Utusan Malaysia Online - Korporat
Program menabung - kempen Save Big and Win Big anjuran Maybank)
Maybank tarik deposit RM1.4 bilion
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Malayan Banking Bhd. (Maybank) telah merekodkan pertumbuhan deposit sebanyak RM1.4 bilion menerusi kempen Save Big and Win Big yang berlangsung selama empat bulan mulai Jun lalu.
Ketua Pembiayaan dan Pinjaman Runcit, Perbankan Pengguna, Ismail Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima lebih tujuh juta penyertaan untuk kempen itu berikutan sambutan yang menggalakkan.
Katanya, kempen itu bermatlamat untuk mempromosikan tabiat menabung serta meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap alternatif pelaburan.
"Pada masa yang sama, ia juga merupakan cara kami memberi ganjaran kepada pelanggan yang memberi sokongan berterusan,” katanya.
Ismail telah menyampaikan hadiah berupa pakej pelancongan kepada lapan pelanggan Maybank pada majlis penyampaian hadiah itu di Menara Maybank.
Di bawah program itu, pelanggan yang menyimpan jumlah minimum RM200 dalam akaun dan mengekalkan pertumbuhan sekurang-kurangnya RM200 pada akhir bulan berpeluang memenangi pakej-pakej pelancongan ke destinasi eksotik.
Pelanggan mempunyai peluang yang lebih besar untuk membawa pulang hadiah jika menyimpan lebih banyak sepanjang tempoh promosi itu.
Pemenang hadiah utama berupa 17 hari 14 malam mengelilingi dunia untuk dua orang dimenangi oleh Hamidah Choong Abdullah.
Sumber petikan:
Utusan Malaysia Online - Korporat
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment