Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Wednesday, October 14, 2009

Budget 2010 - Tiada potongan cukai

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Rakyat tidak boleh mengharap lebih pada Bajet 2010 berikutan keadaan ekonomi semasa. Malah, kerajaan dijangka memberi 'sekadar apa yang mampu' bagi menghindari defisit bajet yang lebih besar pada masa depan.Rakan Kongsi Percukaian Horwath KL Tax Sdn. Bhd., Poon Yew Hoe berkata, negara memerlukan sumber perolehan tambahan jika kerajaan mahu mengurangkan cukai bagi mengimbangi bajet pada tahun depan.

"Perolehan cukai merosot dan perbelanjaan pula meningkat yang mana sebahagiannya disebabkan oleh dua pakej rangsangan ekonomi untuk menjana pesat pertumbuhan ekonomi negara," katanya.Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai 'Seminar Bajet 2010 dan Perancangan Cukai' anjuran bersama RHB Bank Bhd. dan Horwath, di sini hari ini.Menurut Yew Hoe, pihaknya menjangka tiada potongan cukai untuk individu dan korporat pada tahun depan setelah mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan.
"Defisit bajet dijangka lebih besar seperti yang diumumkan kerajaan untuk mengurangkannya pada tahun depan daripada ramalan 7.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini," ujarnya.

Beliau berharap kerajaan melanjutkan Elaun Pelaburan Semula (RA) menjangkaui tahun 2013 kepada para pengilang yang mengisytiharkan cukai mulai 1998.
"Ini akan memberikan mereka lebih masa untuk merancang perbelanjaan modal sekali gus menggalakkan mereka terus melabur dalam kilang, mesin dan pembinaan kilang bagi tujuan pengembangan operasi," jelasnya.
Beliau berkata, sektor pengilangan kekal sebagai pengguna tenaga kerja utama negara walaupun Malaysia kini mula memberi tumpuan terhadap sektor perkhidmatan.
"Bagaimanapun, negara masih berada pada kedudukan baik untuk bersaing di peringkat antarabangsa berikutan kadar kecekapan kos dan pekerja yang mahir.
"Oleh itu, kerajaan perlu terus memberi insentif kepada golongan ini untuk melabur semula supaya mereka dapat mengembangkan operasi mereka," katanya.

Mengenai 'Seminar Bajet 2010 dan Perancangan Cukai', Yew Hoe berkata, seminar tersebut akan diadakan di Hotel Sunway Resort dan Spa, Petaling Jaya pada 29 Oktober ini; Hotel Gurney, Pulau Pinang (3 November) dan Hotel Grand Paragon, Johor Bahru (6 November)."Seminar itu akan membincangkan Bajet 2010, perkara berkaitan cukai seperti perancangan cukai untuk Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) dan korporat serta tinjauan ekonomi negara oleh RHB," jelas beliau.

Petikan: Utusan Malaysia 14hb oct 2009

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO