjaan pembangunan, beliau berkata: "Bajet ini merupakan tahun terakhir RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan). Perbelanjaan pembangunan adalah baki daripada RMK-9." Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pemberita tentang saiz Bajet 2010 selepas melancarkan Persidangan Akauntan Kebangsaan 2009 di sini.
Bajet 2009 berjumlah RM207.9 bilion, tidak termasuk dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion yang diumumkan kemudiannya.

Petikan: Utusan Malaysia 14hb Oct 2009

Tuesday, October 13, 2009

7 Kesilapan lazim pengurusan wang

“Saya sudah 20tahun bekerja, tetapi sehingga kini wang simpanan hanya sedikit menyebabkan saya tertanya-tanya kemanakah perginya wang saya?” Kata Eksekutif wanita sebuah syarikat dikenali sebagai Liza (bukan nama sebenar).


Pernahkah anda mendengar atau mengeluh seperti itu dan jika bertanya disekeliling, besar kemungkinan anda akan berjumpa sekurang-kurangnya seorang seperti liza.

Jika anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti kesilapan lazim dilakukan agar anda dapat mempelajari daripadanya.


Kesilapan 1: Gagal merancang

Kesilapan 2: Berbelanja melebihi kemampuan

Kesilapan 3: Berbelanja menggunakan kad kredit

Kesilapan 4: Tidak menabung untuk waktu kecemasan

Kesilapan 5: Lewat menabung untuk hari tua (hari pesaraan)

Kesilapan 6: Terlampau memikirkan pasal wang

Kesilapan 7: Melabur dalam produk tidak bersesuaian


Kesilapan 1: Gagal merancang


Jika bertanya kepada orang ramai disekeliling,pasti ramai diantara kita tidak merancang kewangan dan alasan selalu diberikan sibuk dengan kerja dan keluarga. Sikap tidak mengambil berat itu akan menjejaskan kedudukan kewangan anda, contohnya, anda akan selalu membayar cukai tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh lama atau tidak bijak memilih produk pelaburan dan kewangan yang sesuai.Bebanan kerja yang banyak tidak juga dinafikan sebagai penyebab ramai tidak memberi keutamaan kepada pengurusan wang, sebaliknya membiarkan keadaan menjadi penentu. Sebenarnya, walaupun anda tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat merancang kewangan akan membolehkan kita menjadi seorang yang berjaya mengumpul kekayaan.


Kesilapan 2: Berbelanja melebihi kemampuan


Ramai bebelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan pengaruh iklan yang mempromosikan gaya hidup mewah seperti telepon bimbit model terkini, kereta mewah dan juga fesyen terbaru yang mendorong kita berbelanja diluar kemampuan sendiri.Apatah lagi ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mengikut peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai mempunyai baki amat sedikit dalam akaun bank pada penghujung bulan selepas ditolak pinjaman rumah dan kereta, bayaran kad kredit,bil dan sebagainya.


Kesilapan 3: Berbelanja menggunakan kad kredit


Tabiat beli dulu bayar kemudian sudah menjadi kebiasaan sekarang dan hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurang satu kad kredit, malah ramai yang memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kredit merupakan satu kemudahan, tetapi ramai tersilap dalam penggunaanya dan menganggap ia alat untuk kita berbelanja lebih, tambahan pula dengan bayaran minimum setiap bulan. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum itu, tidak menyedari ia akan menjadi hutang mengunung dan jika ia tersilap langkah mustahil anda boleh muflis. Ia realiti kerana mengikut laporan kemuflisan kebelakangan ini meningkat, terutama sekali golongan muda dan sehubungan itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan membuat bayaran dengan kadar minimum setiap bulan, anda boleh terus berbelanja, tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menyebabkan anda mengalami kerugian besar di kemudian hari.


Kesilapan 4: Tidak menabung untuk waktu kecemasan


Menabung untuk wang kecemasan amat wajar untuk setiap orang ini membantu kita disaat genting yang memerlukan tunai di tangan dengan banyak. Amalkan penyimpan 10% atau lebih dari wang gaji anda bergantung kepada kemampuan anda.Sesetengah orang beranggapan membeli insurans hanya membazir wang. Tetapi tanpa kita sedari insurans dapat mendisplinkan untuk menyimpan. Tahukah anda tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan atau pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebih malang jika orang yang hilang pendapatan itu adalah ketua keluarga atau pencari nafkah dalam keluarga. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga sudah terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan lain dengan segera.


Kesilapan 5: Lewat menabung untuk hari tua (hari pesaraan)


Ramai yang ingin bersara awal,tetapi bagi memulakan persaraan kita mesti memastikan mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara. Namun, masih ramai terutamanya yang hampir bersara masih bergelut mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik (increment salary) simpanan kita turut naik. Namun, apa yang berlaku sebaliknya iaitu setiap gaji naik, perbelanjaan kita juga turut bertambah kerana memenuhi kehendak diri kepada tidak sepatutnya seperti ubahsuai rumah dan membeli kereta baru.Perbelanjaan seperti itu, menyebabkan kita sukar menabung untuk persediaan hari tua.


Kesilapan 6: Terlampau memikirkan pasal wang


Dalam usaha memupuk tabiat menyimpan, jangan terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa perkara lain dalam hidup seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan-rakan. Tanpanya, hidup tidak akan memberi makna@ kepuasan walaupun mempunyai wang jutaan ringgit.


Kesilapan 7: Melabur dalam produk tidak bersesuaian


Ada pelbagai produk pelaburan di pasaran dan bagi memastikan kita melabur dalam produk pelaburan menepati profil risiko dan ganjaran diinginkan, kita memerlukan pengetahuan mengenai pelaburan. Jangan terlalu bergantung kepada penasihat kewangan atau broker anda semata-mata kerana ada antara mereka mempunyai agenda tersendiri. Ada penasihat kewangan tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan maklumat yang tepat dan hanya memikirkan cara untuk meningkatkan komisyen jualan mereka sahaja. Jadi pastikan anda meneliti cirri-ciri sesuatu produk pelaburan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.


Sebagai kesimpulan, kita perlu sentiasa mengingatkan diri kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.


Petikan sumber asal daripada : Harian Metro 10hb Oct 2009

Website: www.sidc.com.my

Seminar B.M.W. untuk Wanita



Pengenalan:

Krisis ekonomi yang berlaku kebelakangan ini sememangnya memberikan impak yang besar kepada rakyat Malaysia. Situasi ini dirumitkan lagi dengan kurangnya pengetahuan dan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai kepentingan menabung dan menguruskan wang dengan betul.

Menurut kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini, didapati hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung. Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya.

Objektif

Program celik kewangan B.M.W. atau Bijak Mengurus Wang ini bertujuan mewujudkan kesedaran dan meningkatkan kemahiran orang ramai mengenai perancangan kewangan, pelaburan bijak dan mengelakkan diri daripada tertipu dengan skim pelaburan yang tidak sah.

Kandungan Program

Di akhir program ini, para peserta akan mempelajari asas pengurusan wang seperti:

  • Kepentingan pengurusan kewangan
  • Teknik mencapai matlamat kewangan
  • Panduan pelaburan bijak
  • Cara-cara mengenal pasti skim pelaburan tidak sah
Kaedah Pembelajaran
  • Taklimat dan perbincangan
  • Kuiz dan aktiviti soal-jawab
Fasilitator

Pasukan B.M.W. (Bijak Mengurus Wang) SIDC & penceramah jemputan

Tempoh Masa

3.5 jam


Download informasi berkenaan B.M.W sekarang


Lawati laman Sidc http://www.sidc.com.my

Thursday, October 8, 2009

Tips kewangan peribadi - Bijak Wang 2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana lambat menyediakan slide bijak wang sambungan episod yang lepas untuk dikongsi dengan anda semua.

Tip-tip kewangan peribadi ini saya dapatkannya menerusi Rancangan Bijak Wang TV3.Terima Kasih kepada pihak TV3 dan krew rancangan ini sudi memberikan fail ini untuk di kongsikan kepada umum. Sila klik link di bawah untuk Download PERCUMA Slide Rancangan Bijak Wang dianjurkan oleh TV3 pada setiap hari Sabtu 7.00 malam. Jangan lupa menonton.

Episod: Peniaga Bermusim

PeniagaBermusim.rar


Episod: Rumah Terbuka dan Duit Raya

RumahTerbukanDuitRaya.rar


Episod: Zakat

ZAKATBW.rar


Episod: Definisi Pelaburan

DefinisiPelaburan.rar


Episod: Pengurusan Unit Amanah


Unit amanah.rar


Bebaskan beban kewangan anda dan menjadi seorang yang bijak mengurus kewangan!!

Peranan AKPK dalam membantu mengurangkan bebanan kredit anda

Tahukah anda apakah peranan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK)?






Pendidikan Kewangan

Program pendidikan kewangan untuk kemahiran asas pengurusan wang dan juga tip bagaimana untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.

Kaunseling Kewangan dan Nasihat

Kaunseling peribadi dan nasihat untuk mengurus kewangan anda dengan bijak – daripada bajet, pengurusan wang dan isu berkaitan dengan kredit. Pelajari bagaimana untuk menangani bebanan kredit dengan penuh tanggungjawab untuk masa depan yang cerah.

Program Pengurusan Kredit

Kawal semula kehidupan anda dan juga bebanan kredit anda. Para kaunselor AKPK akan bekerja dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda.

AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan.

* Penyedia perkhidmatan kewangan terdiri daripada:

# Semua bank perdagangan

# Semua bank Islam

# Semua syarikat insurans

# Semua pengendali takaful

# Institusi kewangan pembangunan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

# Pengeluar kad kredit/caj (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)


Lawati Laman AKPK di http://www.akpk.org.my

admin berharap semoga anda berjaya membebaskan bebanan kredit and.

P/S: Hidup bebas tanpa beban Hutang!!

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO