Tuesday, August 25, 2009

Tips bagaimana mendapat bonus ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua umat islam,

Hari ini dah masuk hari ke-4 umat islam menunaikan salah satu rukun Islam yang diwajibkan keatas semua umat islam. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua. Semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang melimpah-limpah dengan izin-Nya.

Nak tahu Tips bagaimana mendapat bonus ramadhan??

Bonus ramadhan dimaksudkan adalah ganjaran pahala diatas amalan baik kita di bulan ramadhan disamping mencari rezeki yang lebih berkat. Ia juga dikenali sebagai Fadilat Puasa.

  • Bonus ramadhan #1 Pahala
1. Solat Tarawih berjemaah

2. Membaca kitab Al-Quran, bertadarus

3. Membanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat tahajud, du'ha dan banyak lagi.

4.Sedekah jariah dan fakir miskin

5.Mendekati majlis-majlis ilmu

6. Mengeluarkan zakat - fitrah (wajib di bulan ramadhan), perniagaan dan sebagainya.


Bonus ramadhan #2 Rezeki melalui perniagaan

1. Menjual juadah di bazar ramadhan + sedekah

2. Memberi makan orang berpuasa

3. Menginfak rezeki perniagaan kepada perjuangan@perkembangan agama.


Bonus ramadhan #3 Diri Sendiri

1. Membersihkan jiwa dan menambahkan pahala diatas semua amalan dibuat.

2.Menghapuskan dosa-dosa kecil secara sedar @ tidak. (Dosa besar hanya boleh melalui taubat nasuha)

3.Mendekati diri dengan tuhan.

4.Mengawal nafsu - termasuk nafsu membeli-belah.


Bonus ramadhan #4 Rezeki untuk Diri dan keluarga

1. Tuhan akan memurahkan rezeki keatas hamba.

2. Menguatkan hubungan sesama ahli keluarga, jiran dan masyarakat melalui majlis berbuka puasa, tadarus Al-Quran, hantar juadah sesama jiran dan sebagainya.


Bonus ramadhan #5 Rezeki Masyarakat

1. Hidup lebih bermuafakat dan aman
- Jenayah kurang
- bergaul-mesra
- bertegur sapa dan saling ingat mengingati.

2. DiKasihi Tuhan dan dijauhi bala keatas sesebuah masyarakat.


Begitu besarnya hikmah bulan ramadhan. Semoga kita semua dapat menafaatkan dan berusaha untuk meningkatkan Saham kita di akhirat.

"Selamat Berpuasa, berbuka puasa"





Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO