Pembuka Pintu-Pintu Rezeki
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini begitu banyak sekali rezeki yang
kita perolehi hasil pemberian tuhan yang maha Esa…Sama ada anda rasa ia
cukup atau tidak, ia bergantung kepada tahap kesyukuran, usaha dan cara
bagaimana seseorang itu membelanjakan hartanya…Ini kerana rezeki tidak
akan jatuh bergolek jika tiada usaha yang sewajarnya…Baiklah, pada post
kali ini, saya ingin kongsikan kaedah pembuka pintu rezeki yang saya
dapat daripada idola saya iaitu Yang Berbahagia Dato Fadhilah
Kamsah iaitu :-
1) Patuh suruhan Allah S.W.T,
Di dalam kita sibuk mencari
rezeki setiap hari, jangan sampai kita meninggalkan suruhan Allah S.W.T
seperti sembahyang, baca Al-Quran, berdoa dan sebagainya…Ingatlah bahawa
rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T…Al-Quran pula adalah raja
segala ilmu dan doa pula adalah senjata terhebat umat islam…Begitu juga
dengan lain-lain amalan…Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.
2) Cari keberkatan dalam perniagaan.
Ramai di kalangan usahawan
offline mahupun online mengabaikan perkara tersebut…Kalau usahawan
offline, mereka seringkali terlibat dengan rasuah, penipuan dan
sebagainya…Begitu juga dengan usahawan online..Usahawan online
seringkali menipu pengunjung website atau subscriber mereka dengan
ayat-ayat menggoda dengan harapan jualan akan terhasil…Tidak kurang juga
yang membuat spamming di sana sini…
Selain mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang
tidak baik, kita juga digalakkan bersedekah untuk menambah keberkatan
perniagaan kita…Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit
sahaja, bahkan tenaga, idea dan lain-lain lagi yang boleh membantu
mereka yang memerlukannya…Ingat, senyum juga salah satu daripada bentuk
sedekah…
3) Doakan kedua orang tua kita.
Nabi pernah berpesan yang
maksudnya lebih kurang berbunyi bergini ” Anak-anak yang tak doakan
kedua ibu bapanya akan tertutup pintu rezeki”…Ingatlah dari mana asal
kita…Jangan kerana dek kemewahan, kita lupakan jasa kedua orang tua yang
menjaga dan mendidik kita sehingga berjaya seperti hari ini.
4) Solat taubat & istigfar selalu.
Orang yang banyak bertaubat dan
beristigfar akan bersih daripada dosa…Dengan gugurnya dosa-dosa
tersebut, insyaAllah pintu rezeki akan terbuka.
5) Solat Israq & Duha setiap hati.
Amalan solat sunat Israq & Duha juga insyaAllah boleh menggamit rezeki daripada Allah Yang Esa.
6) Baca Ayat 1000 Dinar.
Amalkan membaca ayat 1000 dinar 3
kali setiap kali lepas solat…Juga ketika mula buat kerja dan habis buat
kerja…Jika ada kedai/kilang/dll, baca ayat ini ketika masuk &
keluar premis perniagaan tersebut.
7) Banyakkan sedekah dengan ikhlas.
Sedekah yang ikhlas adalah
sedekah yang diberikan hanya dengan tujuan untuk membantu kerana
Allah…Jika sedekah sambil tersengih di depan kamera hanya kerana untuk
menunjuk-nunjuk, itu
bukanlah sedekah yang ikhlas.
8) Bantu anak-anak yatim & usaha-usaha Fisabilillah.
Membantu anak yatim &
usaha-usaha Fisabillah juga merupakan amalan-amalan yang boleh
memurahkan & memuaikan rezeki yang anda perolehi.
9) Beri binatang makan.
Beri binatang makan adalah amalan
yang mulia…Tetapi jangan sampai anda menyiksa binatang seperti membela
burung di dalam sangkar dan sebagainya.
10) Sentiasa maafkan orang, minta maaf dan baik sangka.
Orang yang sentiasa maafkan
orang, meminta maaf dan baik sangka akan sentiasa mempunyai hati yang
tenang…Hati yang tenang pula mampu merangsang otak untuk berfikir dengan
lebih cemerlang.
11) Tunaikan haji & umrah.
Tunaikan haji & umrah mampu
membuka pintu rezeki menurut pandangan ulama…Sebenarnya ada ayat
Al-Quran yang berkaitan dengan hal ini…Anda boleh cari di dalam
Al-Quran.
12) Bantu orang yang lemah, sakit, cacat, ibu tunggal dan sebagainya.
Apabila kita banyak membantu
orang yang memerlukan bantuan, insyaAllah Allah S.W.T akan membantu kita
untuk mendapatkan rezeki…What u give, u get back!
13) Sambung Silaturrahim.
Terdapat pelbagai cara yang boleh
dilakukan untuk menyambung silaturrahim seperti bermaaf-maafan dengan
kawan-kawan lama, cari kawan-kawan baru dan sebagainya…Dengan ini,
rangkaian anda makin besar dan insyaAllah pintu rezeki anda juga akan
makin meluas.
14) Melabur di jalan Allah S.W.T.
Melabur di jalan Allah adalah
merupakan suatu bentuk pelaburan yang terbaik sekali..Contohnya seperti
anda membina masjid, sekolah, rumah untuk anak yatim dan
sebagainya…Selagimana ada orang yang menggunakan “pelaburan” anda,
selagi itulah anda akan terus menerus mendapat pahala.
15) Banyakkan membaca surah Al-Waki’ah
“Barangsiapa membaca surah
al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (HR.
Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman).
16) Doa 12 Pintu
Post a Comment