Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Monday, December 23, 2013

Pendaftaran BR1M 2014

Makluman Pendaftaran BR1M 2014
Dimaklumkan bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.

Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui laman web www.hasil.gov.my. atau https://ebr1m.hasil.gov.my/



Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM berhampiran.
Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.

Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.


Tuesday, October 22, 2013

Jana pendapatan Sampingan dengan IklanSticky.com

Salam sejahtera dan Salam Aidiladha buat umat islam umumnya.

Pada hari ini admin ingin berkongsi dengan anda cara menjana pendapatan sampingan melalui IklanSticky.com.

Sebelum itu, admin ingin menceritakan sedikit latar belakang IklanSticky.com. IklanSticky.com adalah syarikat yang sedia membayar komisyen anda tanpa pelawat membuat pembelian. Komisyen anda akan di bayar berdasarkan beberapa klik yang anda berjaya kumpul dalam sesuatu kempen. Ia dinamakan sebagai program Pay Per Click (PPC).





Bagaimana caranya?

Anda boleh letakkan banner IklanSticky di bahagian banner blog atau wall facebook wall dengan disertakan link IklanSticky anda (contoh : http://iklansticky.com/hop.php?ref=NAMA_ANDA)  dengan tujuan memperkenalkan link anda kepada mereka dan harapan mereka mengelik banner/link anda.

Pendaftaran atau bayaran masuk? 

Pendaftaran adalah PERCUMA !!!




Syarat & Peraturan Program PPC IklanSticky.com


Agen Affiliate DILARANG sama sekali melakukan SPAM. Jika didapati mana - mana ahli yang melakukan SPAM, maka keahlian akan ditamatkan serta - merta. Komisyen yang terkumpul tidak akan dibayar kepada ahli yang melakukan SPAM. Oleh itu, silalah mengamalkan teknik promosi yang baik dan beretika.

Pengiraan klik adalah berdasarkan per klik/per IP, setiap IP hanya dibenarkan klik satu kali dan duplkasi klik dalam IP yang sama adalah TIDAK diambilkira. Berikut merupakan judual pembayaran komisyen mengikut bilangan klik :


Bilangan klik Komisyen per klik Jaminan Komisyen 
Min 100 klik RM0.15/klik RM15.00*
101 – 300 klik RM0.125/klik RM15.12 – RM40.00
301 – 650 klik RM0.10/klik RM40.10 – RM70.00
601 – 1100 klik RM0.075/klik RM70.07 – RM107.50
1101 – 2100 klik RM0.05/klik RM107.55 – RM157.50
2101 – 4100 klik RM0.025/klik RM157.52 – RM207.50
4101 – 7000 klik
RM0.015/klik RM207.51 – RM250.00 (max)**

Pembayaran komisyen yang telah di SAHkan dan terkumpul akan dilakukan pada hari pertama hingga hari ke-7 bulan seterusnya. Pastikan agen membekalkan butiran peribadi yang tepat.

Syarat-syarat cash-out :

*Min 100 klik atau bersamaan = RM15.00
**Maksimum cash out = RM250 / agen / bulan

Syarat-syarat promosi (PENTING)

Anda boleh promosi banner/link IklanSticky dengan apa cara dengan syarat tidak melangkah peraturan dibawah, kegagalan anda mematahui peraturan ini akan menyebabkan akaun anda dimansuhkan serta-merta tanpa notisfikasi
  1. Jika admin mendapati lebih 75% daripada IP adalah berada di luar negara
  2. Agen bukan penduduk Malaysia
  3. Membuat posting di website jenis adult / lucah
  4. Membuat posting di website luar negara dan tidak targeted pasaran Malaysia
  5. Klik palsu dengan menggunakan robot atau script

Lain-lain syarat akan diupdate dari semasa ke semasa tanpa notis dari pihak admin IklanSticky

Daftar Percuma sekarang !!!


Tuesday, August 13, 2013

25 Tips Raikan Syawal Menurut Islam

Salam Aidilfitri buat anda semua. Hari ini admin berkongsi 25 Tips Raikan Syawal Menurut Islam.

Malam Aidil Fitri


1. Banyakkan bertakbir.
Mulakan selepas salam pada solat Maghrib dikuti dengan bertahmid, bertasbih Takbir boleh dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama-sama keluarga. Pada zaman Rasulullah SAW takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Berdoa dan berbuat kebaikan pada malam raya.
Imam Syafie berkata doa itu mustajab pada lima malam berikut iaitu Malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri, Malam Hari Raya Haji, Malam Awal Bulan Rejab dan Malam Nisfu Syaaban.

3. Berqiamulail.
Kalau tak berqiam pun (ada pandangan yang menolak disebabkan hadis di bawah, hadis daif) sekurang-kurangnya jangan terlupa langsung solat sunat qabliah ba’diah, Lebih teruk lagi tak solat langsung dah disebabkan bakar lemang atau masak ketupat. Niat nak buat maksiat serta berhibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi, batalkanlah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha, hatinya tidak mati pada ketika hati mereka yang lain mati.”

Siang Aidil Fitri


4. Jangan berpuasa pada siang 1 Syawal kerana hari itu, Allah haramkan kita berpuasa.

5. Jangan kongsi raya dan jangan menganggap Aidilfitri sama dengan perayaan-perayaan lain.

6. Kemaskanlah diri.
Gunting-guntinglah rambut yang nampak dan yang ‘tak nampak’. Bersihkanlah daki-daki badan termasuk anggota badan lain seperti kuku kaki dan tangan.


7. Disunatkan mandi pagi.
Hal ini dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah SAW mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bergerak ke masjid.

8. Sunat memakai pakaian yang terbaik dan tercantik, walaupun tak baru. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah SAW mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

9. Kalau mampu, pakailah pakaian yang baru beli.
Jangan simpan baju raya untuk bawa berjalan ke rumah orang atau mengorat anak dara/teruna orang. Sunat bawa ke masjid.

10. Sunat mengenakan haruman (tidak kepada wanita).
Kalau yang kalut tu. Pagi-pagi raya dok cuci kereta, basuh motor atau bakar lemang lagi, elok taruk banyak-banyak sikit minyak wangi atau mandi sekali lagi.

11. Makan terlebih dahulu.
Sebelum berangkat ke masjid makanlah dulu. Jangan habiskan semua kurma dalam bulan Ramadan. Simpan sikit untuk 1 Syawal. Sebuah hadis dari Anas bin Malik telah menjelaskan bahawa Baginda SAW makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

12. Sebelum solat bermaaf-maafan dengan keluarga.
Betullah, tidak ada masa tertentu atau musim yang khusus untuk kita bermaaf-maafan. Cuma apabila berada pada hari kebesaran Islam ini eloklah kita gunakan kesempatan tersebut, untuk mengikis perasaan ego dan takbur diri dengan memaafkan segala kesalahan saudara-saudara kita. Bukan senang nak jumpa, nak peluk cium dan sebagainya. Kalau nak bergambar pun, bergambarlah sekeluarga masa ini. Lepas raya dah berterabur, pakatpakat berjalan belaka.

13. Pergi ke masjid melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain.
Hikmahnya agar bertemu ramai orang. Maklumlah bukan selalu balik. Rupa pun dah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan patah dan lain-lain. Jangan tunggu YB. Hulurkan duit lebih dalam tabung masjid.

14. Lambatkan solat sunat Aidilfitri.
Lambatkanlah sedikit solat. Pesan kat tok imam yang gilirannya bertugas. Jangan bertukar dengan solat hari raya korban. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.

15. Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah.
Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah.

16. Surah yang dibaca dalam solat
Bagi yang terlupa, di dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-’Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

17. Solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah.
Jangan tertukar. Maklumlah setahun seklai. Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma

18. Dengar Khutbah.
Kemuncak Hari Raya Aidil Fitri, bukan baju baru, kuih raya, lemang atau ketupat. Tak ada pun tak mengapa. Kemuncaknya ialah mendengar khutbah. Jangan jadi macam budak-budak belum habis salam lagi berderau enjin motor balik. Kadang-kadang bapak budak lebih daripada anak lagi.

19. Solat di lapangan, terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Selepas Solat


20. Mendoakan orang lain.
Jangan sekadar ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin sahaja hingga terlupa ucapan yang lebih bermakna daripada itu. Ucapkanlah tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah. Lafaznya: Taqabbalallahu Minna wa Minkum Soleh al-’Amal.

21. Bermaaf-maafan dengan yang kenal dengan yang tidak.
Jangan memilih untuk bersalaman. Bersalm dan bermaaf-maafan dengan semua orang. Dalam sepotong hadis, Baginda bersabda maksudnya: Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, dan tidaklah bertambah di sisi Allah SWT bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah SWT (Riwayat Muslim)

22. Ziarah-menziarahi sesama Muslim.
Selepas solat jangan terus balik. Elok pergi rumah guru-guru dulu. Inilah sebabnya Baginda SAW mengambil yang lain sewaktu pulang daripada solat tersebut. Hikmahnya singgahlah dulu rumah sahabat-sahabat dan jiran tetangga yang ditemui atau diziarahi untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beroleh kemenangan berpuasa selama sebulan Ramadan.

23. Bersedekah – pemberian duit raya.
Soalnya adakah ia satu keperluan dalam agama atau hanya suatu budaya?
Kalau dah rajin bagi sedekah sebelum raya dan hari raya pun bagi sedekah itu ibadah. Andai seumur hidup atau setahun sekali baru bagi sedekah itu namanya adat. Sedekah itu ibadat bukan adat.

Harus diingat, sedekah tidak hanya duit raya, kuih raya juga sedekah, gula-gula juga sedekah untuk anak-anak bagi yang tak mampu. Yang penting ialah ikhlas dan menghargai kesungguhan mereka berpuasa. Tanyalah dulu berapa hari puasa. Kalau puasa penuh bagilah RM30 seorang. RM1 sehari. Ah, cadangan sahaja. Utamakan juga kepada anak-anak, isteri, suami, ibu bapa dan mertua.

24. Menziarahi Kuburan.
Tak salah menziarahi kubur. Bukankah ia sunah yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad SAW supaya ingat mati. Dalam sepotong hadis, Baginda menegaskan: Aku dahulunya pernah melarang kamu semua menziarahi kubur, sekarang ziarahlah ia, lantaran ia dapat mengingatkan kamu dengan Hari Akhirat. (Riwayat Muslim)

Isunya kenapa pagi Hari Raya Aidilfitri? Kalau dah balik awal ke kampung, ziarahlah awal-awal sikit. Bersihkanlah mana yang patut. Kecuali kalau ‘mobile’, pagi raya tu baru sampai kampung. Petang dah nak balik rumah mentua-mentua yang lain. Bolehlah tengok sekejap.

Orang bandar bukan selalu balik kampung kan? Masalahnya orang kampung situ pun ziarah kubur pada hari raya juga. Itu taklah jadi ibadat, maka ia akan jadi adat dan taku-takut jatuh khurafat pula.

25. Boleh ke raya pada 1 Syawal sahaja?
Boleh ‘Raya’ sebulan selagi amalan itu tidak bertentangan syariat, cuma dalam Islam Aidil Fitri hanya 1 Syawal sahaja. 2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa ganti dan sunat. Buatlah puasa sunat enam syawal cepat-cepat. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW ; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Wallahu ‘A’lam. Tips-tips ini boleh dicabar kewibawaannya dan boleh dibincang-bincangkan lagi. Moga boleh jadi rujukan. – al-Kurauwi

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Rayer

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Lebih kurang 48 jam sahaja lagi kita akan meninggalkan Ramadhan dan akan menyambut pula 1 Syawal.

Admin berharap agar amal ibadat yang dilakukan pada Ramadhan yang bakal berlalu ini adalah lebih baik daripada yang sebelum - sebelumnya.

Admin percaya bahawa ketika ini, mungkin ramai yang sedang teruja untuk pulang beraya di kampung halaman masing - masing.

Anda beraya dimana tahun ini?

Admin hanya akan beraya di Pantai timur sahaja, tidak pulang ke mana - mana. Jadi jika Anda berada di Terengganu atau Pahang, mungkin kita boleh bertemu untuk beraya. :-)

Jika Anda balik beraya ke kampung halaman, Admin doakan semoga perjalanan anda selamat pergi dan selamat pulang.



Monday, July 29, 2013

Bisnes Farmasi eCosway Tipu?

Baru-baru ini admin ada terbaca dan mencari info lanjut berkenaan Bisnes Farmasi eCosway yang menawarkan modal permulaan perniagaan serendah RM 5,200. Betul ke?

ini salah satu info yang admin tengok.




ini adalah hasil search yang admin buat ; http://lmgtfy.com/?q=ecosway+tipu

hasil perbincangan didalam sebuah Forum 

pokcak
10-04-2013, 10:17 PM
ya betul..tapi bukan RM5000, RM5100 laa....benda ni memang benar terjadi....tapi tt,bukan sesenang je bayar RM5100, kene cari 4 orang bawah anda..baru boleh buka farmasi..gaji, sewa n segala mak nenek cosway tanggung...

wakjal
11-04-2013, 12:56 PM
aku pernah dgr isteri aku dah pernah pi yg cr 4 org mmg betul ada lg satu kalu ada modal RM50000 boleh bukak terus e-cosway dan dikawal selia oleh cosway..leh call cosway kalu nk tau lebih lanjut


P/S : buat kajian dan fikir dulu sebelum join sesuatu program perniagaan terutama MLM. Tepuk dada, tanyalah sesiapa yang lebih arif.







Thursday, July 11, 2013

Faraid atau Harta Pusaka

Admin ingin berkongsi berkenaan perkara utama dan pembahagian faraid ,

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. 

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. 

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dl

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.


2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat  bahagian golongan asabah.  Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a)  Asabah Binafsih
(b)  Asabah Bil Ghoir
(c)  Asabah Maal Ghoir.

(a)  Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung,  saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.


(b)  Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan  semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.


(c)  Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).


3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati.  Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 


2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.


(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian  Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris  lain yang bersama-samanya.  Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.


(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.


petikan : maths.usm.my/faraid 
 

secara ringkasnya seperti gambar di bawah :-




Pengiraan secara online SINI

Selain itu, anda boleh dapatkan info disini :

Amanah raya

Tuesday, July 9, 2013

Insolvensi negara - info muflis @ bankrap

Muflis atau bankrap adalah musuh utama bagi semua. Kegagalan pengurusan kewangan yang baik akan mengundang kepada muflis atau bankrap. Kajian Bank negara (BNM) menyatakan faktor utama kebanyakkan rakyat malaysia di istihyarkan muflis atau bankrap disebabkan oleh hutang kredit kad dan ikuti pinjaman dan sebagainya.


  • Bagaimana saya boleh diisytiharkan bankrap?
  • Bolehkah seorang bankrap meneruskan penggunaan kad kreditnya? 
  • Bagaimana seorang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapannya?
untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari www.insolvensi.gov.my

selain itu, anda juga boleh lawati laman ini

www.mymoneyskills.com

cerita teladan

program bantuan , akpk

panduan min


Salam Ramadhan

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi.

Admin dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa buat anda. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.Hari Rabu ni insyaAllah kita akan menyambut bulan Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu.

Baru lagi rasanya puasa tahun lepas sekarang dah nak puasa lagi. Alhamdulillah kita masih dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.

Buat kata Man Bai,
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini
penuh makna, agar dapat kulalui dengan
sempurna. :)


Salam Ramadhan.

Thursday, July 4, 2013

Buat Duit Dengan 8Shared


Apa itu 8Shared?? “Get Rewarded for Sharing”.

8Shared ini ialah salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat dengan hanya mengiklankan kempen2 8Shared di wall Facebook ataupun Twitter. 

Kalau ada blog boleh share juga di blog. Mana-mana pilihan yang mudah bagi anda. anda boleh memilih iklan mana yang anda rasa sesuai untuk dikongsi bersama teman-teman anda daripada pilihan tawaran kempen-kempen yang ada.

 Macam mana nak dapat duit dengan 8Shared?

Senang je. Mula-mula kena daftar dulu dengan 8Shared.

1. Kemudian pilih mana-mana kempen dalam list 8Shared di special.

2. Klik kat kempen tu.


3. 8Shared akan beri satu link untuk dipromosikan.

4. Copy link dan paste link tersebut @ promosi di wall facebook atau tweet di twitter atau boleh juga klik je button share dan tweet yang dah ada kat website 8Shared. boleh juga share di group-group yang anda biasa join.

Kalau sesiapa klik iklan tersebut, anda akan dapat RM0.20. Kira oklah selama ini pun kita memang suka sangat share macam2 video lagu, artikel, gambar kat facebook kan? Kira berbaloi jugak sambil on facebook boleh dapat income bila kawan-kawan nak klik tengok.

Minimum cash out ialah RM50 dan maksimum pula ialah RM500!Sudah ramai terbukti dengan perniagaan ini, saya telah buat dlam satu hari leh RM30.00 dan Cash Out dalam RM500.00!Jika saya boleh anda pon boleh…

Bagaimana nak daftar 8Shared?

1. klik link ni -->: daftar 8Shared



2. Klik “Sign up” untuk sign up dan follow je step yang diberikan dengan mengisi borang yang tersedia. lepas tu buka email untuk pengesahan akaun.

3. Dah siap dan anda boleh mula langkah pertama share “SPECIALS” @ kempen iklan sama ada di facebook, twitter, forum, atau di blog.Cuma share dan copy link iklan.

Setiap per klik anda akan dapat RM0.20-0.40. Kalau rajin promote dan pandai teknik lagi mantap korang punya earning 8Shared. Setakat RM10 tue pejam mata pun boleh dapat.

Sambil online facebook dan twitter boleh la juga share Iklan dari 8Shared. Dapat juga income boleh buat bayar bil broadband anda.

p/s: Pada yang nak join tapi ragu2 dont worry PERCUMA je daftar. Takde perlukan apa-apa modal untuk daftar 8Shared dah share iklan 8Shared.

-----------------------------------------------------------------------
Daftar Sekarang !!











Apa itu 8Shared?? “Get Rewarded for Sharing”.

8Shared ini ialah salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat dengan hanya mengiklankan kempen2 8Shared di wall Facebook ataupun Twitter. Kalau ada blog boleh share juga di blog. Mana-mana pilihan yang mudah bagi anda. anda boleh memilih iklan mana yang anda rasa sesuai untuk dikongsi bersama teman-teman anda daripada pilihan tawaran kempen-kempen yang ada.

Macam mana nak dapat duit dengan 8Shared?

Senang je. Mula-mula kena daftar dulu dengan 8Shared.

1. Kemudian pilih mana-mana kempen dalam list 8Shared di special.
2. Klik kat kempen tu.
3. 8Shared akan beri satu link untuk dipromosikan.
4. Copy link dan paste link tersebut @ promosi di wall facebook atau tweet di twitter atau boleh juga klik je button share dan tweet yang dah ada kat website 8Shared. boleh juga share di group-group yang anda biasa join.

Kalau sesiapa klik iklan tersebut, anda akan dapat RM0.20. Kira oklah selama ini pun kita memang suka sangat share macam2 video lagu, artikel, gambar kat facebook kan? Kira berbaloi jugak sambil on facebook boleh dapat income bila kawan-kawan nak klik tengok.

Minimum cash out ialah RM50 dan maksimum pula ialah RM500!Sudah ramai terbukti dengan perniagaan ini, saya telah buat dlam satu hari leh RM30.00 dan Cash Out dalam RM500.00!Jika saya boleh anda pon boleh…

Bagaimana nak daftar 8Shared?

1. klik link ni --> http://bit.ly/11aTALq : daftar 8Shared. Anda akan dapat RM1 dalam akaun anda

2. Klik “sign up” untuk sign up dan follow je step yang diberikan dengan mengisi borang yang tersedia. lepas tu buka email untuk pengesahan akaun.

3. Dah siap dan anda boleh mula langkah pertama share “SPECIALS” @ kempen iklan sama ada di facebook, twitter, forum, atau di blog.Cuma share dan copy link iklan.

Setiap per klik anda akan dapat RM0.20-0.40. Kalau rajin promote dan pandai teknik lagi mantap korang punya earning 8Shared. Setakat RM10 tue pejam mata pun boleh dapat.

Sambil online facebook dan twitter boleh la juga share Iklan dari 8Shared. Dapat juga income boleh buat bayar bil broadband anda.

p/s: Pada yang nak join tapi ragu2 dont worry PERCUMA je daftar. Takde perlukan apa-apa modal untuk daftar 8Shared dah share iklan 8Shared. - See more at: http://www.yello.com.my/101772/buat-duit-dengan-klik#sthash.TPM33H3b.dpuf

Cara Dapat Duit Mudah Tanpa Modal - Says

Pasti masih ramai yang tercari-cari cara mudah untuk cari duit melalui internet.

Benarkah ada cara mudah untuk cari duit dari internet tanpa keluarkan modal sesen pun? Ya jawapannya memang ada. Salah satunya ialah promosi iklan says samaada di facebook, twitter, email, forum mahupun blog. Program iklan says ini dah lama dan dah ramai yang berhasil dapat income setiap bulan cuma baru ada kesedaran untuk join tahun ni.

tarikh daftar says 

Cara paling mudah untuk dapat income says ini ialah dengan share di facebook dan twitter dengan syarat korang mesti ada ramai friends, follower dan seorang yang aktif update di facebook dan twitter. Permulaan memang kena promosi link iklan says di facebook tapi oleh kerana teknik yang digunakan silap tidak mendatangkan income yang banyak. So, admin cuba beralih arah dengan promosi text link di dalam blog. Alhamdulillah teknik ini lebih berhasil.

Bila once dah sign up nanti korang akan nampak senarai iklan yang boleh di share atau promosi. Setiap per klik yang unik akan dapat RM0.20. Kadang-kadang bila perfomance klik bagus akan dapat RM0.40 per klik. Mungkin ada cakap, ala sikit je RM0.20 dan RM0.40 ni, bila nak kaya? Tiada jaminan kaya kalau join ini tapi bolehlah sebagai tambahan sideincome bagi yang dah alang2 selalu online tue.

1. Sila ke website >>says<

**pendaftaran dan kesemuanya adalah DAFTAR PERCUMA

2. Klik “Sign Up” dan isi form yang disediakan kemudian “Create new account” untuk sign up dengan facebook dan follow je step yang diberikan dengan mengisi borang yang tersedia.

3. Dah siap daftar, korang boleh mula langkah pertama share social recommendation dengan klik menu ” SPECIALS” diatas website says.

4. Akan keluar senarai iklan-iklan yang boleh korang promosi under “SPECIALS“. Just klik pada mana2 gambar iklan.

Klik salah satu iklan yang ada nilai RM20.00 atau RM10.00 atau RM5.00 atau lain2 value, bukan yang “Completed” tau. **”Completed” tue means social recommendation tue dah habis campaignnya dan kalau share pun dah tak dapat duit per klik.

5. Kemudian klik button social networking mana yang korang nak share samaada Facebook, Twitter, Inshare atau Google Plus (G+).

Setiap per klik korang akan dapat RM0.20-0.40. Kalau korang rajin promote dan pandai teknik lagi mantap korang punya earning says. Setakat RM100 tue dalam beberapa hari je boleh dapat.

Untuk teknik share iklan says berkesan ada dikongsi oleh staff says>> 6 tips to share recommendations effectively. Good luck dalam menjana pendapatan sampingan dari rumah secara online.

P/S: kalau tak cuba mana tahu hasilnya.



Tuesday, June 25, 2013

Bayar hutang atau simpan?

Walaupun terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai pengurusan wang, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak dapat merancang kewangan dengan baik. Statistik menunjukkan bahawa hutang kad kredit rakyat Malaysia berjumlah hampir RM25 bilion (setakat Mac 2010). Adakah rakyat malaysia dilahirkan untuk berhutang? Belajar, kahwin, rumah, kereta - hutang?

Situasi ini sememangnya merisaukan dan isu kepentingan menyimpan duit dan membayar hutang sepatutnya menjadi satu perkara yang dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat.

Persoalannya, dengan pendapatan yang terhad, apakah kita patut menggunakan duit gaji untuk membayar hutang sedia ada atau wang itu sepatutnya disimpan? Mana satu perlu didahulukan? Yang mana satu patut menjadi keutamaan? Membayar hutang atau membuat simpanan?

Ini adalah keputusan penting yang harus dibuat kerana walaupun mempunyai akaun simpanan adalah satu cara untuk merancang masa depan, tetapi menjadi bebas hutang adalah strategi yang sangat berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang stabil. Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan membayar hutang.

Langkah #1: Wujudkan Dana Kecemasan

Sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk meyimpan duit atau menjelaskan hutang, langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina dana kecemasan terlebih dahulu. Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika anda betul-betul memerlukannya. Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan anda yang paling utama. Setelah itu, barulah anda menyimpan untuk pembelian rumah, pendidikan anak dan juga persaraan. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru ingin menyimpan duit atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana anda sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya.

Dana kecemasan adalah penting kerana sekiranya  menghadapi masalah seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak dan sebagainya, anda tidak perlu berhutang. Denganini, situasi kewangan anda tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran seperti di atas. Ingatlah bahawa dana kecemasan ini harus digunakan dalam keadaan yang terdesak sahaja dan bukannya untuk percutian, membeli barang kesukaan atau “kehendak-kehendak” yang lain.

Jadi berapakah jumlah dana kecemasan yang harus anda disimpan? Kebanyakan pakar kewangan mencadangkan bahawa anda menyimpan sebanyak tiga hingga enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Apabila gaji meningkat, tambahkan jumlah simpanan dana kecemasan supaya anda sentiasa memiliki simpanan sebanyak enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Akhir sekali, sentiasa tambah semula dana kecemasan jika anda telah menggunakannya.


Langkah #2: Langsaikan Hutang Anda

Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan perhatian kepada teras masalah anda iaitu HUTANG. Oleh kerana gaji yang terhad, anda perlu menggunakan sebahagian atau semua duit yang dahulunya disimpan dalam dana kecemasan untuk membayar hutang.

Bagaimana pula dengan simpanan? Ia mungkin bukan satu tindakan yang bijak untuk menambah lagi duit simpanan apabila anda masih mempunyai hutang. Kebanyakan hutang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun-akaun simpanan biasa di bank. Dengan itu, anda sebenarnya kerugian lebih banyak duit daripada hutang tersebut berbanding duit yang diperolehi daripada akaun simpanan.

Contohnya, katakan anda mempunyai RM6,000 dalam sebuah akaun simpanan dengan pulangan 2% setahun dan hutang kad kredit sebanyak RM3,000 dengan kadar faedah 18% setahun. Berapakah jumlah duit anda selepas lima tahun? Jawapannya adalah sifar – anda akan hilang kesemua simpanan dan masih lagi berhutang RM200 kerana hutang akan meningkat kepada RM6,800, manakala simpanan hanya bertambah sebanyak RM600.

Satu lagi pilihan adalah untuk melaburkan duit tersebut. Sekiranya produk pelaburan itu memberikan kadar faedah yang tinggi, anda boleh mengunakan keuntungan yang diperolehi untuk menjelaskan hutang sedia ada. Akan tetapi, ambil perhatian bahawa pelaburan mempunyai risikonya tersendiri dan anda mungkin mengalami kerugian. Ini bergantung kepada tahap risiko sesuatu produk pelaburan pilihan anda.

Walaupun memilih untuk melabur, matlamat utama anda masih lagi untuk menjelaskan hutang. Maka, hutang mana yang harus dijelaskan dahulu? Biasanya, hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta harus dibayar dahulu. Biarkan pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan sebagai yang terakhir kerana pinjaman-pinjaman sebegini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan dianggap sebagai “hutang yang baik”.

Langkah #3: Fokus pada Masa Depan

Setelah menjelaskan hutang-hutang yang penting, anda bolehlah kembali memberi perhatian kepada usaha untuk meningkatkan simpanan. Ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda (ini juga dikenali sebagai prinsip “bayar diri sendiri dahulu”). 

Jika majikan membenarkan pemotongan gaji bulanan secara automatik, ambil peluang itu agar anda tidak terlupa untuk memindahkan duit tersebut.

Setelah itu, inilah masanya untuk mula melihat kepada peluang membuat duit berkerja untuk anda iaitu dengan melaburkan duit yang ada. Anda boleh menggunakan sebahagian daripada wang simpanan untuk dilaburkan dan membantu menghasilkan pulangan. Produk pelaburan yang dipilih bergantung kepada objektif pelaburan dan toleransi risiko anda. 

Akhir sekali, sentiasa awasi pelaburan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat anda.

Dengan ketiga-tiga langkah yang telah disebutkan, anda kini tahu bagaimana untuk mula mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang.

Ingatlah bahawa menyimpan duit, melabur dan menjelaskan hutang adalah perkara-perkara jangka panjang yang berkaitan dengan cara hidup anda dan komitmen-komitmen kewangan lain. Selalunya, anda perlu melakukan perubahan kepada cara hidup bagi mencapai keseimbangan di antara ketiga-tiga perkara tersebut dan ianya bukanlah suatu yang mudah. 

Akan tetapi, jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, mencari keseimbangan antara menyimpan duit dan menjelaskan hutang anda adalah kuncinya.

sumber : www.min.com.my
 

Kempen Pelabur Bijak Kebangsaan 2012-2013 (KPBK) Episod 2

Semalam admin tertarik dengan iklan Kempen Pelabur Bijak Kebangsaan 2012-2013 (KPBK) Episod 2 di TV3 sedikit sebanyak mengingatkan pelaburan haram yang hangat ketika itu seperti swisscash dan sebagainya. Sebagai pengguna atau pelabur kita hendaklah bijak memilih pelaburan yang betul dan perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu latar belakang sesuatu produk dan syarikat yang menawarkan pelaburan tersebut. Selain itu, ia mestilah berdaftar dengan perbadanan securities malaysia.

anda boleh lihat iklan disini www.min.com.my

selamat menonton.

Buat duit dengan login wang

Program terbaru dan Pertama di Malaysia!
 Hanya dengan login sahaja boleh dapat wang. Daftar Percuma.
Hadiah menarik lagi. Ada iPhone, DELL Laptop, Vivaz Sony Ericsson.
Jadi yang terawal. Saya telah berdaftar di sini




Ini adalah bukti bayaran cek sebelum ini.
Bukti Bayaran
Bukti Bayaran
Bukti Bayaran

Tuesday, June 18, 2013

Bagaimana buat duit melalui Meng-Upload file @ Pay-Per-Download

Bagaimana buat duit dengan cara berkongsi fail (file sharing)? Bagaimana buat duit dengan Pay Per Download? Buat duit dengan Rapidshare?mediafire dan sebagainya.


Secara ringkasnya anda cuma: Upload fail ke laman web fail sharing hosting yang memberi komisen jika fail tersebut dimuat turun. Hebahkan link untuk download fail tersebut di forum, blog, Twitter dan lain-lain website. Bila ramai orang download anda akan dibayar oleh pihak file hosting tersebut. 
Anda perlu ada fail yang boleh menarik orang untuk download. Fail tersebut boleh dalam bentuk apa pun samada video, audio, ebook, software dan sebagainya. Elok kompresskan file-file tersebut dalam bentuk zip atau rar dan sebagainya supaya bersaiz lebih kecil.
Terdapat banyak contoh-contoh website, blog dan forum dimana link-link untuk download fail di promosikan dengan hebat. Blog-blog yang dibuat semata-mata membuat promosi download link juga banyak . Namun. kebanyakannya adalah untuk download bahan-bahan cetak rompak dan dilarang untuk dikongsi seperti video cerita wayang, ebook, software cetak rompak, ebook dan sebagainya.
Potensi buat duit.

Biasanya bayarannya amat kecil untuk setiap jumlah download. Anda perlu merekodkan beribu-ribu download untuk mendapat bayaran. Sebagai contoh Easy-share.com memberi komisen sehingga USD $20 untuk 1,000 download dari negeri US dan Britain. Lain-lain website file sharing memberi komisyen yang berbeza. 

Pembayaran komisyen  biasa di buat melalui Paypal.com, wire transfer atau cek bergantung kepada file hosting.

Anda perlu mencari file hosting yang sesuai untuk mendaftar:

1. Website file hosting tersebut membayar untuk download, bukan semua file hosting berbuat begitu. Ada juga yang hanya memberi point dan ia hanya boleh digunakan untuk membuka akaun premium baru. Contohnya  Rapidshare.com hanya memberikan point yang apabila terkumpul pada jumlah tertentu boleh ditebus untuk mebuka akaun baru. Baaimanapun anda boleh menjual akaun-akaun baru tersebut.

2. Ada website file hosting in memerlukan anda mempunyai akaun premium dengan mereka untuk komisen download. Ini melibatkan kos tambahan.

3.  Apakah sasaran negara anda. Jika pasaran anda tidak bersifat global, anda perlu menyemak info di website file hosting tersebut samaada diambil kiira download yang datang dari negara tertentu. Sebahagian besar tidak memberi apa-apa bayaran atau dalam bentuk point untuk download yang datang dari negara Malaysia. Sebagai contoh megaupload,com tidak memgambilkira download yang datang dari Malaysia.
Kriteria-kriteria pemilihan file hosting site Sebagai info saya mengambil beberapa file hosting site sebagai contoh: 
Docstoc.com
Pembayaran setiap upload file: 50/50 dari pendapatan yang dihasilkan.
Anda hanya perlu menulis dan mempromosikan, Docstoc.com akan menampilkan iklan bersama dokumen Anda, dan Anda akan mendapatkan bayaran. Setelah anda mendapatkan akaun di Docstoc.com, nikmatilah pendapatan pasif secara terus menerus, yang anda perlukan adalah akaun Docstoc.com dan meng-upload file sebanyak yang  Semakin ramai orang melihat dokumen anda maka semakin besar peluang anda untuk meningkatkan pendapatan iklan. Pembayarannya adalah 50/50 dan itu akan dimasukkan ke akaun pendapatan anda. Gunakan media sosial untuk mempromosikan dokumen anda seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Blog, dan sebagainya.

Uploading.com
 
Pembayaran setiap upload file: $1-100 untuk setiap 1000 download
Anda dapat menghasilan pendapatan purata sekitar USD $30 jika file anda unik dan jumlah download yang banyak. Pembayaran dilakukan melalui PayPal, Wire Transfer, Webmoney dan Epese.

Crocko.com
Pembayaran setiap upload file: $1 per 500 download
Ruang upload percuma hingga 2GB dan anda dapat mendownload sebanyak mana yang boleh. Bagi pengguna akaun percuma,  fail yang tidak aktif akan disimpan lebih dari 60 hari dan akan di "delete".

Shareapic.com
Pembayaran setiap upload file: $0.20 setiap 1000 tampilan gambar
Ia adalah platform bagi perkongsian gambar (picture sharing) dibayar jika gambar anda mempunyai "view" yang banyak. Namun ia berbeza berbanding medium percuma seperti Pictu dan Instagram yang tidak membayar apa-apa dari meng-upload foto.

Megaupload.com
 

1. Perlu menjadi ahli premium. Anda boleh menjadi ahli percuma dahulu dan boleh mengutip point  Anda boleh tukarkan point untuk menjadi ahli premium dan point selebihnya boleh diambil dalam bentuk tunai.

2. File besaiz lebih dari 100MB tidak layak untuk diambilkira.

3. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira (Malaysia tiada dalam senarai).

4. Komisen : 1 point untuk setiap 1 download. Point boleh ditukar:

10000 points  untuk sebulan keahlian premium
50000 points untuk 6 bulan keahlian premium
100000 points untuk 1 tahun keahlian premium  + USD $100
500000 points untuk keahlian platimum seumur hidup + USD $500
1000000 reward points: USD $1500
5000000 reward points: USD $10000



Sharecash.com adalah salah website file hosting yang memberikan kadar komisen yang tinngi berbanding dengan lain-lain. Ini mungkin kerana terdapat unsur 'paksaan' untuk mereka yang ingin download file dari sharecash.  
Mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugas (CPA) dahulu seperti mengisi borang survey sebelum boleh download. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download.  kadar komisen berbeza mengikut apakah  perkara (CPA) ynag perlu dibuat sebelum download.

1.Tidak perlu menjadi ahli premium.

2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (malaysia tiada dalam senarai)

3. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download.  kadar komisen berbeza bergantung kepada apakah   perkara (CPA - isi borang survey, selesaikan kuiz dll) yang perlu dibuat sebelum download.

4. Perlu file yang amat diingini pelawat untuk download, kalau tidak mereka tidak akan menyelesaikan survey, kuiz atau membuat langganan dahulu untuk membuat download.

Easy-share.com

1.Tidak perlu menjadi ahli premium.

2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (Malaysia tiada dalam senarai)

3.`Sehingga USD $20 untuk setiap 1000 downloads dari  US dan Britain. Sehinnga USD`$10 untuk 1000 downloads dari negara: Italy, Switzerland, United Arab Emirates, Norway, Bahrain, Austria.

 


Berikut adalah antara file hosting Pay Per Download yang anda boleh sertai tanpa perlu menjadi ahli berbayar premium.
Terdapat banyak lagi file hosting site lain yang anda boleh cari di internet.
Perkara-perkara perlu dipertimbangkan:

1. Mencari file-file yang diminati ramai untuk download.
2. Kelajuan internet untuk upload file jika fail bersaiz besar.
Untuk upload fail yang besar ke file hosting di internet boleh mengambil masa yang besar terutamanya jika internet anda slow.
3. Perlukan promosi yang aktif. Mungkin melalui website, blog, forum, networking, bookmarking sites atau email.
4. Blog atau tempat yang anda promosikan link perlu menyasarkan pelawat global dan bukan terhad kepada pelawat dari Malaysia sahaja.

Anda tidak perlu mempunyai website atau blog sendiri untuk mencari duit dengan cara berkongsi file ini. Walaupun cara ini adalah cara yang 'halal' tetapi apa yang saya tahu kebanyakkannya adalah berkongsi file yang dilarang seperti porno, lucah dan lain-lain. Anda sendiri pun mungkin sudah banyak berjumpa dengan blog dan forum yang sedemikian. Dengan itu ambilah info disini sebagai pengetahuan. Bagaimana pun terdapat banyak file-file yang dibolehkan untuk dikongsi seperti open source software, perisian percuma, grafik percuma, video klip dan sebagainya yang anda boleh cari di internet.untuk dikongsikan.
P/S : admin tidak menjamin jika maklumat diberikan tidak tepat dan tidak bertanggungjawab jika terdapat apa-apa kerugian. Ini adalah sekadar perkongsian. Harap maklum.

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO