Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum w.b.t,

Hari raya Aidiladha dah semakin hampir, tentu anda semua pun sibuk membuat persiapan.
Tentu meriah sambutan AidilAdha kali ni, terutama jika ada sanak saudara yang menunaikan ibadah haji di Mekah.

Hari ini merupakan hari wukuf di padang Arafah iaitu hari kemuncak dalam ibadat haji. Semoga mendapat haji yang mabror dan ibadat diterima oleh Allah.

Dalam keadaan mood Hari Raya Korban ni, saya selalu juga terfikir, apa erti pengorbanan serta pengorbanan paling besar yang telah dilakukan anda semua. Pengorbanan banyak mengajar kita erti seorang hamba sejati.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati dalam perjalanan.

Salam kemaafan dan Salam Aidul Adha.

Info unit trust : Apa dan Bagaimana unit amanah di proses

APA ITU DANA UNIT AMANAH ?

Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.


BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.



Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.

BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.

Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.

SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.

Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.



KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH


1. Pengurusan Dana Profesional


Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.



2. Mempelbagai Peluang


Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.



3. Memudahkan Transaksi


Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.



4. Meminimakan Risiko

Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.



5. Kecairan

Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.



6. Potensi Pertumbuhan Modal

Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.


PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK


a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham

Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.


b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank

Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.

Download info unit amanah
Unit Amanah

Monday, November 16, 2009

KWSP: Kepentingan Penamaan pewaris

Kematian amat menyedihkan dan ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang tersayang. Anda perlu merancang bagi mengelakkan ahli keluarga menderita sekiranya anda meninggal dunia terutama sekali jika keluarga bergantung nafkah kepada anda.

Dengan membuat penamaan KWSP dan mengemaskinikannya, ahli keluarga boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda dengan mudah jika berlaku kematian.

Jika anda TIDAK membuat dan mengemaskini penamaan, perkara berikut mungkin akan berlaku kepada keluarga anda:

1.Kesukaran dalam pelbagai urusan

Mereka terpaksa melalui proses yang sukar untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet atau Perintah Pembahagian daripada pihak berkuasa sebagai dokumen sokongan untuk mengeluarkan simpanan KWSP. Proses ini mengambil masa yang lama dan kemungkinan dikenakan bayaran oleh pihak berkuasa berkaitan. Sebaliknya, jika penamaan KWSP telah dibuat, semua dokumen ini tidak diperlukan dan proses pengeluaran simpanan akan menjadi lebih mudah dan lancar.

2.Kelayakan keatas Tuntutan

Pihak berkuasa yang mengeluarkan dokumen sokongan akan menentukan keutamaan individu yang layak menerima simpanan anda. Ini boleh menyebabkan berlaku konflik di kalangan ahli keluarga. Jika penamaan telah dibuat, simpanan KWSP akan dibayar kepada penama yang telah anda namakan. Untuk ahli beragama Islam, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan anda mengikut Hukum Faraid.

Jika anda berkahwin, ditakdirkan bercerai atau mendapat cahaya mata, anda dinasihati mengemaskini penamaan KWSP anda.

Lindungi orang tersayang daripada terus menderita.
Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.


Jangan biarkan orang tersayang terus menderita

Namakan dan kemaskini penamaan KWSP anda hari ini

Pindah turun: KWSP 4 - Permohonan Penamaan

Sumber rujukan: KWSP (EPF)http://www.kwsp.gov.my

Sunday, November 1, 2009

Utusan Malaysia Online - Korporat

Program menabung - kempen Save Big and Win Big anjuran Maybank)

Maybank tarik deposit RM1.4 bilion

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Malayan Banking Bhd. (Maybank) telah merekodkan pertumbuhan deposit sebanyak RM1.4 bilion menerusi kempen Save Big and Win Big yang berlangsung selama empat bulan mulai Jun lalu.

Ketua Pembiayaan dan Pinjaman Runcit, Perbankan Pengguna, Ismail Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima lebih tujuh juta penyertaan untuk kempen itu berikutan sambutan yang menggalakkan.

Katanya, kempen itu bermatlamat untuk mempromosikan tabiat menabung serta meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap alternatif pelaburan.

"Pada masa yang sama, ia juga merupakan cara kami memberi ganjaran kepada pelanggan yang memberi sokongan berterusan,” katanya.

Ismail telah menyampaikan hadiah berupa pakej pelancongan kepada lapan pelanggan Maybank pada majlis penyampaian hadiah itu di Menara Maybank.

Di bawah program itu, pelanggan yang menyimpan jumlah minimum RM200 dalam akaun dan mengekalkan pertumbuhan sekurang-kurangnya RM200 pada akhir bulan berpeluang memenangi pakej-pakej pelancongan ke destinasi eksotik.

Pelanggan mempunyai peluang yang lebih besar untuk membawa pulang hadiah jika menyimpan lebih banyak sepanjang tempoh promosi itu.

Pemenang hadiah utama berupa 17 hari 14 malam mengelilingi dunia untuk dua orang dimenangi oleh Hamidah Choong Abdullah.


Sumber petikan:

Utusan Malaysia Online - Korporat

Tuesday, October 27, 2009

Tip kewangan : Bijak Wang 3

Salam sejahtera,

Tip-tip kewangan peribadi ini saya dapatkannya menerusi Rancangan Bijak Wang TV3.Terima Kasih kepada pihak TV3 dan krew rancangan ini sudi memberikan fail ini untuk di kongsikan kepada umum. Sila klik link di bawah untuk Download PERCUMA Slide Rancangan Bijak Wang dianjurkan oleh TV3 pada setiap hari Sabtu 7.00 malam. Jangan lupa menonton.

Topik Pengurusan rancangan persaraan

DOWNLOAD


Topik Pengurusan harta pusaka dan wasiat

DOWNLOAD

Bajet 2010 Perancangan bajet anda

Apakah makna Bajet 2010 kepada anda?

JUTAAN ringgit yang menjadi persoalan telah terjawab - kerajaan tidak membuat sebarang pengumuman mengenai pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Bajet 2010.Sebelum kita boleh menarik sedikit kelegaan, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu menyatakan kerajaan sedang dalam peringkat akhir menyiapkan kajian mengenai pelaksanaan dan implikasi GST kepada rakyat.

Bagaimanapun, PM pernah menyuarakan sekiranya kerajaan melaksanakan GST, kadar cukai yang bakal dikenakan akan lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan semasa, yang bakal diambil alih GST dan pengecualian kepada kumpulan berpendapatan rendah. Ini bertujuan untuk memastikan cukai baru tidak akan membebankan rakyat.
Meneruskan agenda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar, kerajaan telah mencadangkan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan keselesaan rakyat.

Pendekatan yang diambil termasuk pengurangan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus pada 2010. Langkah itu memberi kelebihan kepada mereka yang memperoleh pendapatan melebihi RM100,000. Adalah menjadi harapan agar kerajaan dapat mengurangkan cukai yang sama bagi individu yang memperoleh pendapatan yang kurang daripada jumlah tersebut.

Bagaimanapun Bajet 2010 memberi kelegaan apabila pelepasan cukai peribadi dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000 berkuat kuasa 2010. Sekali lagi kumpulan berpendapatan rendah bebas daripada pembayaran cukai ini.

Peningkatan dalam pelepasan cukai peribadi sebanyak RM6,000 yang disumbangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan premium insurans nyawa kepada RM7,000.Pertambahan pelepasan sebanyak RM1,000 yang diberi dalam skim pembayaran premium anuiti kepada syarikat-syarikat insurans, sama ada pembayaran bermula 1 Januari 2010 atau pembayaran tambahan premium bagi skim anuiti sedia ada mulai 1 Januari 2010.
Pelepasan cukai bagi langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun.

Usaha meningkatkan kemahiran modal insan masih menjadi agenda utama kerajaan pada Bajet 2010.Strategi kerajaan untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pelbagai inisiatif yang diumumkan bakal memberi faedah kepada rakyat dari generasi muda hingga yang matang. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah:

*Peruntukan sebanyak RM48 juta untuk mengubah kemudahan dan kurikulum pra-sekolah.

*RM32 juta untuk meningkatkan kadar literasi dan numerasi bagi murid-murid Tahun 1.

*RM20 juta untuk meningkatkan prestasi sekolah tinggi dan memperluaskan kualiti pendidikan dan geran autonomi kepada pengurusan sekolah bagi melahirkan para pelajar cemerlang.

*Anugerah monetari dan bukan monetari bagi pengetua, guru besar dan kumpulan pengurusan sekolah yang memenuhi sasaran prestasi.

Kerajaan juga mencadangkan pelbagai pendekatan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan meningkatkan lebihan pendapatan boleh guna bagi pembayar cukai individu tertentu.
Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah yang meningkatkan beban cukai.

*Cukai pendapatan hartanah kembali lagi. Cukai itu pernah dihapuskan kini cukai itu akan diperkenalkan semula.
Bagaimanapun, pelupusan sehingga RM10,000, atau 10 peratus, bagi keuntungan (atau mana yang lebih besar) diberikan kepada individu.

Cukai terhadap pemberian hadiah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, datuk dan cucu dan pelupusan hartanah kediaman buat kali pertama oleh rakyat Malaysia atau pemastautin tetap juga dihapuskan.

Cukai perkhidmatan ke atas kad kredit dan kad caj juga dikembalikan semula selepas dihapuskan sejak 1 April 2001. Cukai perkhidmatan dicadangkan sebanyak RM50 bagi kad utama dan RM25 setahun bagi kad tambahan.

Apa yang boleh diperkatakan Bajet 2010 bersesuaian dengan persekitaran ekonomi. Diharapkan tema Bajet 2010 boleh dicapai, yang mana untuk kesejahteraan 1Malaysia.

P/s: Bajet 2010 kerajaan sudah dibentangkan, macamana dengan budget anda & keluarga pula sudah buat planning baru untuk 2010? Buat perancangan budget anda dengan teliti OK?

"Perjalanan yang jauh, bermula dari langkah yang pertama"

Bajet 2010 faedahnya menyeluruh

  • BAJET 2010 sudah dibentangkan. Seperti biasa bukan semua orang puas hati. Sudah tiada apa hendak dibangkang, bayaran RM50 untuk kad kredit pun jadi hal. Kalau kita lihat gaya bank mempromosikan kad kredit mereka, sampai buka gerai di pusat-pusat membeli-belah di merata tempat dan di stesen minyak.
  • Ertinya begitu agresif menyuruh rakyat negara ini hidup dengan kredit. Maka ramailah yang berhutang sehingga tak terbayar dan ramai jugalah yang menyumbang kepada institusi kad kredit ini dengan kadar faedah lebih kurang 18 peratus setahun.Kehidupan gaya kredit inilah yang membuatkan Amerika Syarikat mengalami krisis ekonomi yang teruk mulai 2008 dahulu. Amalan berhutang ini lebih banyak buruknya daripada baik kecuali dalam keadaan kecemasan atau terdesak misalnya hospital tidak mahu merawat kes kecemasan waris kita kalau tidak dibayarkan cengkeram. Maklumlah sekarang ini kalau hendakkan rawatan di hospital swasta dalam kes kecemasan sekalipun kena bayar cengkeram dulu.
  • Melihat daripada apa yang dibentangkan rasanya bajet kali ini memberi manfaat yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat daripada petani dan nelayan kepada mereka yang makan gaji.Rasanya melihat harga rumah yang melambung tinggi yang tidak sepadan dengan pendapatan masyarakat ada baiknya Cukai Keuntungan Hartanah bukan saja patut dikenakan 5 peratus tetapi patut lebih tinggi supaya mereka yang melakukan spekulasi hartanah ini dapat dibendung.
  • Sememangnya pasaran hartanah wajar rancak tetapi biarlah dalam keadaan sihat dan bukan dengan kenaikan harga yang bukan-bukan. Perkara yang membuatkan harga rumah dua tingkat berkembar misalnya sampai RM500 ribu ialah spekulasi yang menjadi-jadi sehinggakan mereka yang betul-betul berhajat untuk memiliki rumah jenis tersebut tidak tercapai.
  • Kalau dibanding dengan kadar pendapatan golongan pertengahan memang tidak setimpal. Alasan pemaju ialah kuasa pasaran. Mereka yang buat untung banyak dengan spekulasi hartanah ini mampu membayar cukai keuntungan yang tinggi.
  • Semasa perbincangan tentang bajet ini di dalam program Astro melalui saluran Bloomberg Jumaat lepas, timbul perkara berkaitan dengan pinjaman pendidikan tinggi ditukar kepada biasiswa bagi mereka yang memperolehi Kepujian Kelas Pertama.
  • Pandangan daripada ahli panel yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Pengajian Tinggi ialah galakan ini pernah diberikan tetapi diberhentikan kerana ada IPTS yang menyalahgunakan keistimewaan ini apabila pemberian Kelas Pertama Kepujian ini secara begitu mewah.
  • Maklum balas daripada seorang pensyarah bidang arkitek disalah sebuah IPTS yang suka berpublisiti ialah apabila dia hendak memberikan pangkat gagal kepada pelajar kelasnya dia diberitahu oleh orang atasan institusi tersebut, “di sini kita tidak ada pelajar yang gagal.”Tidak hairanlah kalau Datuk Izat Emir, Presiden Perdasama merungut selepas mengambil tiga orang siswazah daripada IPTS tersebut bekerja dengan syarikatnya didapati mereka tidak boleh buat kerja langsung.
  • Kalaulah amalan meluluskan pelajar yang patut gagal berlaku di sesetengah institusi pengajian tinggi ini sama ada yang di sektor awam atau swasta semata-mata kononnya untuk menunjukkan rekod pencapaian yang hebat, nescaya kita akan menjadi bahan ketawa apabila lulusan daripada institusi-institusi tersebut tidak mampu melakukan kerja yang diberikan kepada mereka.Janganlah modal insan yang diharapkan daripada pelaburan yang begitu besar untuk pendidikan setiap tahun tidak mampu berdaya saing dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah dan tidak menentu ini.
  • Bajet kali ini merupakan asas kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bakal berlatarbelakangkan model ekonomi baru. Kita melihat dalam bajet kali ini peruntukan sebanyak RM200 juta untuk industri kreatif yang meliputi pembiayaan penghasilan drama dan filem, muzik, animasi, pengiklanan, pengeluaran bahan tempatan.Dana ini akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional. Ke arah ini suatu dasar industri kreatif akan digubal untuk kemajuan industri kreatif. Kegiatan innovative pula merangkumi kesemua jabatan dalam kerajaan yang bertujuan memudahkan lagi sistem penyampaian awam, baik untuk rakyat mahupun untuk sektor korporat seperti yang telah dilaksanakan di Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Syarikat, Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Dalam suasana penurunan pendapatan kerajaan, bajet kali ini masih lagi memberikan pelepasan cukai kepada rakyat. Pelepasan diri bertambah seribu ringgit dan pelepasan daripada bayaran insurans dan KWSP dinaikkan juga sebanyak seribu. Cukai individu juga diturunkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Semoga lebihan ini dapat dibelanjakan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
  • Subsidi utama yang selama hari ini dinikmati juga oleh orang asing ialah subsidi minyak. Ini akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan pembelian dengan penggunaan bersyaratkan MyKad pada masa akan datang.
  • Pembentangan bajet ini telah didahului oleh Laporan Ketua Audit Negara. Banyak perkara yang mengejutkan berkaitan pembaziran dan penyalahgunaan wang kerajaan terdapat dalam laporan tersebut. Perdana Menteri telah melahirkan rasa kecewa beliau dengan penyalahgunaan ini dan mahukan tindakan diambil atas mereka yang didapati bersalah.Apa yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara adalah berdasarkan contoh rambang perbelanjaan wang kerajaan. Kalaulah diteliti setiap perbelanjaan mungkin kita akan dikejutkan dengan penyalahgunaan yang lebih meluas.
  • Kita sedar bukan semua penyelewengan yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang lepas-lepas diambil tindakan dan kita berharap dengan adanya iltizam baru daripada kerajaan, mereka yang bersalah dapat diambil tindakan. Banyak mana peruntukan sekalipun tidak akan cukup sekiranya kebocoran dan penyelewengan ini berleluasa.

ucapan:
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden

sumber petikan: utusan malaysia 26 Oct 2009
Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO