Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Wednesday, September 30, 2009

Ekslusif Zero ke Hero IM



Dapatkan secara PERCUMA sekarang!!

DOWNLOAD

Panduan Clickbank Percuma



Dapatkan PERCUMA Sekarang!! Tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa sahaja.

DOWNLOAD

Tuesday, September 29, 2009

Pokai Lepas Raya – Tip urus belanja lepas Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua,

Raya OK tak?..diharap tahun ini Raya yang amat bermakna buat anda.

Barangkali selepas cuti Aidilfitri, ada antara kita tidak berani melihat baki wang simpanan dalam akaun bank. Kenyataan yang perlu dihadapi mungkin tidak akan menenangkan hati – sama ada baki wang tidak mencukupi untuk bertahan hingga akhir bulan atau lebih menakutkan, tiada langsung baki simpanan.

Begitulah impak Aidilfitri yang hadirnya setahun sekali. Ramai pada mulanya sakan menyambut Hari Raya penuh bergaya. Sejak bulan puasa lagi hingga berlarutan kepada beberapa minggu pertama Syawal, wang tidak putus-putus keluar dari dalam dompet. Pengguna lazimnya tidak begitu memikirkan soal perancangan kewangan pada musim perayaan. Disebabkan itulah perbelanjaan menjadi tidak terkawal atau berlebihan pada musim begini.

Oleh kerana wang simpanan makin menipis, ramai mula risau nasib diri serta memikirkan bagaimana hendak menjalani kehidupan dengan baki simpanan yang tidak seberapa itu.

Tidak hairanlah timbulnya jenaka sinis menyindir segelintir orang yang dikatakan terpaksa berpuasa semula selepas Aidilfitri kerana sudah ‘berhabisan’ ketika beraya.
Tidak dinafikan, ramai memilih untuk berpuasa seawal minggu kedua Syawal iaitu selepas kembali bekerja. Golongan ini bukan saja ingin menunaikan puasa sunat tetapi juga kerana keadaan kewangan yang memaksa mereka berbuat demikian. Bagi mereka, baiklah berpuasa sementara menanti gaji seterusnya.
Jika tidak berpuasa pun, anda sebenarnya boleh berjimat dengan membawa bekalan makanan dari rumah ataupun mengurangkan belanja membeli makanan ketika bekerja. Rasanya, tidak terlalu sukar untuk anda melakukannya kerana kita baru saja selesai menunaikan ibadat berpuasa.

Minggu ini, XY – Ikon Lelaki berkongsi tip ‘diet perbelanjaan’ bagi mereka mengalami sindrom ‘kering’ selepas raya. Jika berdisiplin dalam mengamalkan diet ini, tidak mustahil kedudukan kewangan anda akan kembali stabil selepas musim perayaan.
Pertama sekali, mulakan diari kewangan anda sendiri. Keluarkan semua penyata bank, resit pembelian dan bil berkaitan serta semak perjalanan keluar masuk wang anda setiap bulan. Apabila anda mempunyai rekod penggunaan wang, lebih mudah bagi anda mengesan jumlah wang yang sering dibazirkan. Melihat jumlah wang yang dapat dijimatkan dalam setahun juga dapat mendorong anda meneruskan diet perbelanjaan ini.
Walaupun agak ‘sesak’ sekarang, tanggungan hutang tidak boleh diambil ringan. Hadapi hutang anda dengan memberi tumpuan kepada bahagian tertentu dalam perbelanjaan yang boleh anda baiki. Ini termasuk hutang kad kredit yang lama tertunggak hingga kadar faedah terkumpul. Lebih lama anda menangguhnya, lebih banyak kadar faedah yang dikenakan. Ini tentunya menambah masalah kewangan anda kelak.

Jika anda pemegang insurans, pastikan bayaran bulanan anda didahulukan berbanding perbelanjaan lain. Ini kerana, sesetengah syarikat insurans akan menamatkan perlindungan insurans jika terdapat tunggakan. Ini agak berisiko kerana anda mungkin tidak memiliki sumber kewangan lain jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Penting juga untuk anda mengurangkan penggunaan telefon atau internet yang dicaj mengikut kadar guna. Anda harus tentukan penggunaan yang perlu serta yang tidak penting. Sebab itulah ada baiknya anda melanggan perkhidmatan yang membolehkan anda berjimat

Selain itu, amalkan jimat-cermat dalam menggunakan kuasa elektrik dan air di rumah. Sekurang-kurangnya, jumlah tanggungan bil anda dapat diringankan.
Mungkin pada waktu kesempitan wang begini, anda boleh menangguhkan sementara perbelanjaan aktiviti riadah seperti bayaran gimnasium, yuran bulanan kelab rekreasi dan sebagainya. Anda boleh menyambungnya semula apabila keadaan sudah mengizinkan.
Seperkara lagi, jangan lupa, biarpun keadaan kewangan anda agak tidak stabil selepas hari raya, anda masih perlu menyimpan sedikit daripada pendapatan yang diterima. Ia memang berguna pada saat kecemasan nanti.
Apapun, anda wajar berfikir setiap kali hendak membelanjakan wang untuk sesuatu perkara. Elak membeli barang tidak perlu atau bermewah-mewahan tanpa sebab.
Tetapkan juga tahap mana atau secepat mana anda mahukan kedudukan kewangan anda kembali pulih. Juga tentukan jumlah wang harus ada dalam akaun simpanan anda dalam sesuatu tempoh. Bila berbuat demikian, anda akan lebih disiplin dalam mengikut perancangan atau ‘diet perbelanjaan’ yang sudah disenaraikan.

Tip diet perbelanjaan

• Rekodkan penggunaan wang membabitkan pengaliran wang masuk dan keluar.

• Utamakan pembayaran hutang walaupun dalam keadaan terdesak. Hutang bertampuk menambahkan kekusutan ekonomi anda.

• Kurangkan penggunaan telefon bimbit dan internet jika anda mampu lakukan.

• Kurangkan aktiviti riadah bersama teman seperti mengunjungi pusat hiburan karaoke atau melepak tanpa tujuan.

• Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air.

• Simpan sedikit gaji bulanan untuk waktu memerlukan.

• Tentukan jumlah wang perlu ada setiap bulan sebagai simpanan waktu sesak.

Thursday, September 17, 2009

Rahsia Kejayaan 13 IM Malaysia

Salam Ramadhan buat anda semua,

Bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya dan Bulan Syawal pula bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi dan akan disambut umat islam seluruh dunia.Bagaimana dengan persiapan anda pada raya tahun ini? Ingat kawal perbelanjaan mengikut tahap kemampuan kita, jangan berbelanja berlebihan akhirnya muflis@pokai selepas raya.Tapi kita juga jangan lupa masih mempunyai baki tarawih dan peluang menambah pahala amalan.

Oh nya sebelum anda cuti berhari raya, Dapatkan sebuah ebook percuma yang Anda boleh baca ketika waktu lapang di hari raya atau selepas raya nanti.

RAHSIA KEJAYAAN 13 IM MALAYSIA




Ketahui perkongsian Rahsia Kejayaan 13 IM Malaysia di dalam perniagaan online mereka seperti Zamri Nayan, Alang, Catzer, Labanon, Abooain, Sham Raja Adsense, Syed Ikhwan, Galadriel (Kak G ), Yusri Jom Seminar, Luvlee, Deen, Zul Smartusaha dan Sukeri.

Dapat TIPS dari Yusri mengenai 'REFUND' yang biasa berlaku di akaun Paypal.

DOWNLOAD RAHSIA 13 IM MALAYSIA SEKARANG!!

Wednesday, September 16, 2009

Koleksi Lagu-lagu Raya

Assalamualaikum..

mudah-mudahan sihat dan berjaya menjalani ibadat puasa. Sekarang dah hampir-hampir nak raya ramai dah mainkan lagu-lagu raya.Sudahkah Anda memiliki lagu raya? Jika belum anda boleh dapatkan disini.

Koleksi lagu-lagu Raya

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"

Tuesday, September 15, 2009

Makluman penting : Penutupan Jualan PanduanKWSP.com



Salam sejahtera anda semua,

Sudahkah anda memiliki ebook dibawah? Ia di tulis oleh Saudara Razif, ia adalah eBook yang berkualiti dan penuh rahsia-rahsia yang anda tidak terlintas di fikiran anda..

"Panduan KWSP Satu Pendedahan"

Jika belum...

Jangan Menyesal!

Itu yang kami boleh katakan kepada anda, Ini adalah kerana, jika anda belum mendapatkan ebook terbaik yang mendedahkan segala kelebihan KWSP, maka anda berkemungkinan besar tidak akan memilikinya lagi.

Dan jika ianya kembali sekalipun, pasti harganya tidak akan sama seperti yang anda lihat sekarang.

Ya, kini harganya hanya RM20 sahaja. Mungkinkah ianya bernilai RM200 apabila ianya kembali? Kami tidak tahu. Segala kini terpulang kepada anda bagi membuat keputusan
yang terbaik. Penerbit ebook ini memberitahu kami, bahawa pada setiap hari pasti email beliau diterjah email yang mahu membeli ebook "Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Di Malaysia".
Namun, sayangnya ia telah ditutup.


Kini PanduanKWSP.com juga akan turut mengikut langkah tersebut. Jangan lagi merayu jika ianya ditutup atau harganya meningkat nanti. Ianya bukan isu menutup jualan tetapi adalah isu bertangguh dan hanya ingin melihat, tanpa bertindak pantas. Itu sahaja pandangan kami, terpulang kepada anda.

Maafkan kami jika email kami yang akan datang menyatakan, bahawa jualan ebook ini telah ditutup. Dan ketika itu kami sendiri tidak mampu membuat apa-apa bagi mengembalikan
ebook ini kepada harga asal. Malah tiada lagi panduan sebaik ini.

Dapatkan disini ,

"Panduan KWSP Satu Pendedahan"



ikhlas,
uddin

P.s - Buat keputusan sekarang juga tanpa ragu-ragu lagi!
P.s - Pastikan kehidupan hari tua anda lebih selesa serta tidak mengharapkan ehsan anak-anak!
P.s - 15 September 2009 (sebelum 12.00 malam) adalah tarikh akhir dan jualan ebook ini akan ditutup.
P.s - Saya dh dapatkannya, saya yakin anda tidak akan menyesal kerana ia adalah perkara yang anda tidak akan dapat dimana-mana. Anda jangan sia-siakan peluang ini, dapatkannya sekarang!!



Sunday, September 13, 2009

Pernahkah Anda tertipu dengan syarikat insurans?

Ramai yang telah tertipu dengan kata-kata manis ejen insurans penipu.

Anda nak tahu cara mengelak kes begini?

Rakan saya, Halim dah menghadapinya dengan teruk sekali. Bukan setakat syarikat insurans,
beliau juga tertipu dengan bengkel dan juga orang tengah yang tidak bertanggungjawab.

Setelah menghadapi masalah begitu, beliau merasakan pengalaman beliau harus dikongsi
bersama untuk kebaikan semua. Terima kasih buat beliau sudi berkongsi dengan anda semua.

sila lawati laman web ini dan Ianya adalah PERCUMA



Wednesday, September 9, 2009

Pakej Kad Raya Digital Terbaru!!


Nak hantar Ucapan hari Raya tapi.....

Ape Masih pakai kad raya tradisional?








Raya!! Raye !! Dah hantar Kad Raye kat kawan-kawan?

Dapatkan Pakej Kad Raya Digital Terhangat!!



Dapatkan Sekarang!! Klik Disini

Tuesday, September 8, 2009

6 Ebook PERCUMA Menjana Pendapatan Di Internet Untuk Anda

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Selamat berpuasa buat semua umat Islam. Pada kali ini saya ingin berkongsi pula beberapa ebook yang boleh membantu menjana pendapatan lumayan dengan hanya mengguna internet. Ebook ini sangat penting dan berguna kepada sesiapa yang inginkan pendapatan lumayan melalui internet. Ebook ini telah disumbangkan oleh saudara Hafiz (http://smartbisnes.com).

Saya sendiri secara peribadinya memang telah mendapat banyak manfaat dari ebook-ebook tersebut. Tanpa berlengah lagi anda semua boleh download semua keenam-enam ebook tersebut di SINI

#Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet

#42 Panduan Buat Wang Dengan Internet

#Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet

#Dari Sifar Menjadi Usahawan

#e-Usahawan Terunggul Download

#Jutawan yang belum anda kenali

Thursday, September 3, 2009

Tips Kewangan : PERANAN SURI RUMAH KETIKA BERBELANJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua,

Hari ini adalah hari ke-13 umat islam berpuasa. Tahniah buat anda kerana berjaya menunaikan tuntutan agama. Pada kali ini saya ingin menyentuh berkenaan peranan suri rumah ketika berbelanja. Adakah anda salah seorang suri rumah yang bijak merancang perancangan perbelanjaan keluarga anda? Bagaimana pula yang masih belum kahwin? Anda juga boleh menafaatkan perkongsian ilmu kita pada kali ini. Umumnya, wanita adalah merupakan perancang utama dalam ekonomi rumah tangga. Mereka boleh dibaratkan sebagai “Menteri Kewangan” dalam sesebuah keluarga. Setiap Keperluan dan perbelanjaan didalam rumah menjadi keutamaan kepada mereka. Pernahkah persoalan ini terlintas didalam pemikiran anda sejenap?


  • SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI BARANGAN ITU?
  • ADAKAH ANDA MEMPUNYAI BARANGAN LAIN YANG BOLEH MENJADI PENGANTI?
  • ADAKAH ANDA SANGGUP TIDAK MEMBELI BARANGAN ITU?
  • PERLUKAH ANDA MEMBELINYA SEKARANG?
  • ADAKAH ANDA MAMPU MEMBELINYA?


LEBIH PEKA


Fenomena kenaikkan harga barang hari ini pasti memeningkan golongan wanita terutamanya suri rumah. Bagaimana pula yang wanita yang berkerjaya? Jesteru itu, sebagai seorang perancang ekonomi keluarga, golongan ini perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja. Suri rumah juga harus bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian lebih-lebih lagi dengan kenaikkan harga barang keperluan sekarang.


Sebagai wanita yang merupakan pemangkin perbelanjaan rumah tangga, mereka seharusnya menjadi sumber maklumat kepada kerajaan kerana mereka merupakan individu yang banyak mengetahui tentang sesuatu barangan dipasaran. Dimusim perayaan ini gejala menyorokkan barang keperluan muncul kembali disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan "keuntungan semata-mata" dan sebagai “Strategi” untuk menaikkan harga.


Baru-baru ini berlaku kejadian di utara terutamanya di perak belaku aktiviti Pembuatan menyorokkan barangan keperluan ini amatlah ditegah oleh Rasulullah s.a.w. dan ianya adalah dosa besar dimana ianya hanya dapat dihapuskan melalui memohon maaf kepada masyarakat. Jika tidak sempat bertaubat dan memohon maaf kepada masyarakat maka ia akan tergolong dalam golongan dilaknati Allah. Semoga kita dijauhkan daripada dosa ini.


TIP JIMAT CERMAT YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN

  • Kurangkan kekerapan makan diluar, masak makanan harian. (bulan puasa biasanya kita lebih banyak menghabiskan wang membeli juadah secara berlebihan tanpa dikawal.
  • Rancang pembelian. Tentukan bila dan diman hendak membeli, banyak mana (kuantiti) barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli dan dianggarkan kemampuan kita berbelanja.
  • Tentukan keutamaan pembelian. Utamakan barang keperluan daripada barang yang kurang perlu.
  • Sebelum membeli, pastikan dahulu barang apakah yang telah dimiliki dan apakah barang yang betul-betul diperlukan.
  • Bandingkan harga dan mutu barang yang hendak dibeli.
  • Tawar-menawar jika barang tersebut boleh ditawar harganya.
  • Pemilihan cara membayar. Elakkan daripada berhutang.
  • Wang yang ada dikategorikan mengikut sampul. Contohnya, sampul untuk makanan digunakkan untuk membeli makanan sahaja.
  • Beli pakaian atau perabot yang tahan lama supaya tidak terlalu kerap membeli.
  • Di musim perayaan ini, terdapat banyak promosi @ sale yang melampau-lampu akhirnya menjerat kepada masalah hutang. jangan terlalu membeli belah berbelanja berpada-pada. “Ukur Baju dibadan Sendiri”

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO