Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Monday, March 22, 2010

Tips untuk memulakan Perniagaan Sendiri

Berfikir nak berniaga sendiri?

MENJALANKAN perniagaan sendiri amat menarik dan mendatangkan kepuasan. Ia mungkin cara terbaik untuk meraihkan pendapatan, terutamanya jika anda mempunyai kemahiran mudah dijual, idea inovatif atau minat yang boleh mengubahkan kepada perniagaan yang menguntungkan.

Bagaimanapun, adalah penting bertanya pada diri sendiri kenapa anda mahu lakukannya. Bukan semua orang mampu lakukannya.

Harus diingat bahawa anda mungkin akan berasa keseorangan sebagai seorang majikan dan anda mungkin menempuhi pelbagai cabaran untuk memulakannya; anda mungkin akan bekerja untuk tempoh masa yang panjang, kendalikan kertas kerja dan pengawalan serta tahu melakukan apa jua kerja untuk memulakan usaha niaga baru.

Oleh itu, jika anda yakin anda mempunyai rancangan perniagaan yang mantap, sumber sewajarnya dan keazaman untuk berjaya, mengapa tidak mencuba?

Saya telah mengumpulkan 10 petua utama yang tersenarai di bawah untuk dipertimbangkan mereka yang berhasrat untuk menjadi bakal usahawan sebelum memulakan perniagaan:

1. Menyelidik pasaran. Tinjau sama ada para pelanggan akan membeli apa yang anda tawarkan, dan gunakan maklum balas untuk meningkatkan mutu produk atau perkhidmatan anda.

2. Merangka rancangan perniagaan. Terangkan perniagaan anda, bagaimana ia akan beroperasi dan pembiayaan untuk dua tahun pertama. Rujuk kepada akauntan bertauliah anda sekiranya anda memerlukan bantuan merangkakan rancangan perniagaan. Dia juga mampu menasihatkan anda tentang struktur yang sesuai untuk perniagaan anda. Pengawalan dan kos memulakan sebuah perniagaan boleh menjadi kompleks dan tidak menyenangkan. Dapatkan seorang pakar untuk membantu anda. .

3. Mengumpulkan pembiayaan jika perlu dan bersedia untuk menghadapi kontingensi. Kekurangan pembiayaan biasanya mengundangkan prestasi yang lemah pada awalnya. Ini kerana penubuhan selalunya mengambil masa yang lebih lama, anda juga perlu memastikan kewangan anda berkeadaan fleksibel.

4. Memilih kakitangan yang betul. Melainkan anda merancang untuk bekerja berseorangan, pilih calon pekerja yang terbaik anda mampu gaji. Mereka mungkin sanggup bekerja untuk gaji yang lebih rendah berbanding kadar pasaran pada awalnya mereka diyakini potensi pertumbuhan perniagaan itu. Pertimbangkan skim pilihan perkongsian untuk menarik kakitangan yang terbaik dan memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja mencapai matlamat perniagaan.

5. Mencari seorang mentor. Ia juga membantu untuk mempunyai seseorang di sisi anda untuk dapatkan idea. Belajar dari para pelanggan dan pembekal dan bertanyakan pendapat akauntan bertauliah dan penasihat yang lain.

6. Memastikan anda memiliki maklumat kewangan yang betul. Ini penting, bukan sekadar memahami prestasi perdagangan. Mulakan rekod dari awal, gunakan perisian jika anda selesa dengannya. Upah seorang penyimpan kira-kira atau membincang dengan akauntan bertauliah anda mengenai penyumberan luar perkhidmatan perakaunan.

7. Memantau penunjuk prestasi utama. Pastikan anda mempunyai data yang betul, seperti pendapatan, margin kasar, overhed, kos pembiayaan, keuntungan bersih, aliran tunai dan modal kerja, secara harian, bulanan dan tahunan.

8. Memberi perhatian terhadap kemungkinan dan bahaya. Jangan sesekali endah peluang mengubah haluan perniagaan dalam arah yang berbeza jika anda melihat potensi di tempat lain atau apabila timbul masalah. Bersedia untuk menghadapi pesaing dalam keadaan sukar dan mendengar para pelanggan, pembekal dan pekerja anda.

9. Belajar. Serap semua yang anda mampu daripada pengalaman menjadi seorang usahawan dan orang lain di sekitar anda, dan - tidak ketinggalan - belajar daripada kesilapan anda.

10. Mengurangkan peluang kegagalan. Buat sesuatu yang anda sudah tahu, atau menggaji orang yang berpengalaman dalam sektor berkenaan. Uruskan overhed dan modal kerja. Lantik akauntan bertauliah yang berpengalaman sebelum melancarkan perusahaan baru.


Utusan Malaysia Online - Ekonomi

Wednesday, March 3, 2010

Renungan sejenak - Pengurusan Kewangan Kini

Apakah perancangan kewangan anda sudah memenuhi keperluan atau melebihi kehendak anda?

1. Perancangan kewangan amat penting supaya segala urusan kehidupan lebih
teratur. Dengan itu ia akan mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan ahli
keluarga serta dapat mengelak daripada masalah atau bencana kewangan.

2. Perancangan kewangan perlu dibuat sepanjang masa

3. Masa depan kita akan ditentukan oleh Bagaimana kita menguruskan wang kita dari
sekarang.

4. Jika kita hendak kekalkan taraf hidup kita, kenaikan pendapatan kita mestilah
sama atau lebih daripada kadar kenaikan harga barang inflasi(jadi pendapatan
kena up setiap tahun atleast 5-20%)

5. Perancangan kewangan mestilah BERMULA dengan menyemak kedudukan kewangan anda.
( Edisi Bedah Siasat).

6. Kita mestilah mempunyai Financial Back-up (sokongan kewangan) sebagai
persediaan bila kita menghadapi bencana kewangan.

7. Kepentingan insuran – life insuran, Medical card dan insuran+tabungan.

8. Kepentingan menyimpan/ menabung dan caranya.

9. Perbezaan antara masalah kewangan dan bencana kewangan dan contoh-contohnya.

10. Bagaimana cara menyediakan pendapatan yang berterusan

11. Bagaimana cara memperbaiki keadaan kewangan

12. Persediaan untuk masa depan

13. Merancang tabung persaraan

KONVENSYEN KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM 2010

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera,

Selamat Malidur rasul, salam kasih buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Apa khabar anda semua, jangan lupa untuk sama-sama kita menyertai Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam 2010.

TARIKH
13 MAC 2010 / 27 Rabiul Awwal 1431H (Sabtu)

TEMPAT
Masjid Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor

ANJURAN
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)
Dan
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)

PENGENALAN

Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan MLM dan forex, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk- produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran, masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk- produk tersebut khususnya berkaitan aspek hukum syariah.

Justeru, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) tampil memberikan penjelasan hukum berkaitan isu- isu semasa kewangan Islam melalui wahana SISMIM ‘1O sebagai platform memberikan kefahaman berkaitan asas- asas muamalat Islam. Dengan memilih beberapa isu kewangan dan perbankan terpilih, Seminar sehari ini akan memberikan penerangan dan penjelasan berteraskan teks al- quran, al- sunnah dan pendapat fuqaha’ silam dan semasa yang akhirnya akan memberikan kefahaman yang jitu kepada masyarakat Islam.

OBJEKTIF

a. Memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu- isu perbankan dan kewangan yang mempunyai hubungkait dengan muamalat Islam.
b. Menyuntik kefahaman yang mapan serta penyelesaian syariah terhadap isu- isu semasa perbankan dan kewangan Islam.
c. Menyemarakkan budaya keilmuan dalam kehidupan masyarakat khususnya dikalangan umat Islam.
d. Memberikan pendedahan berkaitan konsep dan operasi pelaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

13 Mac 2010 (Sabtu)


08:00 pagi Pendaftaran peserta
08:30 pagi Ucapan Aluan dan Perasmian

09:00 pagi SIDANG 1

Kertas 1: Senario Sistem Kewangan dan Perbankan Islam: Isu- Isu dan Cabaran Semasa
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin
Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia

Kertas 2: Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Persepsi Dikalangan Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
Oleh : Prof. Dr. Bala Shanmugam
University Monash Kampus Bandar Sunway, Selangor

Kertas 3: Isu-isu Perundangan Dalam Kewangan Islam : Cabaran dan Harapan Kepada Institusi Kehakiman Syariah
Oleh : YA. Dato’ Haji Muhammad Asri bin Abdullah
Hakim Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

10:30 pagi Rehat dan Minum pagi

10.45 pagi SIDANG 2

Kertas 4: Faedah Perbankan Konvensional dan Keuntungan dalam Perbankan Islam: Sorotan Fiqh Perbandingan
Oleh : Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Ketua Jabatan Penyelidikan, International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia

Kertas 5: Insurans dan Takaful; Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum
Oleh : YBhg. Dato’ Haji Mokhtar bin Shafie
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor/ Pengerusi Penasihat Syariah Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.

Kertas 6: Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Perbankan Islam
Oleh : Dr. Azman bin Mohd. Noor
Jabatan Fiqh dan Usul, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM /Ahli Penasihat Syariah, Bank Al- Rajhi (Malaysia) dan MNRB Re- Takaful Berhad

2:00 petang SIDANG 3

Kertas 7: Forex Trading dan Leverage: Konsep, Aplikasi dan Penilaian Melalui Kerangka Hukum
Oleh : Tuan Haji Mohd. Zamerey bin Abdul Razak
Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank

Kertas 8: Perniagaan MLM Dalam Perspektif Fiqh Islami
Oleh : Ustaz Haji Zaharuddin bin Muhammad
Ahli Penasihat Syariah, HSBC Amanah Takaful

Kertas 9: Saham dan Ekuiti Dalam Sistem Kewangan Islam
Oleh : Dr. Rusni Hassan
Kuliyyah Undang- Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

5.30 petang Minum petang/ Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan :
Agensi Kerajaan dan Swasta = RM 150
Individu/ Perseorangan = RM 50
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM 30

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 10 Mac 2010 dengan menghubungi:

i. Sdra. Mohd Azmi - 013- 384 0710
ii. Puan Siti Aishah - 013- 212 7814
iii. Encik Khairul Nizam - 012- 291 1335

Faks : 03-7955 4300
Email : pumpusat@yahoo.com

SUMBER DARI : Blog : http://www.ulamadaily.blogspot.com

Kewangan Peribadi ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO