Tips untuk memulakan Perniagaan Sendiri
Berfikir nak berniaga sendiri?
MENJALANKAN perniagaan sendiri amat menarik dan mendatangkan kepuasan. Ia mungkin cara terbaik untuk meraihkan pendapatan, terutamanya jika anda mempunyai kemahiran mudah dijual, idea inovatif atau minat yang boleh mengubahkan kepada perniagaan yang menguntungkan.
Bagaimanapun, adalah penting bertanya pada diri sendiri kenapa anda mahu lakukannya. Bukan semua orang mampu lakukannya.
Harus diingat bahawa anda mungkin akan berasa keseorangan sebagai seorang majikan dan anda mungkin menempuhi pelbagai cabaran untuk memulakannya; anda mungkin akan bekerja untuk tempoh masa yang panjang, kendalikan kertas kerja dan pengawalan serta tahu melakukan apa jua kerja untuk memulakan usaha niaga baru.
Oleh itu, jika anda yakin anda mempunyai rancangan perniagaan yang mantap, sumber sewajarnya dan keazaman untuk berjaya, mengapa tidak mencuba?
Saya telah mengumpulkan 10 petua utama yang tersenarai di bawah untuk dipertimbangkan mereka yang berhasrat untuk menjadi bakal usahawan sebelum memulakan perniagaan:
1. Menyelidik pasaran. Tinjau sama ada para pelanggan akan membeli apa yang anda tawarkan, dan gunakan maklum balas untuk meningkatkan mutu produk atau perkhidmatan anda.
2. Merangka rancangan perniagaan. Terangkan perniagaan anda, bagaimana ia akan beroperasi dan pembiayaan untuk dua tahun pertama. Rujuk kepada akauntan bertauliah anda sekiranya anda memerlukan bantuan merangkakan rancangan perniagaan. Dia juga mampu menasihatkan anda tentang struktur yang sesuai untuk perniagaan anda. Pengawalan dan kos memulakan sebuah perniagaan boleh menjadi kompleks dan tidak menyenangkan. Dapatkan seorang pakar untuk membantu anda. .
3. Mengumpulkan pembiayaan jika perlu dan bersedia untuk menghadapi kontingensi. Kekurangan pembiayaan biasanya mengundangkan prestasi yang lemah pada awalnya. Ini kerana penubuhan selalunya mengambil masa yang lebih lama, anda juga perlu memastikan kewangan anda berkeadaan fleksibel.
4. Memilih kakitangan yang betul. Melainkan anda merancang untuk bekerja berseorangan, pilih calon pekerja yang terbaik anda mampu gaji. Mereka mungkin sanggup bekerja untuk gaji yang lebih rendah berbanding kadar pasaran pada awalnya mereka diyakini potensi pertumbuhan perniagaan itu. Pertimbangkan skim pilihan perkongsian untuk menarik kakitangan yang terbaik dan memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja mencapai matlamat perniagaan.
5. Mencari seorang mentor. Ia juga membantu untuk mempunyai seseorang di sisi anda untuk dapatkan idea. Belajar dari para pelanggan dan pembekal dan bertanyakan pendapat akauntan bertauliah dan penasihat yang lain.
6. Memastikan anda memiliki maklumat kewangan yang betul. Ini penting, bukan sekadar memahami prestasi perdagangan. Mulakan rekod dari awal, gunakan perisian jika anda selesa dengannya. Upah seorang penyimpan kira-kira atau membincang dengan akauntan bertauliah anda mengenai penyumberan luar perkhidmatan perakaunan.
7. Memantau penunjuk prestasi utama. Pastikan anda mempunyai data yang betul, seperti pendapatan, margin kasar, overhed, kos pembiayaan, keuntungan bersih, aliran tunai dan modal kerja, secara harian, bulanan dan tahunan.
8. Memberi perhatian terhadap kemungkinan dan bahaya. Jangan sesekali endah peluang mengubah haluan perniagaan dalam arah yang berbeza jika anda melihat potensi di tempat lain atau apabila timbul masalah. Bersedia untuk menghadapi pesaing dalam keadaan sukar dan mendengar para pelanggan, pembekal dan pekerja anda.
9. Belajar. Serap semua yang anda mampu daripada pengalaman menjadi seorang usahawan dan orang lain di sekitar anda, dan - tidak ketinggalan - belajar daripada kesilapan anda.
10. Mengurangkan peluang kegagalan. Buat sesuatu yang anda sudah tahu, atau menggaji orang yang berpengalaman dalam sektor berkenaan. Uruskan overhed dan modal kerja. Lantik akauntan bertauliah yang berpengalaman sebelum melancarkan perusahaan baru.
Utusan Malaysia Online - Ekonomi
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment