Bagaimana buat duit melalui Meng-Upload file @ Pay-Per-Download
Bagaimana buat duit dengan cara berkongsi fail (file sharing)? Bagaimana buat duit dengan Pay Per Download? Buat duit dengan Rapidshare?mediafire dan sebagainya.
Secara ringkasnya anda cuma: Upload fail ke laman web fail sharing hosting yang memberi komisen jika fail tersebut
dimuat turun. Hebahkan link untuk download fail tersebut di forum, blog,
Twitter dan lain-lain website. Bila ramai orang download anda akan dibayar oleh pihak file hosting tersebut.
Anda perlu ada fail yang boleh menarik orang untuk download. Fail
tersebut boleh dalam bentuk apa pun samada video, audio, ebook, software
dan sebagainya. Elok kompresskan file-file tersebut dalam bentuk zip
atau rar dan sebagainya supaya bersaiz lebih kecil.
Terdapat banyak contoh-contoh website, blog dan forum dimana link-link
untuk download fail di promosikan dengan hebat. Blog-blog yang dibuat
semata-mata membuat promosi download link juga banyak . Namun.
kebanyakannya adalah untuk download bahan-bahan cetak rompak dan
dilarang untuk dikongsi seperti video cerita wayang, ebook, software
cetak rompak, ebook dan sebagainya.
Potensi buat duit.
Biasanya bayarannya amat kecil untuk setiap jumlah download. Anda perlu merekodkan beribu-ribu download untuk mendapat bayaran. Sebagai contoh Easy-share.com memberi komisen sehingga USD $20 untuk 1,000 download dari negeri US dan Britain. Lain-lain website file sharing memberi komisyen yang berbeza.
Pembayaran komisyen biasa di buat melalui Paypal.com, wire transfer atau cek bergantung kepada file hosting.
Anda perlu mencari file hosting yang sesuai untuk mendaftar:
1. Website file hosting tersebut membayar untuk download, bukan semua file hosting berbuat begitu. Ada juga yang hanya memberi point dan ia hanya boleh digunakan untuk membuka akaun premium baru. Contohnya Rapidshare.com hanya memberikan point yang apabila terkumpul pada jumlah tertentu boleh ditebus untuk mebuka akaun baru. Baaimanapun anda boleh menjual akaun-akaun baru tersebut.
2. Ada website file hosting in memerlukan anda mempunyai akaun premium dengan mereka untuk komisen download. Ini melibatkan kos tambahan.
3. Apakah sasaran negara anda. Jika pasaran anda tidak bersifat global, anda perlu menyemak info di website file hosting tersebut samaada diambil kiira download yang datang dari negara tertentu. Sebahagian besar tidak memberi apa-apa bayaran atau dalam bentuk point untuk download yang datang dari negara Malaysia. Sebagai contoh megaupload,com tidak memgambilkira download yang datang dari Malaysia.
Kriteria-kriteria pemilihan file hosting site Sebagai info saya mengambil beberapa file hosting site sebagai contoh:
Docstoc.com
Pembayaran setiap upload file: 50/50 dari pendapatan yang dihasilkan.
Anda hanya perlu menulis dan mempromosikan, Docstoc.com akan menampilkan
iklan bersama dokumen Anda, dan Anda akan mendapatkan bayaran. Setelah anda mendapatkan akaun di Docstoc.com, nikmatilah
pendapatan pasif secara terus menerus, yang anda perlukan adalah akaun
Docstoc.com dan meng-upload file sebanyak yang Semakin ramai orang melihat
dokumen anda maka semakin besar peluang anda untuk meningkatkan
pendapatan iklan. Pembayarannya adalah 50/50 dan itu akan dimasukkan ke akaun pendapatan anda. Gunakan media sosial untuk mempromosikan
dokumen anda seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Blog, dan sebagainya.
Uploading.com
Pembayaran setiap upload file: $1-100 untuk setiap 1000 download
Anda dapat
menghasilan pendapatan purata sekitar USD $30 jika file anda unik dan jumlah download yang banyak. Pembayaran
dilakukan melalui PayPal, Wire Transfer, Webmoney dan Epese.
Crocko.com
Pembayaran setiap upload file: $1 per 500 download
Ruang upload percuma hingga 2GB dan anda dapat mendownload sebanyak mana yang boleh. Bagi pengguna akaun percuma, fail yang tidak aktif akan disimpan lebih dari 60 hari dan akan di "delete".
Shareapic.com
Pembayaran setiap upload file: $0.20 setiap 1000 tampilan gambar
Ia adalah platform bagi perkongsian gambar (picture sharing) dibayar jika gambar anda mempunyai "view" yang banyak. Namun ia berbeza berbanding medium percuma seperti Pictu dan
Instagram yang tidak membayar apa-apa dari meng-upload foto.
Megaupload.com
1. Perlu menjadi ahli premium. Anda boleh menjadi ahli percuma dahulu dan boleh mengutip point Anda boleh tukarkan point untuk menjadi ahli premium dan point selebihnya boleh diambil dalam bentuk tunai.
2. File besaiz lebih dari 100MB tidak layak untuk diambilkira.
3. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira (Malaysia tiada dalam senarai).
4. Komisen : 1 point untuk setiap 1 download. Point boleh ditukar:
10000 points untuk sebulan keahlian premium
50000 points untuk 6 bulan keahlian premium
100000 points untuk 1 tahun keahlian premium + USD $100
500000 points untuk keahlian platimum seumur hidup + USD $500
1000000 reward points: USD $1500
5000000 reward points: USD $10000
Sharecash.com adalah salah website file hosting yang memberikan kadar komisen yang tinngi berbanding dengan lain-lain. Ini mungkin kerana terdapat unsur 'paksaan' untuk mereka yang ingin download file dari sharecash.
Mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugas (CPA) dahulu
seperti mengisi borang survey sebelum boleh download. Mengikut
Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD
$0.80 untuk setiap download. kadar komisen berbeza mengikut apakah
perkara (CPA) ynag perlu dibuat sebelum download.
1.Tidak perlu menjadi ahli premium.
2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (malaysia tiada dalam senarai)
3. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download. kadar komisen berbeza bergantung kepada apakah perkara (CPA - isi borang survey, selesaikan kuiz dll) yang perlu dibuat sebelum download.
4. Perlu file yang amat diingini pelawat untuk download, kalau tidak mereka tidak akan menyelesaikan survey, kuiz atau membuat langganan dahulu untuk membuat download.
Easy-share.com
1.Tidak perlu menjadi ahli premium.
2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (Malaysia tiada dalam senarai)
3.`Sehingga USD $20 untuk setiap 1000 downloads dari US dan Britain. Sehinnga USD`$10 untuk 1000 downloads dari negara: Italy, Switzerland, United Arab Emirates, Norway, Bahrain, Austria.
Berikut adalah antara file hosting Pay Per Download yang anda boleh sertai tanpa perlu menjadi ahli berbayar premium.
Terdapat banyak lagi file hosting site lain yang anda boleh cari di internet.
Perkara-perkara perlu dipertimbangkan:
1. Mencari file-file yang diminati ramai untuk download.
2. Kelajuan internet untuk upload file jika fail bersaiz besar.
Untuk upload fail yang besar ke file hosting di internet boleh mengambil masa yang besar terutamanya jika internet anda slow.
3. Perlukan promosi yang aktif. Mungkin melalui website, blog, forum, networking, bookmarking sites atau email.
4. Blog atau tempat yang anda promosikan link perlu menyasarkan pelawat global dan bukan terhad kepada pelawat dari Malaysia sahaja.
Anda tidak perlu mempunyai website atau blog sendiri untuk mencari duit dengan cara berkongsi file ini. Walaupun cara ini adalah cara yang 'halal' tetapi apa yang saya tahu kebanyakkannya adalah berkongsi file yang dilarang seperti porno, lucah dan lain-lain. Anda sendiri pun mungkin sudah banyak berjumpa dengan blog dan forum yang sedemikian. Dengan itu ambilah info disini sebagai pengetahuan. Bagaimana pun terdapat banyak file-file yang dibolehkan untuk dikongsi seperti open source software, perisian percuma, grafik percuma, video klip dan sebagainya yang anda boleh cari di internet.untuk dikongsikan.
P/S : admin tidak menjamin jika maklumat diberikan tidak tepat dan tidak bertanggungjawab jika terdapat apa-apa kerugian. Ini adalah sekadar perkongsian. Harap maklum.
Post a Comment