Thursday, September 3, 2009

Tips Kewangan : PERANAN SURI RUMAH KETIKA BERBELANJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua,

Hari ini adalah hari ke-13 umat islam berpuasa. Tahniah buat anda kerana berjaya menunaikan tuntutan agama. Pada kali ini saya ingin menyentuh berkenaan peranan suri rumah ketika berbelanja. Adakah anda salah seorang suri rumah yang bijak merancang perancangan perbelanjaan keluarga anda? Bagaimana pula yang masih belum kahwin? Anda juga boleh menafaatkan perkongsian ilmu kita pada kali ini. Umumnya, wanita adalah merupakan perancang utama dalam ekonomi rumah tangga. Mereka boleh dibaratkan sebagai “Menteri Kewangan” dalam sesebuah keluarga. Setiap Keperluan dan perbelanjaan didalam rumah menjadi keutamaan kepada mereka. Pernahkah persoalan ini terlintas didalam pemikiran anda sejenap?


  • SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI BARANGAN ITU?
  • ADAKAH ANDA MEMPUNYAI BARANGAN LAIN YANG BOLEH MENJADI PENGANTI?
  • ADAKAH ANDA SANGGUP TIDAK MEMBELI BARANGAN ITU?
  • PERLUKAH ANDA MEMBELINYA SEKARANG?
  • ADAKAH ANDA MAMPU MEMBELINYA?


LEBIH PEKA


Fenomena kenaikkan harga barang hari ini pasti memeningkan golongan wanita terutamanya suri rumah. Bagaimana pula yang wanita yang berkerjaya? Jesteru itu, sebagai seorang perancang ekonomi keluarga, golongan ini perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja. Suri rumah juga harus bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian lebih-lebih lagi dengan kenaikkan harga barang keperluan sekarang.


Sebagai wanita yang merupakan pemangkin perbelanjaan rumah tangga, mereka seharusnya menjadi sumber maklumat kepada kerajaan kerana mereka merupakan individu yang banyak mengetahui tentang sesuatu barangan dipasaran. Dimusim perayaan ini gejala menyorokkan barang keperluan muncul kembali disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan "keuntungan semata-mata" dan sebagai “Strategi” untuk menaikkan harga.


Baru-baru ini berlaku kejadian di utara terutamanya di perak belaku aktiviti Pembuatan menyorokkan barangan keperluan ini amatlah ditegah oleh Rasulullah s.a.w. dan ianya adalah dosa besar dimana ianya hanya dapat dihapuskan melalui memohon maaf kepada masyarakat. Jika tidak sempat bertaubat dan memohon maaf kepada masyarakat maka ia akan tergolong dalam golongan dilaknati Allah. Semoga kita dijauhkan daripada dosa ini.


TIP JIMAT CERMAT YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN

  • Kurangkan kekerapan makan diluar, masak makanan harian. (bulan puasa biasanya kita lebih banyak menghabiskan wang membeli juadah secara berlebihan tanpa dikawal.
  • Rancang pembelian. Tentukan bila dan diman hendak membeli, banyak mana (kuantiti) barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli dan dianggarkan kemampuan kita berbelanja.
  • Tentukan keutamaan pembelian. Utamakan barang keperluan daripada barang yang kurang perlu.
  • Sebelum membeli, pastikan dahulu barang apakah yang telah dimiliki dan apakah barang yang betul-betul diperlukan.
  • Bandingkan harga dan mutu barang yang hendak dibeli.
  • Tawar-menawar jika barang tersebut boleh ditawar harganya.
  • Pemilihan cara membayar. Elakkan daripada berhutang.
  • Wang yang ada dikategorikan mengikut sampul. Contohnya, sampul untuk makanan digunakkan untuk membeli makanan sahaja.
  • Beli pakaian atau perabot yang tahan lama supaya tidak terlalu kerap membeli.
  • Di musim perayaan ini, terdapat banyak promosi @ sale yang melampau-lampu akhirnya menjerat kepada masalah hutang. jangan terlalu membeli belah berbelanja berpada-pada. “Ukur Baju dibadan Sendiri”

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO