Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Tuesday, June 25, 2013

Bayar hutang atau simpan?

Walaupun terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai pengurusan wang, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak dapat merancang kewangan dengan baik. Statistik menunjukkan bahawa hutang kad kredit rakyat Malaysia berjumlah hampir RM25 bilion (setakat Mac 2010). Adakah rakyat malaysia dilahirkan untuk berhutang? Belajar, kahwin, rumah, kereta - hutang?

Situasi ini sememangnya merisaukan dan isu kepentingan menyimpan duit dan membayar hutang sepatutnya menjadi satu perkara yang dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat.

Persoalannya, dengan pendapatan yang terhad, apakah kita patut menggunakan duit gaji untuk membayar hutang sedia ada atau wang itu sepatutnya disimpan? Mana satu perlu didahulukan? Yang mana satu patut menjadi keutamaan? Membayar hutang atau membuat simpanan?

Ini adalah keputusan penting yang harus dibuat kerana walaupun mempunyai akaun simpanan adalah satu cara untuk merancang masa depan, tetapi menjadi bebas hutang adalah strategi yang sangat berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang stabil. Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan membayar hutang.

Langkah #1: Wujudkan Dana Kecemasan

Sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk meyimpan duit atau menjelaskan hutang, langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina dana kecemasan terlebih dahulu. Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika anda betul-betul memerlukannya. Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan anda yang paling utama. Setelah itu, barulah anda menyimpan untuk pembelian rumah, pendidikan anak dan juga persaraan. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru ingin menyimpan duit atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana anda sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya.

Dana kecemasan adalah penting kerana sekiranya  menghadapi masalah seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak dan sebagainya, anda tidak perlu berhutang. Denganini, situasi kewangan anda tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran seperti di atas. Ingatlah bahawa dana kecemasan ini harus digunakan dalam keadaan yang terdesak sahaja dan bukannya untuk percutian, membeli barang kesukaan atau “kehendak-kehendak” yang lain.

Jadi berapakah jumlah dana kecemasan yang harus anda disimpan? Kebanyakan pakar kewangan mencadangkan bahawa anda menyimpan sebanyak tiga hingga enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Apabila gaji meningkat, tambahkan jumlah simpanan dana kecemasan supaya anda sentiasa memiliki simpanan sebanyak enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Akhir sekali, sentiasa tambah semula dana kecemasan jika anda telah menggunakannya.


Langkah #2: Langsaikan Hutang Anda

Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan perhatian kepada teras masalah anda iaitu HUTANG. Oleh kerana gaji yang terhad, anda perlu menggunakan sebahagian atau semua duit yang dahulunya disimpan dalam dana kecemasan untuk membayar hutang.

Bagaimana pula dengan simpanan? Ia mungkin bukan satu tindakan yang bijak untuk menambah lagi duit simpanan apabila anda masih mempunyai hutang. Kebanyakan hutang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun-akaun simpanan biasa di bank. Dengan itu, anda sebenarnya kerugian lebih banyak duit daripada hutang tersebut berbanding duit yang diperolehi daripada akaun simpanan.

Contohnya, katakan anda mempunyai RM6,000 dalam sebuah akaun simpanan dengan pulangan 2% setahun dan hutang kad kredit sebanyak RM3,000 dengan kadar faedah 18% setahun. Berapakah jumlah duit anda selepas lima tahun? Jawapannya adalah sifar – anda akan hilang kesemua simpanan dan masih lagi berhutang RM200 kerana hutang akan meningkat kepada RM6,800, manakala simpanan hanya bertambah sebanyak RM600.

Satu lagi pilihan adalah untuk melaburkan duit tersebut. Sekiranya produk pelaburan itu memberikan kadar faedah yang tinggi, anda boleh mengunakan keuntungan yang diperolehi untuk menjelaskan hutang sedia ada. Akan tetapi, ambil perhatian bahawa pelaburan mempunyai risikonya tersendiri dan anda mungkin mengalami kerugian. Ini bergantung kepada tahap risiko sesuatu produk pelaburan pilihan anda.

Walaupun memilih untuk melabur, matlamat utama anda masih lagi untuk menjelaskan hutang. Maka, hutang mana yang harus dijelaskan dahulu? Biasanya, hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta harus dibayar dahulu. Biarkan pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan sebagai yang terakhir kerana pinjaman-pinjaman sebegini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan dianggap sebagai “hutang yang baik”.

Langkah #3: Fokus pada Masa Depan

Setelah menjelaskan hutang-hutang yang penting, anda bolehlah kembali memberi perhatian kepada usaha untuk meningkatkan simpanan. Ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda (ini juga dikenali sebagai prinsip “bayar diri sendiri dahulu”). 

Jika majikan membenarkan pemotongan gaji bulanan secara automatik, ambil peluang itu agar anda tidak terlupa untuk memindahkan duit tersebut.

Setelah itu, inilah masanya untuk mula melihat kepada peluang membuat duit berkerja untuk anda iaitu dengan melaburkan duit yang ada. Anda boleh menggunakan sebahagian daripada wang simpanan untuk dilaburkan dan membantu menghasilkan pulangan. Produk pelaburan yang dipilih bergantung kepada objektif pelaburan dan toleransi risiko anda. 

Akhir sekali, sentiasa awasi pelaburan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat anda.

Dengan ketiga-tiga langkah yang telah disebutkan, anda kini tahu bagaimana untuk mula mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang.

Ingatlah bahawa menyimpan duit, melabur dan menjelaskan hutang adalah perkara-perkara jangka panjang yang berkaitan dengan cara hidup anda dan komitmen-komitmen kewangan lain. Selalunya, anda perlu melakukan perubahan kepada cara hidup bagi mencapai keseimbangan di antara ketiga-tiga perkara tersebut dan ianya bukanlah suatu yang mudah. 

Akan tetapi, jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang anda adalah kuncinya.

sumber : www.min.com.my
 

Kempen Pelabur Bijak Kebangsaan 2012-2013 (KPBK) Episod 2

Semalam admin tertarik dengan iklan Kempen Pelabur Bijak Kebangsaan 2012-2013 (KPBK) Episod 2 di TV3 sedikit sebanyak mengingatkan pelaburan haram yang hangat ketika itu seperti swisscash dan sebagainya. Sebagai pengguna atau pelabur kita hendaklah bijak memilih pelaburan yang betul dan perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu latar belakang sesuatu produk dan syarikat yang menawarkan pelaburan tersebut. Selain itu, ia mestilah berdaftar dengan perbadanan securities malaysia.

anda boleh lihat iklan disini www.min.com.my

selamat menonton.

Buat duit dengan login wang

Program terbaru dan Pertama di Malaysia!
 Hanya dengan login sahaja boleh dapat wang. Daftar Percuma.
Hadiah menarik lagi. Ada iPhone, DELL Laptop, Vivaz Sony Ericsson.
Jadi yang terawal. Saya telah berdaftar di sini




Ini adalah bukti bayaran cek sebelum ini.
Bukti Bayaran
Bukti Bayaran
Bukti Bayaran

Tuesday, June 18, 2013

Bagaimana buat duit melalui Meng-Upload file @ Pay-Per-Download

Bagaimana buat duit dengan cara berkongsi fail (file sharing)? Bagaimana buat duit dengan Pay Per Download? Buat duit dengan Rapidshare?mediafire dan sebagainya.


Secara ringkasnya anda cuma: Upload fail ke laman web fail sharing hosting yang memberi komisen jika fail tersebut dimuat turun. Hebahkan link untuk download fail tersebut di forum, blog, Twitter dan lain-lain website. Bila ramai orang download anda akan dibayar oleh pihak file hosting tersebut. 
Anda perlu ada fail yang boleh menarik orang untuk download. Fail tersebut boleh dalam bentuk apa pun samada video, audio, ebook, software dan sebagainya. Elok kompresskan file-file tersebut dalam bentuk zip atau rar dan sebagainya supaya bersaiz lebih kecil.
Terdapat banyak contoh-contoh website, blog dan forum dimana link-link untuk download fail di promosikan dengan hebat. Blog-blog yang dibuat semata-mata membuat promosi download link juga banyak . Namun. kebanyakannya adalah untuk download bahan-bahan cetak rompak dan dilarang untuk dikongsi seperti video cerita wayang, ebook, software cetak rompak, ebook dan sebagainya.
Potensi buat duit.

Biasanya bayarannya amat kecil untuk setiap jumlah download. Anda perlu merekodkan beribu-ribu download untuk mendapat bayaran. Sebagai contoh Easy-share.com memberi komisen sehingga USD $20 untuk 1,000 download dari negeri US dan Britain. Lain-lain website file sharing memberi komisyen yang berbeza. 

Pembayaran komisyen  biasa di buat melalui Paypal.com, wire transfer atau cek bergantung kepada file hosting.

Anda perlu mencari file hosting yang sesuai untuk mendaftar:

1. Website file hosting tersebut membayar untuk download, bukan semua file hosting berbuat begitu. Ada juga yang hanya memberi point dan ia hanya boleh digunakan untuk membuka akaun premium baru. Contohnya  Rapidshare.com hanya memberikan point yang apabila terkumpul pada jumlah tertentu boleh ditebus untuk mebuka akaun baru. Baaimanapun anda boleh menjual akaun-akaun baru tersebut.

2. Ada website file hosting in memerlukan anda mempunyai akaun premium dengan mereka untuk komisen download. Ini melibatkan kos tambahan.

3.  Apakah sasaran negara anda. Jika pasaran anda tidak bersifat global, anda perlu menyemak info di website file hosting tersebut samaada diambil kiira download yang datang dari negara tertentu. Sebahagian besar tidak memberi apa-apa bayaran atau dalam bentuk point untuk download yang datang dari negara Malaysia. Sebagai contoh megaupload,com tidak memgambilkira download yang datang dari Malaysia.
Kriteria-kriteria pemilihan file hosting site Sebagai info saya mengambil beberapa file hosting site sebagai contoh: 
Docstoc.com
Pembayaran setiap upload file: 50/50 dari pendapatan yang dihasilkan.
Anda hanya perlu menulis dan mempromosikan, Docstoc.com akan menampilkan iklan bersama dokumen Anda, dan Anda akan mendapatkan bayaran. Setelah anda mendapatkan akaun di Docstoc.com, nikmatilah pendapatan pasif secara terus menerus, yang anda perlukan adalah akaun Docstoc.com dan meng-upload file sebanyak yang  Semakin ramai orang melihat dokumen anda maka semakin besar peluang anda untuk meningkatkan pendapatan iklan. Pembayarannya adalah 50/50 dan itu akan dimasukkan ke akaun pendapatan anda. Gunakan media sosial untuk mempromosikan dokumen anda seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Blog, dan sebagainya.

Uploading.com
 
Pembayaran setiap upload file: $1-100 untuk setiap 1000 download
Anda dapat menghasilan pendapatan purata sekitar USD $30 jika file anda unik dan jumlah download yang banyak. Pembayaran dilakukan melalui PayPal, Wire Transfer, Webmoney dan Epese.

Crocko.com
Pembayaran setiap upload file: $1 per 500 download
Ruang upload percuma hingga 2GB dan anda dapat mendownload sebanyak mana yang boleh. Bagi pengguna akaun percuma,  fail yang tidak aktif akan disimpan lebih dari 60 hari dan akan di "delete".

Shareapic.com
Pembayaran setiap upload file: $0.20 setiap 1000 tampilan gambar
Ia adalah platform bagi perkongsian gambar (picture sharing) dibayar jika gambar anda mempunyai "view" yang banyak. Namun ia berbeza berbanding medium percuma seperti Pictu dan Instagram yang tidak membayar apa-apa dari meng-upload foto.

Megaupload.com
 

1. Perlu menjadi ahli premium. Anda boleh menjadi ahli percuma dahulu dan boleh mengutip point  Anda boleh tukarkan point untuk menjadi ahli premium dan point selebihnya boleh diambil dalam bentuk tunai.

2. File besaiz lebih dari 100MB tidak layak untuk diambilkira.

3. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira (Malaysia tiada dalam senarai).

4. Komisen : 1 point untuk setiap 1 download. Point boleh ditukar:

10000 points  untuk sebulan keahlian premium
50000 points untuk 6 bulan keahlian premium
100000 points untuk 1 tahun keahlian premium  + USD $100
500000 points untuk keahlian platimum seumur hidup + USD $500
1000000 reward points: USD $1500
5000000 reward points: USD $10000



Sharecash.com adalah salah website file hosting yang memberikan kadar komisen yang tinngi berbanding dengan lain-lain. Ini mungkin kerana terdapat unsur 'paksaan' untuk mereka yang ingin download file dari sharecash.  
Mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugas (CPA) dahulu seperti mengisi borang survey sebelum boleh download. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download.  kadar komisen berbeza mengikut apakah  perkara (CPA) ynag perlu dibuat sebelum download.

1.Tidak perlu menjadi ahli premium.

2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (malaysia tiada dalam senarai)

3. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download.  kadar komisen berbeza bergantung kepada apakah   perkara (CPA - isi borang survey, selesaikan kuiz dll) yang perlu dibuat sebelum download.

4. Perlu file yang amat diingini pelawat untuk download, kalau tidak mereka tidak akan menyelesaikan survey, kuiz atau membuat langganan dahulu untuk membuat download.

Easy-share.com

1.Tidak perlu menjadi ahli premium.

2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (Malaysia tiada dalam senarai)

3.`Sehingga USD $20 untuk setiap 1000 downloads dari  US dan Britain. Sehinnga USD`$10 untuk 1000 downloads dari negara: Italy, Switzerland, United Arab Emirates, Norway, Bahrain, Austria.

 


Berikut adalah antara file hosting Pay Per Download yang anda boleh sertai tanpa perlu menjadi ahli berbayar premium.
Terdapat banyak lagi file hosting site lain yang anda boleh cari di internet.
Perkara-perkara perlu dipertimbangkan:

1. Mencari file-file yang diminati ramai untuk download.
2. Kelajuan internet untuk upload file jika fail bersaiz besar.
Untuk upload fail yang besar ke file hosting di internet boleh mengambil masa yang besar terutamanya jika internet anda slow.
3. Perlukan promosi yang aktif. Mungkin melalui website, blog, forum, networking, bookmarking sites atau email.
4. Blog atau tempat yang anda promosikan link perlu menyasarkan pelawat global dan bukan terhad kepada pelawat dari Malaysia sahaja.

Anda tidak perlu mempunyai website atau blog sendiri untuk mencari duit dengan cara berkongsi file ini. Walaupun cara ini adalah cara yang 'halal' tetapi apa yang saya tahu kebanyakkannya adalah berkongsi file yang dilarang seperti porno, lucah dan lain-lain. Anda sendiri pun mungkin sudah banyak berjumpa dengan blog dan forum yang sedemikian. Dengan itu ambilah info disini sebagai pengetahuan. Bagaimana pun terdapat banyak file-file yang dibolehkan untuk dikongsi seperti open source software, perisian percuma, grafik percuma, video klip dan sebagainya yang anda boleh cari di internet.untuk dikongsikan.
P/S : admin tidak menjamin jika maklumat diberikan tidak tepat dan tidak bertanggungjawab jika terdapat apa-apa kerugian. Ini adalah sekadar perkongsian. Harap maklum.

10j pencarum KWSP tiada penama

KUALA LUMPUR 17 Jun - Lebih 10 juta daripada 13.69 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini gagal menamakan penama akaun mereka sekali gus mengundang masalah kepada proses pengeluaran caruman apabila berlaku kematian.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, setakat ini hanya 3.51 juta pencarum mempunyai penama berbanding jumlah pencarum aktif kini iaitu 6.44 juta.

Sehubungan itu, beliau menyeru pencarum yang belum lagi menamakan penama agar segera berbuat demikian bagi memudahkan kaum keluarga melaksanakan urusan pengeluaran caruman jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Antara sebab pencarum tidak meletakkan penama mereka mungkin kerana mula-mula mencarum, mereka belum berkahwin, itu antara sebabnya.

"Kadang-kadang mereka tidak fikir apa yang akan berlaku kepada diri mereka. Kemalangan tidak berbau, kita tidak akan menyangka kita boleh meninggal pada waktunya," kata beliau kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi di KWSP di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, meskipun KWSP masih belum mewajibkan penamaan tersebut tetapi untuk kebaikan, kemungkinan pihaknya akan menolak borang permohonan caruman pemohon yang tiada penama pada masa akan datang.

Katanya, buat masa ini, mereka boleh menamakan penama masing-masing melalui borang penamaan yang terdapat di semua 60 kaunter KWSP seluruh negara atau melawat laman web MyEPF di http://www.kwsp.gov.my untuk keterangan lanjut.

"Saya juga difahamkan, KWSP akan melancarkan kempen tertentu untuk memastikan semua pencarum mempunyai penama agar ia tidak menyusahkan urusan pengeluaran apabila berlaku sesuatu kepada diri kita," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan, jumlah aset pelaburan KWSP yang melepasi setengah trilion ringgit iaitu berjumlah RM576.55 bilion kini telah menjadikan Malaysia sebagai negara yang memiliki tabung persaraan keenam terbesar di dunia.

"Kita merupakan tabung persaraan nombor keenam terbesar di dunia iaitu selepas Jepun, Norway, Korea Selatan, Singapura dan Kanada," ujarnya.

Sementara itu, jelas beliau, KWSP akan melancarkan inisiatif baharu yang akan dilaksanakan pada Julai 2013 iaitu e-pengeluaran yang kini dalam proses penyiapan.

Tambahnya, e-pengeluaran merupakan kemudahan bagi urusan permohonan pengeluaran yang mana pencarum boleh mengeluarkan caruman secara dalam talian mengikut had pengeluaran masing-masing.
"Kemudahan ini akan memudahkan pelbagai urusan seperti menyelesaikan baki pinjaman, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan dari semasa ke semasa akan menambah jenis-jenis pengeluaran yang lain," kata beliau.


petikan : utusan malaysia

P/S : anda bolehlah mendaftar di kaunter KWSP berhampiran dengan anda. Ia penting bagi pewaris @ keluarga kita mendapat hak sepatutnya.

bagaimana buat duit dengan blog

Berikut ada beberapa cara mencari rezeki dialam maya untuk menambah pendapatan”, “bagaimana buat duit dengan blog”, terdetik untuk kita menulis di blog sekadar berkongsi ilmu kita yang sedikit ini. Secara ringkasnya, terdapat beberapa cara untuk kita mendapatkan wang dari blog.banyak blog serta medium penulisan seperti blogspot, wordpress dan sebagainya.

1. Buat duit dengan meletakkan iklan di blog.
Kaedah ini amat popular dilakukan kebanyakan blogger. Jumlah pengunjung yang tinggi menjadikan blog popular dan mudah di cari. Trafik yang banyak dan konsisten di blog merupakan kelebihan dengan menggunakannya untuk meletakkan iklan. Pelbagai saiz dan susun atur iklan boleh diletakkan seperti banner, skycraper, icon kecil mahupun iklan teks.

2. Buat duit dengan Google Adsense.
Kita boleh mendaftar akaun Google Adsense dengan mendaftar di sini. Setelah mendaftar, pihak google akan mengesahkan akaun google adsense dan setelah itu kita boleh masukkan iklan yang telah google sediakan. Kita cuma pilih saiz dan jenis iklan yang mahu kita letakkan di blog kita. Apabila pengunjung klik pada iklan tersebut, kita akan dapat wang mengikut harga iklan yang di klik oleh pelanggan.

3. Menjual blog berpotensi
Apabila blog kita sudah ada pengunjung dan pengikut blog yang ramai, kita boleh menjual blog dengan harga yang kita tetapkan. Jika kita merasakan blog kita itu berpotensi untuk dimajukan tetapi kita tidak dapat menguruskannya lagi, ini merupakan langkah yang baik. Kita boleh memindahkan kandungan blog serta domain yang kita daftarkan kepada pembeli setelah harga dipersetujui kedua-dua belah pihak. Memiliki blog .com sendiri juga memberi kita kelebihan apabila menjualnya kerana kita dapat menawarkan harga yang lebih tinggi.

4. Menyertai program affiliate
Program affiliate samada dari Malaysia atau luar negara memberi pulangan lumayan apabila ada pengunjung membelinya daripada link kita. Kod affiliate atau banner kita boleh letakkan di blog dan pengunjung yang membeli dari link kita, kita akan dapat komisen. Contoh program affiliate yang kita jalankan adalah Affiliate . Pendaftaran affiliate juga mudah dan kita boleh letakkan banner di blog dengan mudah.

5. Membuat review berbayar
Blog boleh menjadi tempat yang sesuai untuk membuat review kerana pengunjung internet mencari maklumat di internet. Katakan ada pengunjung yang ingin membeli kamera tetapi ingin mendapatkan gambaran atau pandangan pengguna yang telah menggunakannya. Mereka akan mencari maklumat di Google dengan menaip keyword seperti “camera review” atau “review kodak latest camera” dan macam-macam lagi keyword. Bagi kita, ini merupakan peluang buat duit dengan membuat review berbayar. Pihak pengiklan akan membayar bagi setiap review yang kita akan buat.

6. Menjual produk sendiri
Bagi blogger yang sudah pun mempunyai produk sendiri, lebih mudah untuk kita promosi di blog. Kita boleh masukkan gambar produk, membina borang pesanan, contact form, facebook dan sebagainya di dalam blog yang kita bina itu nanti. Pengunjung boleh membuat bayaran samada melalui perbankan internet ataupun deposit ke mesin ATM. Mereka boleh mengisi borang pesanan di web setelah bayaran di buat dan kita dapat semak pesanan samada di blog ataupun melalui email.

7. Buat duit dengan servis
Kita dapat menawarkan servis yang tawarkan di blog. Servis merupakan cara yang mudah untuk kita buat duit dengan kos yang amat minimum. Pelbagai servis kita boleh buat bergantung kepada kepakaran kita. Perkhidmatan servis yang baik juga menambahkan pelanggan kita dan juga mungkin menambah “repeated customer” yang berpuas hati dengan servis kita.

Pembuka Pintu-Pintu Rezeki

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini begitu banyak sekali rezeki yang kita perolehi hasil pemberian tuhan yang maha Esa…Sama ada anda rasa ia cukup atau tidak, ia bergantung kepada tahap kesyukuran, usaha dan cara bagaimana seseorang itu membelanjakan hartanya…Ini kerana rezeki tidak akan jatuh bergolek jika tiada usaha yang sewajarnya…Baiklah, pada post kali ini, saya ingin kongsikan kaedah pembuka pintu rezeki yang saya dapat daripada idola saya iaitu Yang Berbahagia Dato Fadhilah Kamsah iaitu :-

1) Patuh suruhan Allah S.W.T,

Di dalam kita sibuk mencari rezeki setiap hari, jangan sampai kita meninggalkan suruhan Allah S.W.T seperti sembahyang, baca Al-Quran, berdoa dan sebagainya…Ingatlah bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T…Al-Quran pula adalah raja segala ilmu dan doa pula adalah senjata terhebat umat islam…Begitu juga dengan lain-lain amalan…Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.

2) Cari keberkatan dalam perniagaan.

Ramai di kalangan usahawan offline mahupun online mengabaikan perkara tersebut…Kalau usahawan offline, mereka seringkali terlibat dengan rasuah, penipuan dan sebagainya…Begitu juga dengan usahawan online..Usahawan online seringkali menipu pengunjung website atau subscriber mereka dengan ayat-ayat menggoda dengan harapan jualan akan terhasil…Tidak kurang juga yang membuat spamming di sana sini… :-) Selain mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik, kita juga digalakkan bersedekah untuk menambah keberkatan perniagaan kita…Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja, bahkan tenaga, idea dan lain-lain lagi yang boleh membantu mereka yang memerlukannya…Ingat, senyum juga salah satu daripada bentuk sedekah… :lol:

3) Doakan kedua orang tua kita.

Nabi pernah berpesan yang maksudnya lebih kurang berbunyi bergini ” Anak-anak yang tak doakan kedua ibu bapanya akan tertutup pintu rezeki”…Ingatlah dari mana asal kita…Jangan kerana dek kemewahan, kita lupakan jasa kedua orang tua yang menjaga dan mendidik kita sehingga berjaya seperti hari ini.

4) Solat taubat & istigfar selalu.
Orang yang banyak bertaubat dan beristigfar akan bersih daripada dosa…Dengan gugurnya dosa-dosa tersebut, insyaAllah pintu rezeki akan terbuka.

5) Solat Israq & Duha setiap hati.
Amalan solat sunat Israq & Duha juga insyaAllah boleh menggamit rezeki daripada Allah Yang Esa.

6) Baca Ayat 1000 Dinar.
Amalkan membaca ayat 1000 dinar 3 kali setiap kali lepas solat…Juga ketika mula buat kerja dan habis buat kerja…Jika ada kedai/kilang/dll, baca ayat ini ketika masuk & keluar premis perniagaan tersebut.

7) Banyakkan sedekah dengan ikhlas.
Sedekah yang ikhlas adalah sedekah yang diberikan hanya dengan tujuan untuk membantu kerana Allah…Jika sedekah sambil tersengih di depan kamera hanya kerana untuk menunjuk-nunjuk, itu
bukanlah sedekah yang ikhlas.

8) Bantu anak-anak yatim & usaha-usaha Fisabilillah.
Membantu anak yatim & usaha-usaha Fisabillah juga merupakan amalan-amalan yang boleh memurahkan & memuaikan rezeki yang anda perolehi.

9) Beri binatang makan.
Beri binatang makan adalah amalan yang mulia…Tetapi jangan sampai anda menyiksa binatang seperti membela burung di dalam sangkar dan sebagainya.

10) Sentiasa maafkan orang, minta maaf dan baik sangka.
Orang yang sentiasa maafkan orang, meminta maaf dan baik sangka akan sentiasa mempunyai hati yang tenang…Hati yang tenang pula mampu merangsang otak untuk berfikir dengan lebih cemerlang.

11) Tunaikan haji & umrah.
Tunaikan haji & umrah mampu membuka pintu rezeki menurut pandangan ulama…Sebenarnya ada ayat Al-Quran yang berkaitan dengan hal ini…Anda boleh cari di dalam Al-Quran.

12) Bantu orang yang lemah, sakit, cacat, ibu tunggal dan sebagainya.

Apabila kita banyak membantu orang yang memerlukan bantuan, insyaAllah Allah S.W.T akan membantu kita untuk mendapatkan rezeki…What u give, u get back!

13) Sambung Silaturrahim.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyambung silaturrahim seperti bermaaf-maafan dengan kawan-kawan lama, cari kawan-kawan baru dan sebagainya…Dengan ini, rangkaian anda makin besar dan insyaAllah pintu rezeki anda juga akan makin meluas.

14) Melabur di jalan Allah S.W.T.

Melabur di jalan Allah adalah merupakan suatu bentuk pelaburan yang terbaik sekali..Contohnya seperti anda membina masjid, sekolah, rumah untuk anak yatim dan sebagainya…Selagimana ada orang yang menggunakan “pelaburan” anda, selagi itulah anda akan terus menerus mendapat pahala.

15) Banyakkan membaca surah Al-Waki’ah

“Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (HR. Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman).

16) Doa 12 Pintu


 

Monday, June 17, 2013

Harga Proton Saga SV lebih murah


Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik, penurunan sebanyak hampir RM5,000 hasil perancangan penstrukturan vendor dan menyokong usaha kerajaan dalam menawarkan kereta mampu milik kepada rakyat.
Kereta berkenaan dilengkapi kerangka lebih kukuh dengan pengiktirafan tiga bintang daripada ASEAN NCAP, stereng elektrik, empat tingkap elektrik, dua beg udara, cermin sisi dengan lampu LED, tali pinggang keledar dengan sistem pratekanan, ciri-ciri keselamatan kanak-kanak dan kunci immobiliser.
Pengguna boleh memiliki kereta rakyat itu dengan ansuran bulanan serendah RM250 dengan sasaran penghantaran sebelum musim perayaan jika membuat tempahan awal bermula hari ini.
Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pelancaran kereta mampu milik itu merupakan langkah berterusan syarikat kereta nasional tersebut menawarkan kereta berbaloi tanpa berkompromi dalam aspek kualiti.
"Kami tidak mengurangkan spesifikasi Saga untuk mengurangkan harganya, tetapi kami menggunakan pendekatan sendiri untuk merealisasikan penawaran harga rendah bagi memenuhi hasrat kerajaan.
"Proton menyasarkan menjual sebanyak 2,000 buah Saga SV sebulan dalam usaha mencapai sasaran menjual kira-kira 80,000 buah model Saga tahun ini sekali gus mencapai penguasaan pasaran sebanyak 30 peratus untuk segmen B," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta berkenaan di sini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim.
Saga SV didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu putih, perang, hitam, perak, merah dan biru dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer perbatuan manakala servis pertama bagi model tersebut kurang daripada RM100.
Mengulas cadangan menyelaraskan harga kereta untuk pasaran Sabah dan Sarawak, beliau berkata, perkara itu sedang dikaji namun seperti yang diketahui umum kos logistik merupakan faktor utama perbezaan harga tersebut.
"Tetapi kami akan mengusahakannya sama ada menyerap kos berkenaan atau menerusi cara lain," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Khamil berkata, pengurangan harga tersebut tidak akan menjejaskan prestasi kewangan Proton malah akan menambah perolehan syarikat berkenaan melalui pertambahan jualan serta keuntungan.
Sementara itu, ditanya sama ada penurunan harga itu hasil usaha Proton sendiri atau kerajaan, Lukman berkata, perkara tersebut adalah usaha bersama antara kedua-dua pihak.
"Proton menyokong hasrat kerajaan menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dan Saga SV adalah hasil yang berjaya dilaksana Proton," katanya.
Beliau menambah, pendekatan dan strategi yang digunakan sehingga mampu mengurangkan harga Saga itu akan diguna pakai kepada model lain selepas ini.

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.
 
Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.
 
"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini hari ini.
 
SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.
 
Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara.
Najib menjelaskan, melalui cara itu membolehkan ramai lagi pelajar berpeluang meneruskan pengajian dan mungkin kepada yang sebelum ini tidak mampu belajar di luar negara boleh berbuat demikian.
"Sebanyak dua buah bank akan menawarkan pinjaman iaitu Maybank dan RHB Bank dengan kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam adalah lebih rendah berbanding biasa," katanya.
Najib berkata cara itu adalah sesuatu yang unik dan belum pernah dilakukan kerajaan sebelum ini dan beliau menaruh keyakinan skim tersebut dapat memberi faedah kepada rakyat dalam kalangan pertengahan.
"Ia juga dapat menambahkan lagi bilangan pelajar menyambung pengajian di universiti terkemuka di luar negara," katanya.
SPP1M yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) menawarkan tempoh pinjaman selama 20 tahun (15 tahun pembayaran balik), faedah semasa tempoh pengajian dipermodalkan dan pembayaran balik bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau akhir pengajian.
Bagi tujuan itu, jumlah jaminan kerajaan ialah RM500 juta merangkumi peratusan jaminan sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah dana SPP1M yang berjumlah RM5 bilion.
SPP1M ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan dalam sistem penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA 2011) oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan berdaftar dengan YPPB.
Senarai pengajian pula adalah berdasarkan National Education Code yang akan disediakan di dalam laman sesawang www.penerajuedu.com dalam masa terdekat.
Pada 2011, terdapat 943,548 pelajar melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dan daripada jumlah itu 508,256 melanjutkan pengajian di IPT awam, 482,973 di IPT swasta dan 6,319 di kolej komuniti.
Pelajar yang menyambung pengajian ke institusi luar negara pula berjumlah 89,686 di mana 27,003 pelajar di bawah tajaan kerajaan, korporat, serta agensi lain sementara 62,683 atas tajaan sendiri. 

Sumber: http://www.bernama.com/ 
www.penerajuedu.com

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO