Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Friday, April 23, 2010

Tidak ada 'Unit Kad Kredit Palsu' di BNM

Berhati-hati Sendiket Penipuan Kad Kredit Berleluasa

  • Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang didakwa dibuat oleh BNM atau mana-mana bank perdagangan.  
  • BNM dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya tidak mempunyai jabatan yang dipanggil "Unit Kad Kredit Palsu" dan nombor telefon 03-2772-XXXX bukan talian telefon BNM.
  •  Orang ramai yang mempunyai akaun bank dinasihatkan untuk tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga. 
  •  Pihak bank tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon
  • Berdasarkan aduan terkini yang diterima oleh BNM menunjukkan peningkatan dalam kejadian panggilan telefon oleh penipu kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan mengambil wang daripada akaun mereka.
  •  Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi terkini kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut: 

- Mangsa menerima panggilan telefon dari sebuah 'bank perdagangan' meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan dari luar negeri sebagai contoh, dari Shanghai yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.

- Apabila mangsa berkata beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, penipu itu akan berpura-pura bersimpati dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di BNM.

- Penipu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.

- Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai BNM, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai BNM.

- Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa. Penipu itu kemudiannya, akan mengarahkan mangsa memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan memastikan wang mangsa dilindungi.

  •  Dalam kes lain, penipu akan meminta maklumat perbankan dan akaun kad kredit mangsa untuk membuat pindahan dana secara haram. 
  •  Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai boleh melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my 

Rujukan : Utusan Malaysia, 22 April 2010


Wednesday, April 7, 2010

Tahziah Buat Keluarga Allahyarham

Al-Fatihah.

Monday, April 5, 2010

Info- Muflis

Jauhi budaya hutang yang menyebabkan anda muflis

  • Pepatah ada mengatakan bila seseorang itu diisytihar bankrap secara automatiknya beliau akan kehilangan segala-galanya dan yang tinggal hanyalah sehelai sepinggang. Begitulah betapa hebatnya penangan apabila seseorang itu diisytiharkan bankrap atau muflis dan ketika itu individu yang bankrap secara automatiknya semua harta akan dirampas, berlaku sekatan ke atas semua transaksi kewangan dan ketidakupayaan untuk menguruskan hal ehwal seharian.Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, fenomena bankrap di negara ini masih tidak membimbangkan tetapi boleh menjejaskan kitaran ekonomi negara jika tidak dikawal.
  • Beliau memberitahu, lebih 100,000 rakyat negara ini yang diisytiharkan bankrap, menghadapi risiko kekal muflis kerana gagal hadir untuk menguruskan kes mereka dengan MdI.Mereka adalah 107,205 daripada 214,410 keseluruhan kes muflis yang ditadbir oleh jabatan sehingga Februari lalu dan tidak dikesan kerana gagal melaporkan diri untuk pengurusan kes.Jumlah kes yang ditadbir jabatan berkenaan antara 2005 hingga Februari lalu ialah 75,672 kes manakala dua bulan pertama tahun ini saja 2,893 kes diisytiharkan muflis.
  • “Bagi MdI, kita berfungsi sebagai pentadbir urusan perkhidmatan insolvensi selaras dengan kehendak undang-undang dan keperluan pelanggan dengan cekap, tepat dan berkesan.“Tetapi masih ada yang tidak faham kerana mereka menganggap MdI sebagai penyebab mereka bankrap dan juga penghalang kepada mereka yang ingin berurusan ke luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
  • Abdul Karim menjelaskan, persepsi itu sebenarnya salah kerana MdI bukanlah penyebab
    Publish Post
    seseorang itu menjadi bankrap kerana fungsi utama adalah untuk melindungi pemiutang bagi melunaskan hutang penghutang secara berhemah dan sistematik.Katanya, ada dua kategori yang membolehkan tindakan kebankrapan itu diambil terhadap seseorang peminjam dan penjamin sama ada menjadi penjamin sosial yang tidak mendapat manfaat atau penjamin syarikat yang mendapat manfaat.Namun untuk mengisytiharkan seseorang itu bankrap, mahkamah perlu memastikan seseorang itu memiliki hutang yang tidak boleh dibayar melebihi RM30,000.Dari perangkaan MdI bermula tahun 2005 hingga Februari lalu, yang menjadikan seseorang itu bankrap adalah disebabkan kegagalan menjelaskan sewa beli kenderaan (17,726 kes), keberhutangan lain (22,937 kes), pinjaman peribadi (8,785 kes), pinjaman perniagaan (8,265 kes), pinjaman perumahan (5,318 kes) dan lain-lain.
  • Abdul Karim berkata, berikutan kedegilan mereka, jabatan tidak dapat membantu untuk mencadangkan supaya mereka dibebaskan daripada perintah itu dalam tempoh lima tahun selepas pengurusan kes kali pertama.
  • Beliau berkata, antara 2005 hingga Februari lalu, 7,961 pemiutang bankrap dilepaskan kerana berdasarkan pelbagai faktor termasuk bankrap kerana keadaan.
  • Risiko bankrap katanya, mereka berhadapan beberapa sekatan mengikut undang-undang seperti tidak boleh memiliki harta untuk bekerja bernilai lebih RM5,000 serta memegang beberapa jawatan pekerjaan kecuali dengan izin MdI.
  • Katanya, mereka yang melanggar perintah bankrap boleh didakwa di mahkamah mengikut kes jenayah, termasuk cuba menukar hak milik harta dalam tempoh dua tahun sebelum diisytiharkan bankrap.
  • “Ramai tidak tahu Ketua Pengarah Insolvensi boleh memberikan syor melepaskan seseorang bankrap dengan persetujuan pemiutang selepas lima tahun daripada pengurusan kes pertama dan berdasarkan rekod pembayaran balik hutang.
  • “Sebelum itu, mereka perlu datang ke jabatan untuk beberapa dokumentasi dan pengisytiharan aset serta penetapan kadar membayar balik hutang,” ujarnya.
  • Beliau juga berkata, kebanyakan mereka yang datang jabatan tersebut apabila dihalang daripada ke luar negara atau disekat daripada melakukan sesuatu kerana status bankrap.
  • Untuk dua bulan tahun ini sahaja MdI menerima 1,486 permohonan untuk keluar negara dengan 1,031 daripadanya diluluskan, 22 ditolak manakala 433 memerlukan siasatan.
  • Abdul Karim berkata, ia menunjukkan pengurusan perintah bankrap tidak seburuk disangka jika orang ramai memberikan kerjasama.
  • Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhemah dalam menguruskan perbelanjaan seharian khususnya yang menggunakan kad kredit agar tidak melebihi had yang ditetapkan serta membayar bukan dalam jumlah yang minimum.
  • Selain itu, jangan mudah menjadi penjamin kepada orang yang tidak dikenali serta isteri dan suami jangan sesekali mudah menjadi penjamin kepada kawan-kawan.


Petikan artikel: Utusan Malaysia Online - Ekonomi


Info-orang malaysia ramai di Istiyharkan muflis - Hutang kad kredit !! Jauhi hutang..

Sunday, April 4, 2010

Tanggungjawab kita untuk Maqasid syariah dalam kewangan Islam

Maqasid syariah dalam kewangan Islam


MAQASID syariah ialah matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat Islam demi kepentingan umat manusia. Ibn Rusyd menyifatkan maqasid sebagai hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum.Pada pandangan al-Syatibi, Allah menetapkan syariat-Nya untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada manusia dan mengelakkan kerosakan (mafsadah) daripada menimpa.
Ia terangkum dalam tiga kategori berikut:
  • lKepentingan dharuriyyat, iaitu segala yang paling penting dalam kehidupan manusia dimana kehidupan manusia akan menjadi rosak samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi.
  • Keperluan hajiyat iaitu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan akhirat yang mana manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi.
  • Keperluan tahsiniyat iaitu keperluan yang berbentuk keselesaan dan kecantikan.
Menjaga dan memelihara harta adalah salah satu dari tujuan pensyariatan (maqasid syariah). Ini jelas dihuraikan oleh Ibn Nujaim dalam kitabnya yang terkenal dalam membahaskan tentang ilmu maqasid iaitu Al-Asybah Wal- Nazair.Justeru, tulisan pada kali ini cuba untuk merungkaikan objektif dan matlamat syariah dalam sistem kewangan Islam, iaitu untuk memelihara harta.Kewangan Islam adalah sebuah rangkaian sistem yang lengkap dan sempurna kerana bersumberkan wahyu Allah SWT dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Maka sistem ini lebih baik dari sistem kewangan ciptaan manusia yang berasaskan pemikiran cetek dan pengalaman terhad.Kepercayaan dan keyakinan seperti ini berkait rapat dengan akidah dan iman bahawa Allah SWT lebih memahami situasi dan keadaan manusia, kerana Dialah yang menjadikan dan mencipta manusia.Oleh kerana itu, tiada pilihan kepada manusia melainkan wajib melaksanakan seluruh perintah dan arahan Allah SWT termasuk dalam persoalan menggerakkan ekonomi dan membangunkan sistem kewangan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (an-Nisa': 65)

Maka kenapa kita selalu mencipta alasan dalam mengikuti perintah Allah SWT? Kenapa kita sanggup melanggar hukum-hakam Allah SWT demi mencari keuntungan duniawi? Sedangkan setiap inci syariat Allah SWT sebenarnya bertujuan membuka pintu-pintu kemaslahatan dan untuk menutup ruang yang boleh mencetuskan keburukan kepada manusia.Sekiranya manusia mengenepikan ketetapan Allah SWT, ia tidak langsung merumitkan dan mengurangkan kekuasaan Allah SWT walaupun sekelumit. Ia adalah mustahil! Bahkan manusia yang ingkar itu sendirilah yang akan mendapat kerugian dan kecelakaan.
Begitu juga sebarang kebaikan dan amal ibadah kepada Allah.

Firman Allah SWT: Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (al-Israk: 7)

Kita dapat melihat bahawa sistem kewangan Islam menyemai prinsip keadilan kepada semua pihak, tidak mengira bangsa atau agama. Di dalamnya tiada unsur kezaliman terhadap mana-mana pihak termasuk orang yang bukan Islam. Semua mendapat hak yang saksama.Jika diperhatikan kepada akad-akad yang ada dalam sistem kewangan Islam, semuanya mempunyai rukun-rukun serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi. 

Kesemua rukun dan syarat ini sebenarnya ditetapkan oleh Islam demi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat dalam kontrak berkenaan.Sekali gus dapat mengelakkan berlakunya kezaliman dan penganiayaan kepada sesiapa pun. Jika segala rukun dan syarat ini dipenuhi, maka tentunya keadilan dapat ditegakkan dan menghalang dari berlaku pencerobohan terhadap hak pihak lain.

Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa, sedangkan kamu mengetahui. (al-Baqarah: 188)

Sebagai contoh, akad wadi'ah mensyaratkan sekiranya seseorang itu menggunakan barang yang dijaganya, maka dia perlu membayar ganti rugi sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap barangan tersebut.Sebaliknya, jika dia hanya menyimpan atau menjaganya tanpa menggunakannya, maka tidak perlu membayar ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan kepada barangan tersebut.Peraturan ini ditetapkan untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak yang berakad (muwaddi' dan mustawda')

Sistem kewangan Islam juga menggagaskan konsep pengagihan kekayaan. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya, Sunanul Ilahiyah menyatakan telah menjadi sunnah Allah SWT memberikan ujian kepada manusia berdasarkan kualiti iman yang ada dalam diri mereka.Antara ujian yang diberikan oleh Allah SWT adalah ujian kesenangan dan kesusahan. Allah SWT menjadikan seseorang itu miskin untuk mengujinya adakah dia mampu bersyukur dan reda di atas ketentuan Allah SWT.Allah SWT menjadikan seseorang itu kaya untuk menguji sejauh mana dia dapat bersyukur dan membantu golongan yang memerlukan.Justeru, Allah SWT mewajibkan golongan yang berkemampuan untuk membayar zakat setelah cukup haul dan nisab sebagai ukuran kemampuan itu.

Zakat yang diwajibkan termasuklah sumbangan-sumbangan sunat yang lain seperti sedekah, derma, infak dan wakaf adalah bertujuan untuk mendekatkan jurang antara golongan miskin dan kaya.Maka wujudlah perasaan kasih dan sayang dalam diri golongan kaya terhadap golongan miskin, dan ia sekali gus dapat menghapus perasaan dengki dalam diri golongan miskin.Harta adalah pemberian Allah SWT. Maka wajib bagi golongan yang mendapat rezeki yang lebih berbanding dengan orang lain untuk berkongsi dan memastikan harta tersebut dapat juga dinikmati oleh golongan yang tidak bernasib baik. 

Firman Allah SWT: …Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. (al-Hasyr: 7)

Di samping itu, sifat jujur dan telus amat dituntut dalam kehidupan terutamanya ketika manusia berurusan sesama mereka dalam kegiatan ekonomi. Tanpa sifat ini, manusia akan hidup dalam keadaan permusuhan, dendam dan api kebencian.

Justeru, Islam menuntut seorang peniaga yang ingin menjual barangannya agar menjelaskan kesemua ciri-ciri barang tersebut agar pelanggan dapat menilainya dengan baik sebelum membuat pembelian.Segala kelebihan serta kekurangan barangan terbabit perlu dijelaskan sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan pada masa hadapan. Berikan masa yang mencukupi kepada pelanggan untuk berfikir dan jangan memberikannya tekanan untuk membeli.

Dokumen-dokumen perjanjian perlu mempunyai segala maklumat secara lengkap. Pihak syarikat perlu memberikan penerangan sejelas-jelasnya tentang produk yang dijual dan kesan selepas pelanggan menandatangani sesuatu kontrak.

Sabda Nabi SAW: "Peniaga yang benar dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, golongan orang-orang yang benar dan para Syuhada". (riwayat Tirmidzi) 

Sistem kewangan Islam juga mempunyai objektif untuk mempertahankan individu dan masyarakat dari sebarang elemen yang dapat membuka pintu kemudaratan serta keburukan. Kemudaratan itu dielakkan dengan menutup pintu-pintu yang mungkin boleh membuka ruang kepadanya.

unsur gharar

Islam melarang umat Islam terlibat dalam sebarang perniagaan yang mengandungi unsur gharar (kesamaran). Contohnya, Islam melarang menjual burung di udara atau ikan di dalam air.

Tujuannya, mengelakkan barang yang diperolehi tidak setimpal dengan harga yang dibayar. Mungkin nilainya lebih rendah atau lebih tinggi. Kemungkinan juga pelanggan tidak memperolehinya. Maka timbul pula elemen judi.Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti. (riwayat Muslim)

Sistem kewangan Islam turut menekankan hubungan persaudaraan dan kasih-sayang. Sebab itu, sekiranya seseorang datang menemui saudaranya untuk membuat pinjaman, maka adalah haram untuk saudaranya itu mengenakan syarat supaya peminjam membayar balik dengan jumlah yang melebihi pinjaman.Islam menganggapnya sebagai riba berdasarkan hadis Rasulullah SAW: "Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjam maka ia adalah riba".

Namun, Islam menggalakkan sekiranya si peminjam itu dengan sendirinya membayar hutang tersebut dengan melebihkannya sedikit dari jumlah sebenar tanpa disyaratkan atas dasar menghargai pinjaman yang diberikan.
Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu adalah orang yang paling baik menjelaskan hutangnya. (riwayat oleh Ahmad, Muslim dan Ashab al-Sunan al-Arba'ah)

Kesimpulanya, banyak kelebihan dan kebaikan yang boleh didapati dari sistem kewangan Islam sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ada yang dapat ditanggapi oleh akal manusia dan mungkin banyak lagi yang hanya berada dalam ilmu Allah SWT.Terpulang kepada kita untuk mengakui kelebihan ini atau masih berdegil untuk menafikannya. Tetapi percayalah bahawa sewaktu kita menolak sistem kewangan Islam ini, maka tiada yang akan kita perolehi kecuali kerugian yang amat besar!


Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Bijak Wang musim 2010


Muat turun bijak wang bagi tahun 2010

* 2009 Slides Review

* Resolusi 2010

* Aliran Wang Masuk

* Aliran Wang Keluar

* Soalan Penonton

* Penjamin

* Overdraf

Saturday, April 3, 2010

Ucap tama 1 Tahun PM, 1 Malaysia

Ucapan sempena genap 1 Tahun Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Saksikan siaran langsung di NTV7 pukul 9.00 malam.

Info Cukai pendapatan 2010

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan 2009 dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi individu yang menerima pendapatan daripada sumber selain perniagaan adalah pada/ sebelum 30 April 2010. Sila gunakan perkhidmatan elektronik LHDNM(e-Filing dan e-Bayaran)

Maklumat Terkini
Lokasi Kaunter Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai 2010 LHDNM
Kenyataan Media: Program Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai (BPPC) Tahun 2010
Penggunaan Mandatori Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC)
Kenyataan Media: LHDNM dan Symantec menasihatkan pembayar cukai Malaysia mengguna pakai...
Kenyataan Media: Tarikh Akhir Pengemukaan Borang E Tahun 2009
Kenyataan Media: e-Filing Bagi Borang BE,B,M,P Dan E Bagi Tahun Taksiran 2009
Program Memfailkan Borang Bagi Tahun 2010
Garis Panduan Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT 1976) Mulai 01 Januari 2010
e-PCB dan e-Data PCB Bersedia Membantu Majikan
Keselamatan Online - melindungi aktiviti online anda

untuk maklumat lanjut layari http://www.hasil.gov.my

e-filling
https://e.hasil.gov.my/

Panduan e-filling
https://spsd.hasil.gov.my/Pki/panduan.html

Download Panduan e-filling
- Login Kali Pertama

- Terlupa kata laluan
Jangan lupa laksanakan tanggungjawab anda untuk negara, 1 Malaysia

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO