Pendekatan berani Bajet 2010 tiada tandingan negara lain
- PEMBENTANGAN Bajet 2010 Jumaat lalu mencerminkan keprihatinan kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah. Kita percaya kerajaan akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh amanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanangkan oleh pembangkang. Hal ini terserlah, setiap kali bajet dibentangkan, banyak insentif diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Paling ditunggu-tunggu dalam Bajet 2010 ialah habuan untuk rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah selain langkah konkrit menangani peningkatan kos sara hidup.
-
- Jelas, bajet tersebut meliputi semua kumpulan masyarakat iaitu daripada kalangan petani, pekebun kecil, nelayan, pesara, kakitangan kerajaan dan pelajar serta golongan profesional.Pada hakikatnya, ramai yang berpendapat Bajet 2010 adalah satu langkah berani kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat walaupun negara menerima kesan krisis ekonomi global. Orang nombor dua kerajaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Bajet 2010 sebagai inisiatif berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan semua kelompok masyarakat mendapat faedah daripadanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar tanpa mengetepikan sasaran pertumbuhan negara. Semua ini dilakukan dan akan dilaksanakan atas keyakinan Malaysia ada jalan dalam menangani cabaran ekonomi semasa.
-
- Syukur, dalam situasi ekonomi yang agak mencabar, Perdana Menteri kita tidak kering idea. Beliau mampu memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pertumbuhan negara daripada negatif tiga peratus kepada tiga peratus iaitu peningkatan kira-kira enam hingga tujuh peratus dalam masa setahun. Sesungguhnya, Bajet 2010 besar agendanya dalam meringankan kos hidup rakyat.
-
- Di samping bajet tahun hadapan berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi membolehkan peluang-peluang pekerjaan diwujudkan, tumpuannya juga adalah untuk membentuk model ekonomi baru yang berasaskan kepada inovasi dan kreativiti.Inilah harapan Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi. Jika diamati, apa yang ketara dalam Bajet 2010 ialah tradisi kuat kerajaan untuk terus membela rakyat. Itulah keistimewaan bajet negara kita yang biasanya boleh dianggap pemurah berbanding kebanyakan negara lain, waima negara jiran dalam ASEAN sendiri.
-
- Kerajaan negara-negara jiran kita kurang memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya terutama golongan bawahan. Perkara ini amat berbeza dengan negara kita. Malah, kita dapat rasakan peruntukan bajet tahun hadapan memperlihatkan kesungguhan Najib hendak menerapkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Sebab itu rakyat mesti melihat manfaat yang diperoleh dalam pembentangan Bajet 2010, bukan merungut serta mempersoalkan caj tertentu yang dikenakan ke atas mereka.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment