Friday, April 23, 2010

Tidak ada 'Unit Kad Kredit Palsu' di BNM

Berhati-hati Sendiket Penipuan Kad Kredit Berleluasa

  • Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang didakwa dibuat oleh BNM atau mana-mana bank perdagangan.  
  • BNM dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya tidak mempunyai jabatan yang dipanggil "Unit Kad Kredit Palsu" dan nombor telefon 03-2772-XXXX bukan talian telefon BNM.
  •  Orang ramai yang mempunyai akaun bank dinasihatkan untuk tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan kepada pihak ketiga. 
  •  Pihak bank tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon
  • Berdasarkan aduan terkini yang diterima oleh BNM menunjukkan peningkatan dalam kejadian panggilan telefon oleh penipu kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan mengambil wang daripada akaun mereka.
  •  Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi terkini kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut: 

- Mangsa menerima panggilan telefon dari sebuah 'bank perdagangan' meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan dari luar negeri sebagai contoh, dari Shanghai yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.

- Apabila mangsa berkata beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, penipu itu akan berpura-pura bersimpati dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di BNM.

- Penipu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.

- Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai BNM, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai BNM.

- Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa. Penipu itu kemudiannya, akan mengarahkan mangsa memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan memastikan wang mangsa dilindungi.

  •  Dalam kes lain, penipu akan meminta maklumat perbankan dan akaun kad kredit mangsa untuk membuat pindahan dana secara haram. 
  •  Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai boleh melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my 

Rujukan : Utusan Malaysia, 22 April 2010


Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO