Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Monday, November 16, 2009

KWSP: Kepentingan Penamaan pewaris

Kematian amat menyedihkan dan ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang tersayang. Anda perlu merancang bagi mengelakkan ahli keluarga menderita sekiranya anda meninggal dunia terutama sekali jika keluarga bergantung nafkah kepada anda.

Dengan membuat penamaan KWSP dan mengemaskinikannya, ahli keluarga boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda dengan mudah jika berlaku kematian.

Jika anda TIDAK membuat dan mengemaskini penamaan, perkara berikut mungkin akan berlaku kepada keluarga anda:

1.Kesukaran dalam pelbagai urusan

Mereka terpaksa melalui proses yang sukar untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet atau Perintah Pembahagian daripada pihak berkuasa sebagai dokumen sokongan untuk mengeluarkan simpanan KWSP. Proses ini mengambil masa yang lama dan kemungkinan dikenakan bayaran oleh pihak berkuasa berkaitan. Sebaliknya, jika penamaan KWSP telah dibuat, semua dokumen ini tidak diperlukan dan proses pengeluaran simpanan akan menjadi lebih mudah dan lancar.

2.Kelayakan keatas Tuntutan

Pihak berkuasa yang mengeluarkan dokumen sokongan akan menentukan keutamaan individu yang layak menerima simpanan anda. Ini boleh menyebabkan berlaku konflik di kalangan ahli keluarga. Jika penamaan telah dibuat, simpanan KWSP akan dibayar kepada penama yang telah anda namakan. Untuk ahli beragama Islam, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan anda mengikut Hukum Faraid.

Jika anda berkahwin, ditakdirkan bercerai atau mendapat cahaya mata, anda dinasihati mengemaskini penamaan KWSP anda.

Lindungi orang tersayang daripada terus menderita.
Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.


Jangan biarkan orang tersayang terus menderita

Namakan dan kemaskini penamaan KWSP anda hari ini

Pindah turun: KWSP 4 - Permohonan Penamaan

Sumber rujukan: KWSP (EPF)http://www.kwsp.gov.my

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO