Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Sunday, January 19, 2014

4S 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Hari ini, ringkas sahaja admin nak ucapkan salam 4S :-

  • Selamat Tahun Baru 2014 

  • Salam Maulidur Rasul (buat umat Islam)
  • Selamat Thaipusam
  • Selamat Azam Baru 2014 , Recap Azam 2013


Monday, December 23, 2013

Pendaftaran BR1M 2014

Makluman Pendaftaran BR1M 2014
Dimaklumkan bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.

Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui laman web www.hasil.gov.my. atau https://ebr1m.hasil.gov.my/



Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM berhampiran.
Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.

Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.


Tuesday, October 22, 2013

Jana pendapatan Sampingan dengan IklanSticky.com

Salam sejahtera dan Salam Aidiladha buat umat islam umumnya.

Pada hari ini admin ingin berkongsi dengan anda cara menjana pendapatan sampingan melalui IklanSticky.com.

Sebelum itu, admin ingin menceritakan sedikit latar belakang IklanSticky.com. IklanSticky.com adalah syarikat yang sedia membayar komisyen anda tanpa pelawat membuat pembelian. Komisyen anda akan di bayar berdasarkan beberapa klik yang anda berjaya kumpul dalam sesuatu kempen. Ia dinamakan sebagai program Pay Per Click (PPC).





Bagaimana caranya?

Anda boleh letakkan banner IklanSticky di bahagian banner blog atau wall facebook wall dengan disertakan link IklanSticky anda (contoh : http://iklansticky.com/hop.php?ref=NAMA_ANDA)  dengan tujuan memperkenalkan link anda kepada mereka dan harapan mereka mengelik banner/link anda.

Pendaftaran atau bayaran masuk? 

Pendaftaran adalah PERCUMA !!!




Syarat & Peraturan Program PPC IklanSticky.com


Agen Affiliate DILARANG sama sekali melakukan SPAM. Jika didapati mana - mana ahli yang melakukan SPAM, maka keahlian akan ditamatkan serta - merta. Komisyen yang terkumpul tidak akan dibayar kepada ahli yang melakukan SPAM. Oleh itu, silalah mengamalkan teknik promosi yang baik dan beretika.

Pengiraan klik adalah berdasarkan per klik/per IP, setiap IP hanya dibenarkan klik satu kali dan duplkasi klik dalam IP yang sama adalah TIDAK diambilkira. Berikut merupakan judual pembayaran komisyen mengikut bilangan klik :


Bilangan klik Komisyen per klik Jaminan Komisyen 
Min 100 klik RM0.15/klik RM15.00*
101 – 300 klik RM0.125/klik RM15.12 – RM40.00
301 – 650 klik RM0.10/klik RM40.10 – RM70.00
601 – 1100 klik RM0.075/klik RM70.07 – RM107.50
1101 – 2100 klik RM0.05/klik RM107.55 – RM157.50
2101 – 4100 klik RM0.025/klik RM157.52 – RM207.50
4101 – 7000 klik
RM0.015/klik RM207.51 – RM250.00 (max)**

Pembayaran komisyen yang telah di SAHkan dan terkumpul akan dilakukan pada hari pertama hingga hari ke-7 bulan seterusnya. Pastikan agen membekalkan butiran peribadi yang tepat.

Syarat-syarat cash-out :

*Min 100 klik atau bersamaan = RM15.00
**Maksimum cash out = RM250 / agen / bulan

Syarat-syarat promosi (PENTING)

Anda boleh promosi banner/link IklanSticky dengan apa cara dengan syarat tidak melangkah peraturan dibawah, kegagalan anda mematahui peraturan ini akan menyebabkan akaun anda dimansuhkan serta-merta tanpa notisfikasi
  1. Jika admin mendapati lebih 75% daripada IP adalah berada di luar negara
  2. Agen bukan penduduk Malaysia
  3. Membuat posting di website jenis adult / lucah
  4. Membuat posting di website luar negara dan tidak targeted pasaran Malaysia
  5. Klik palsu dengan menggunakan robot atau script

Lain-lain syarat akan diupdate dari semasa ke semasa tanpa notis dari pihak admin IklanSticky

Daftar Percuma sekarang !!!


Tuesday, August 13, 2013

25 Tips Raikan Syawal Menurut Islam

Salam Aidilfitri buat anda semua. Hari ini admin berkongsi 25 Tips Raikan Syawal Menurut Islam.

Malam Aidil Fitri


1. Banyakkan bertakbir.
Mulakan selepas salam pada solat Maghrib dikuti dengan bertahmid, bertasbih Takbir boleh dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama-sama keluarga. Pada zaman Rasulullah SAW takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Berdoa dan berbuat kebaikan pada malam raya.
Imam Syafie berkata doa itu mustajab pada lima malam berikut iaitu Malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri, Malam Hari Raya Haji, Malam Awal Bulan Rejab dan Malam Nisfu Syaaban.

3. Berqiamulail.
Kalau tak berqiam pun (ada pandangan yang menolak disebabkan hadis di bawah, hadis daif) sekurang-kurangnya jangan terlupa langsung solat sunat qabliah ba’diah, Lebih teruk lagi tak solat langsung dah disebabkan bakar lemang atau masak ketupat. Niat nak buat maksiat serta berhibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi, batalkanlah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha, hatinya tidak mati pada ketika hati mereka yang lain mati.”

Siang Aidil Fitri


4. Jangan berpuasa pada siang 1 Syawal kerana hari itu, Allah haramkan kita berpuasa.

5. Jangan kongsi raya dan jangan menganggap Aidilfitri sama dengan perayaan-perayaan lain.

6. Kemaskanlah diri.
Gunting-guntinglah rambut yang nampak dan yang ‘tak nampak’. Bersihkanlah daki-daki badan termasuk anggota badan lain seperti kuku kaki dan tangan.


7. Disunatkan mandi pagi.
Hal ini dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah SAW mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bergerak ke masjid.

8. Sunat memakai pakaian yang terbaik dan tercantik, walaupun tak baru. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah SAW mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

9. Kalau mampu, pakailah pakaian yang baru beli.
Jangan simpan baju raya untuk bawa berjalan ke rumah orang atau mengorat anak dara/teruna orang. Sunat bawa ke masjid.

10. Sunat mengenakan haruman (tidak kepada wanita).
Kalau yang kalut tu. Pagi-pagi raya dok cuci kereta, basuh motor atau bakar lemang lagi, elok taruk banyak-banyak sikit minyak wangi atau mandi sekali lagi.

11. Makan terlebih dahulu.
Sebelum berangkat ke masjid makanlah dulu. Jangan habiskan semua kurma dalam bulan Ramadan. Simpan sikit untuk 1 Syawal. Sebuah hadis dari Anas bin Malik telah menjelaskan bahawa Baginda SAW makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

12. Sebelum solat bermaaf-maafan dengan keluarga.
Betullah, tidak ada masa tertentu atau musim yang khusus untuk kita bermaaf-maafan. Cuma apabila berada pada hari kebesaran Islam ini eloklah kita gunakan kesempatan tersebut, untuk mengikis perasaan ego dan takbur diri dengan memaafkan segala kesalahan saudara-saudara kita. Bukan senang nak jumpa, nak peluk cium dan sebagainya. Kalau nak bergambar pun, bergambarlah sekeluarga masa ini. Lepas raya dah berterabur, pakatpakat berjalan belaka.

13. Pergi ke masjid melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain.
Hikmahnya agar bertemu ramai orang. Maklumlah bukan selalu balik. Rupa pun dah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan patah dan lain-lain. Jangan tunggu YB. Hulurkan duit lebih dalam tabung masjid.

14. Lambatkan solat sunat Aidilfitri.
Lambatkanlah sedikit solat. Pesan kat tok imam yang gilirannya bertugas. Jangan bertukar dengan solat hari raya korban. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.

15. Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah.
Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah.

16. Surah yang dibaca dalam solat
Bagi yang terlupa, di dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-’Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

17. Solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah.
Jangan tertukar. Maklumlah setahun seklai. Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma

18. Dengar Khutbah.
Kemuncak Hari Raya Aidil Fitri, bukan baju baru, kuih raya, lemang atau ketupat. Tak ada pun tak mengapa. Kemuncaknya ialah mendengar khutbah. Jangan jadi macam budak-budak belum habis salam lagi berderau enjin motor balik. Kadang-kadang bapak budak lebih daripada anak lagi.

19. Solat di lapangan, terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Selepas Solat


20. Mendoakan orang lain.
Jangan sekadar ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin sahaja hingga terlupa ucapan yang lebih bermakna daripada itu. Ucapkanlah tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah. Lafaznya: Taqabbalallahu Minna wa Minkum Soleh al-’Amal.

21. Bermaaf-maafan dengan yang kenal dengan yang tidak.
Jangan memilih untuk bersalaman. Bersalm dan bermaaf-maafan dengan semua orang. Dalam sepotong hadis, Baginda bersabda maksudnya: Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, dan tidaklah bertambah di sisi Allah SWT bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah SWT (Riwayat Muslim)

22. Ziarah-menziarahi sesama Muslim.
Selepas solat jangan terus balik. Elok pergi rumah guru-guru dulu. Inilah sebabnya Baginda SAW mengambil yang lain sewaktu pulang daripada solat tersebut. Hikmahnya singgahlah dulu rumah sahabat-sahabat dan jiran tetangga yang ditemui atau diziarahi untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beroleh kemenangan berpuasa selama sebulan Ramadan.

23. Bersedekah – pemberian duit raya.
Soalnya adakah ia satu keperluan dalam agama atau hanya suatu budaya?
Kalau dah rajin bagi sedekah sebelum raya dan hari raya pun bagi sedekah itu ibadah. Andai seumur hidup atau setahun sekali baru bagi sedekah itu namanya adat. Sedekah itu ibadat bukan adat.

Harus diingat, sedekah tidak hanya duit raya, kuih raya juga sedekah, gula-gula juga sedekah untuk anak-anak bagi yang tak mampu. Yang penting ialah ikhlas dan menghargai kesungguhan mereka berpuasa. Tanyalah dulu berapa hari puasa. Kalau puasa penuh bagilah RM30 seorang. RM1 sehari. Ah, cadangan sahaja. Utamakan juga kepada anak-anak, isteri, suami, ibu bapa dan mertua.

24. Menziarahi Kuburan.
Tak salah menziarahi kubur. Bukankah ia sunah yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad SAW supaya ingat mati. Dalam sepotong hadis, Baginda menegaskan: Aku dahulunya pernah melarang kamu semua menziarahi kubur, sekarang ziarahlah ia, lantaran ia dapat mengingatkan kamu dengan Hari Akhirat. (Riwayat Muslim)

Isunya kenapa pagi Hari Raya Aidilfitri? Kalau dah balik awal ke kampung, ziarahlah awal-awal sikit. Bersihkanlah mana yang patut. Kecuali kalau ‘mobile’, pagi raya tu baru sampai kampung. Petang dah nak balik rumah mentua-mentua yang lain. Bolehlah tengok sekejap.

Orang bandar bukan selalu balik kampung kan? Masalahnya orang kampung situ pun ziarah kubur pada hari raya juga. Itu taklah jadi ibadat, maka ia akan jadi adat dan taku-takut jatuh khurafat pula.

25. Boleh ke raya pada 1 Syawal sahaja?
Boleh ‘Raya’ sebulan selagi amalan itu tidak bertentangan syariat, cuma dalam Islam Aidil Fitri hanya 1 Syawal sahaja. 2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa ganti dan sunat. Buatlah puasa sunat enam syawal cepat-cepat. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW ; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Wallahu ‘A’lam. Tips-tips ini boleh dicabar kewibawaannya dan boleh dibincang-bincangkan lagi. Moga boleh jadi rujukan. – al-Kurauwi

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Rayer

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Lebih kurang 48 jam sahaja lagi kita akan meninggalkan Ramadhan dan akan menyambut pula 1 Syawal.

Admin berharap agar amal ibadat yang dilakukan pada Ramadhan yang bakal berlalu ini adalah lebih baik daripada yang sebelum - sebelumnya.

Admin percaya bahawa ketika ini, mungkin ramai yang sedang teruja untuk pulang beraya di kampung halaman masing - masing.

Anda beraya dimana tahun ini?

Admin hanya akan beraya di Pantai timur sahaja, tidak pulang ke mana - mana. Jadi jika Anda berada di Terengganu atau Pahang, mungkin kita boleh bertemu untuk beraya. :-)

Jika Anda balik beraya ke kampung halaman, Admin doakan semoga perjalanan anda selamat pergi dan selamat pulang.



Monday, July 29, 2013

Bisnes Farmasi eCosway Tipu?

Baru-baru ini admin ada terbaca dan mencari info lanjut berkenaan Bisnes Farmasi eCosway yang menawarkan modal permulaan perniagaan serendah RM 5,200. Betul ke?

ini salah satu info yang admin tengok.




ini adalah hasil search yang admin buat ; http://lmgtfy.com/?q=ecosway+tipu

hasil perbincangan didalam sebuah Forum 

pokcak
10-04-2013, 10:17 PM
ya betul..tapi bukan RM5000, RM5100 laa....benda ni memang benar terjadi....tapi tt,bukan sesenang je bayar RM5100, kene cari 4 orang bawah anda..baru boleh buka farmasi..gaji, sewa n segala mak nenek cosway tanggung...

wakjal
11-04-2013, 12:56 PM
aku pernah dgr isteri aku dah pernah pi yg cr 4 org mmg betul ada lg satu kalu ada modal RM50000 boleh bukak terus e-cosway dan dikawal selia oleh cosway..leh call cosway kalu nk tau lebih lanjut


P/S : buat kajian dan fikir dulu sebelum join sesuatu program perniagaan terutama MLM. Tepuk dada, tanyalah sesiapa yang lebih arif.







Thursday, July 11, 2013

Faraid atau Harta Pusaka

Admin ingin berkongsi berkenaan perkara utama dan pembahagian faraid ,

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. 

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. 

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dl

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.


2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat  bahagian golongan asabah.  Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a)  Asabah Binafsih
(b)  Asabah Bil Ghoir
(c)  Asabah Maal Ghoir.

(a)  Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung,  saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.


(b)  Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan  semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.


(c)  Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).


3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati.  Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 


2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.


(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian  Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris  lain yang bersama-samanya.  Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.


(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.


petikan : maths.usm.my/faraid 
 

secara ringkasnya seperti gambar di bawah :-




Pengiraan secara online SINI

Selain itu, anda boleh dapatkan info disini :

Amanah raya

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO