Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Monday, April 5, 2010

Info- Muflis

Jauhi budaya hutang yang menyebabkan anda muflis

  • Pepatah ada mengatakan bila seseorang itu diisytihar bankrap secara automatiknya beliau akan kehilangan segala-galanya dan yang tinggal hanyalah sehelai sepinggang. Begitulah betapa hebatnya penangan apabila seseorang itu diisytiharkan bankrap atau muflis dan ketika itu individu yang bankrap secara automatiknya semua harta akan dirampas, berlaku sekatan ke atas semua transaksi kewangan dan ketidakupayaan untuk menguruskan hal ehwal seharian.Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, fenomena bankrap di negara ini masih tidak membimbangkan tetapi boleh menjejaskan kitaran ekonomi negara jika tidak dikawal.
  • Beliau memberitahu, lebih 100,000 rakyat negara ini yang diisytiharkan bankrap, menghadapi risiko kekal muflis kerana gagal hadir untuk menguruskan kes mereka dengan MdI.Mereka adalah 107,205 daripada 214,410 keseluruhan kes muflis yang ditadbir oleh jabatan sehingga Februari lalu dan tidak dikesan kerana gagal melaporkan diri untuk pengurusan kes.Jumlah kes yang ditadbir jabatan berkenaan antara 2005 hingga Februari lalu ialah 75,672 kes manakala dua bulan pertama tahun ini saja 2,893 kes diisytiharkan muflis.
  • “Bagi MdI, kita berfungsi sebagai pentadbir urusan perkhidmatan insolvensi selaras dengan kehendak undang-undang dan keperluan pelanggan dengan cekap, tepat dan berkesan.“Tetapi masih ada yang tidak faham kerana mereka menganggap MdI sebagai penyebab mereka bankrap dan juga penghalang kepada mereka yang ingin berurusan ke luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
  • Abdul Karim menjelaskan, persepsi itu sebenarnya salah kerana MdI bukanlah penyebab
    Publish Post
    seseorang itu menjadi bankrap kerana fungsi utama adalah untuk melindungi pemiutang bagi melunaskan hutang penghutang secara berhemah dan sistematik.Katanya, ada dua kategori yang membolehkan tindakan kebankrapan itu diambil terhadap seseorang peminjam dan penjamin sama ada menjadi penjamin sosial yang tidak mendapat manfaat atau penjamin syarikat yang mendapat manfaat.Namun untuk mengisytiharkan seseorang itu bankrap, mahkamah perlu memastikan seseorang itu memiliki hutang yang tidak boleh dibayar melebihi RM30,000.Dari perangkaan MdI bermula tahun 2005 hingga Februari lalu, yang menjadikan seseorang itu bankrap adalah disebabkan kegagalan menjelaskan sewa beli kenderaan (17,726 kes), keberhutangan lain (22,937 kes), pinjaman peribadi (8,785 kes), pinjaman perniagaan (8,265 kes), pinjaman perumahan (5,318 kes) dan lain-lain.
  • Abdul Karim berkata, berikutan kedegilan mereka, jabatan tidak dapat membantu untuk mencadangkan supaya mereka dibebaskan daripada perintah itu dalam tempoh lima tahun selepas pengurusan kes kali pertama.
  • Beliau berkata, antara 2005 hingga Februari lalu, 7,961 pemiutang bankrap dilepaskan kerana berdasarkan pelbagai faktor termasuk bankrap kerana keadaan.
  • Risiko bankrap katanya, mereka berhadapan beberapa sekatan mengikut undang-undang seperti tidak boleh memiliki harta untuk bekerja bernilai lebih RM5,000 serta memegang beberapa jawatan pekerjaan kecuali dengan izin MdI.
  • Katanya, mereka yang melanggar perintah bankrap boleh didakwa di mahkamah mengikut kes jenayah, termasuk cuba menukar hak milik harta dalam tempoh dua tahun sebelum diisytiharkan bankrap.
  • “Ramai tidak tahu Ketua Pengarah Insolvensi boleh memberikan syor melepaskan seseorang bankrap dengan persetujuan pemiutang selepas lima tahun daripada pengurusan kes pertama dan berdasarkan rekod pembayaran balik hutang.
  • “Sebelum itu, mereka perlu datang ke jabatan untuk beberapa dokumentasi dan pengisytiharan aset serta penetapan kadar membayar balik hutang,” ujarnya.
  • Beliau juga berkata, kebanyakan mereka yang datang jabatan tersebut apabila dihalang daripada ke luar negara atau disekat daripada melakukan sesuatu kerana status bankrap.
  • Untuk dua bulan tahun ini sahaja MdI menerima 1,486 permohonan untuk keluar negara dengan 1,031 daripadanya diluluskan, 22 ditolak manakala 433 memerlukan siasatan.
  • Abdul Karim berkata, ia menunjukkan pengurusan perintah bankrap tidak seburuk disangka jika orang ramai memberikan kerjasama.
  • Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhemah dalam menguruskan perbelanjaan seharian khususnya yang menggunakan kad kredit agar tidak melebihi had yang ditetapkan serta membayar bukan dalam jumlah yang minimum.
  • Selain itu, jangan mudah menjadi penjamin kepada orang yang tidak dikenali serta isteri dan suami jangan sesekali mudah menjadi penjamin kepada kawan-kawan.


Petikan artikel: Utusan Malaysia Online - Ekonomi


Info-orang malaysia ramai di Istiyharkan muflis - Hutang kad kredit !! Jauhi hutang..

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO